Memang benar, setiap pasangan perlu tahu adab dan tertib dalam perkahwinan supaya kemanisan alam rumahtangga itu kekal sehingga akhir hayat. Oleh sebab itulah, pentinya menjadi pasangan yang setia.
Namun, bila ada orang ketiga yang berlainan jantina menjadi tempat mengadu atau berkongsi cerita sebagai teman rapat, sudah tentu boleh mengundang keretakkan rumahtangga.
Setiap pasangan sudah tentunya inginkan kebahagian. Namun sebaliknya jika tidak menjaga tatatertib dalam ikatan perkahwinan. Melalui paparan Intan Dzulkefli dilaman facebooknya berkongsi pendapat bagaimana pasangan yang tidak setia boleh mengundang keretakkan rumahtangga. Moga perkongsian ini bermanfaat.
Pendapat saya, kita tidak perlu ada kawan rapat berlainan jantina hingga tahap perlu kerap sangat berhubung.
Apatah lagi setelah bernikah, ada pasangan yang setianya hanya untuk kita serta anak-anak yang sedang sangat-sangat memerlukan perhatian.
Suka atau tidak, perbualan yang awalnya mungkin sekadar hal remeh-temeh mungkin akan berlanjutan menjadi melampaui batas. Mungkin akan mula mengimbau detik manis kenangan silam hingga kemudiannya bercerita tentang aib dan kekurangan pasangan, serta mengadu keluh kesah jerih perih berumahtangga yang sepatutnya kita hanya kongsikan dengan pasangan kita.
Ustaz kata, kadang punca kecurangan dan zina terjadi semudah dari pandangan, senyuman dan mesej “hai, hai” sahaja.
Namun, oleh kerana terjebak ikhtilat, akhirnya menjadi semakin rapat, kerap berhubung, bertemu, bergurau senda. Malah akhirnya mungkin akan mula rasa sayang (nafsu yang disalah tafsir oleh godaan syaitan).
Sebab itu, tuntutan menjaga ikhtilat (pergaulan) ini sebenarnya bermula sejak bujang lagi. Inilah hikmahnya. Supaya tiada ‘kisah silam’ yang bakal menggoncang tiang seri rumahtangga.
Tiba-tiba datang semula ‘kawan baik’ yang mengadu kisah peribadi rumahtangga. Mula-mula sekadar simpati, namun sudah terlalu banyak terjadi kes sebegini yang akhirnya terjerumus ke lembah kecurangan dan penzinaan. Nauzubillah min zaliq.
Ads
Bila kata zina, jangan hanya ingat syaitan menggoda orang yang masih bujang sahaja. Bahkan setelah nikah asbab pergaulan bebas dari sebelum nikah akhirnya menjadikan jalan untuk berzina bahkan lebih mudah kerana tak risau tentang ‘pak sanggup’ kerana si dia memang bersuami. Tak takut kalau mengandung kerana sudah memang sudah jadi status isteri. Astaghfirullah, nauzubillah min zaliq.
“Alaaa… suka-suka je.. kami kawan lillahi ta’ala.” Kalau sebegitu, jadikan mereka kawan baik pasangan kita kerana mereka sejantina. Tak perlu kita terjebak ikhtilat tanpa keperluan. Beringat dari awal adalah lebih baik.
KEJAHILAN SUAM ISTERI
Sejak akhir-akhir ni, banyak terbaca confessions dan berita suami yang tahu isteri berzina dengan bekas teman lelaki, kawan sepejabat, teammates. Astaghfirullah. Yang menyedihkan, si suami mungkin kerana jahil sekadar mendiamkan kerana terlalu sayang. Walhal, sebenarnya hal sebegini perlu dirujuk kepada pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.
JANGAN LUPA, DALAM ISLAM HUKUMAN BAGI PENZINA YANG TELAH BERKAHWIN IALAH REJAM SAMPAI MATI.
Dayus bagi seorang lelaki membiarkan isteri melakukan kemungkaran hatta sekadar mendedahkan aurat rambut kepada bukan mahramnya. Apatah lagi hingga ke tahap berzina! Astaghfirullahal adzhim.
Ads
Bagi para suami pula, sekiranya benar-benar mampu, maka teruskanlah dengan pernikahan (yakni berpoligami) tanpa perlu terjebak berzina dan menzalimi hak isteri yang sedia ada, mengabaikan nafkah anak isteri kerana leka mabuk cinta. Allahuakbar.
Islam tidak zalim. Islam sangat menjaga kebajikan dan hak para suami pun isteri, namun kebanyakan dari kita yang sendiri menzalimi diri sendiri kerana kejahilan dan terlalu bertuankan nafsu.
Jangan ambil Islam ikut apa yang kita suka. Ambil separuh, buang mana yang tidak selari dengan nafsu dan lifestyle kita. Astaghfirullah.
NIAT BERNIKAH
Selebihnya sentiasa ingatkan diri, apa niat bernikah dahulu?
Kerana Allah, kerana agama, mahu ada teman penguat semangat mengejar syurga Allah. Lalu muhasabah semula, kini jalan yang sedang dilalui seiring atau tidak dengan niat dan matlamat tadi?
Ads
Para suami…
Ada ajar anak isteri hal agama? Ada ingatkan anak isteri jaga maruah, aurat dan solat? Ada imamkan solat anak isteri atau tidak? Cukupkah nafkah dan tarbiyyah anak isteri selama ini?
Semua ini sentiasa perlu diingatkan. Begitu jugalah dengan isteri sebagai ibu rumahtangga. Jangan sibuk leka dengan pujian lelaki ajnabi yang sebenarnya melekakan dan sengaja menduga keimanan. Terus block hal sebegini dan sibukkan diri dengan hal-hal ibadah supaya terhindar dari godaan.
Niat yang baik menjadikan komitmen pernikahan kukuh. Kita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik buat pasangan dan keluarga. Kerana pada kita, mereka adalah lubuk pahala kita.
.
Hormatilah ikatan nikah kalian. Begitu besarnya ikatan ini, sehingga Al Quran menyebut akad nikah sebagai mitsaqon ghaliza, atau perjanjian yang berat.
Dalam Al-Quran, ayat ‘mitsaqon ghaliza’ hanya disebutkan 3 kali iaitu;
(+) ketika Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (surah an-Nisa’ : 21) (+) ketika Allah SWT mengangkat Bukit Tsur di atas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa’ : 154) (+) ketika Allah SWT membuat perjanjian dengan para Nabi dan Rasul Ulul Azmi (surah al-Ahzab : 7)
Cukuplah kalam ini menjadi peringatan untuk kita muhasabah kembali. Pasangan kita bukannya tunggul, sekadar mesin ATM, amah atau hamba abdi. Mereka adalah amanah dan antara jalan kita ke syurga. InsyaAllah.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering kali ruang tamu atau dapur menjadi perhatian untuk kelihatan cantik di dalam rumah.
Namun tandas juga merupakan antara bahagian yang penting untuk kekal bersih dan cantik.
Jadi untuk memastikan tandas kekal cantik sudah tentu perlu memerlukan makeover agar tandas yang lusuh kembali ceria.
Salah satu cara adalah menggunakan cat cat epoxy dan juga beberapa bahan barangan yang lain.
Bagi yang belum ada idea untuk makeover tandas, apa kata ikuti perkongsian wanita ini.
Make over tandas lusuh jadi cantik dan bersih
Hi, hasil update dari before ni saya x complete siap bilik air. now dh siap cat batang paip ke color putih. Now ini latest update keadaan bilik air saya. Wall painting tu pon guna epoxy juga. di sini saya sertakan sekali video tutorial mcm mana nk buat wall paint tu. Selamat mencuba ya.
Abang kepada Alisa Aisyah ini sememangnya seorang anak yang baik, walaupun nampak dia masih mengantuk namun tetap memberikan respond kepada ibunya membuatkan ramai yang melting. Malah, dia terus bagun apabila diminta untuk memberikan ciuman buat mommynya.
Namun yang lebih melucukan, Yusuf juga sempat membuat permintaan untuk mommynya menyediakan sarapan yang diingininya. Comel!
Dalam pada itu, ada yang memuji sikap Yusuf tatkala dikejutkan mommynya
sitimasitahahmadKalau sy mak kejut cmtu tido balik🤣🤣🤣 Good Boy lah yusoff
Sementara itu, menerusi laman instagramnya, Hanis Zlaikha turut berkongsi perasaannya bila mana pertama kali menghantar anak sulungnya itu ke sekolah.
Semoga hatimu sentiasa terang anakandaku Yusuf Iskandar, dan dikau sentiasa berbuat baik dan dilindungiNya dari sebarang keburukan. First day of kindy ❤️
Tidak dinafikan mengajar anak untuk membuat kerja sekolah memang kita sebagai ibu memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan mudah itu semua mengakui, ada sahaja cabaran dan halangannya yang sekali gus membuatkan kesabaran boleh menjadi ‘senipis kulit bawang’.
Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu memahami dan mengingati pelajaran yang kita diajar. Ketika itu mulalah daripada hendak mengajar terus jadi membebel dan marah-marah sahaja.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminat Matt Yusof dan semoga ianya bermanfaat.
Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520