Jerawat memang buat wanita rasa ‘down’ seharian. Boleh jadi murung satu hari jika tiba-tiba jerawat muncul di pipi. Lebih-lebih lagi kalau suami atau kawan pejabat mula menegur. Bertambah down rasa. Itu kisahnya di muka, macam mana pula kalau timbul di belakang badan.
Walaupun tak nampak tapi jerawat dibelakang badan sebenarnya mengganggu dan buat kita rasa tidak selesa. Secara automatik terus rasa tak yakin pada sendiri dan adakalanya rasa rendah diri kala bersama dengan suami. Maklumlah badan tak berapa nak rata dan jerawat yang timbul pula adakalanya menyakitkan badan.
Bagaimana nak atasi masalah ini? Tidak perlulah terus berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat ini. Masker dengan skrub daripada bahan semulajadi adalah pilihan tepat. Mungkin anda boleh mencuba dua petua ini.
Masker Putih Telur
Selalunya kita dengar mencuba masker putih telur untuk kulit muka sahaja. Kalau nak tahu, jerawat yang timbul di belakang badan juga sebenarnya boleh diatasi dengan cara ini. Ambil putih telur dan sapukan pada kulit belakang badan. Ratakan dan berikan penekanan lebih pada kawasan berjerawat. Biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas.
Skrub Timun
Timun bukan hanya baik pada kulit wajah tetapi juga menjadi penenang pada masalah jerawat. Jerawat yang sedang mekar, mantap dan sakit membuak-buak ini menjadi lebih lega dengan skrub timun. Parut atau lecekkan timun dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat akan kurang sakit dan bengkak.
Ads
Skrub Kunyit
Kunyit paling mujarab. Buat skrub kunyit sendiri dengan menumbuk halus bersama garam kasar. Tumbuk lumat dan tampalkan pada tempat jerawat. Sedikit pedih pada permukaan kulit belakang tetapi ia meredakan. Kunyit yang bersifat ‘panas’ akan mengecutkan jerawat dan bila dilakukan dengan kerap, masalah jerawat akan hilang. Hebat!
Cara Sihat Hilangkan Jerawat Belakang Badan
Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:
• Kerap mandibagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.
Ads
• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.
• Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.
• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.
Ads
• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.
• Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dibimbangi boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.
• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.
• Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lucu dan buat ramai terhibur, demikianlah yang boleh diungkapkan tatkala melihat video yang tular baru-baru ini
Video yang dikongsikan menerusi tiktok itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan ‘membebel’ di dalam voice note WhatsApp. Dengan loghatnya itu membuatkan ramai terhibur.
Antara lain bebelannya adalah meminta semua untuk tidur dan jangan asyik bermain telefon. Apa yang melucukan, dia sempat meninggalkan pesanan buat mak longnya supaya menyimpan duit beli mainan dan Susu untuknya.
Selain itu, dia menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja.Cara bebelan tersebut tak ubah seperti mak-mak memarahi anak.
Video tersebut dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.
Minggu persekolahan sudah bermula. Keterujaan anak-anak bertemu kembali kawan-kawan di sekolah menyebabkan mereka melompat ke sana ke mari. Dan kasut yang putih mula bertukar warna. Selain kotor ditambah dengan cuaca yang tidak menentu, adakalanya hujan menyebabkan keadaan padang menjadi lecak dan berlumpur.
Pastinya ‘sakit mata’ melihat betapa kotornya kasut sekolah anak-anak yang diselaputi lumpur. Biasanya walaupun direndam, digosok serta disental dengan menggunakan sabun, kekotorannya masih jelas kelihatan.
Tapi melalui perkongsian Facebook Rushima Yunus, beliau mengutarakan tip yang boleh membantu para ibu berdepan dengan masalah ini. Ujarnya dia seperti ibu lain yang mempunyai anak bersekolah habis cara untuk membersihkan kasut anak yang kotor.
Walau pun sudah melalui proses merendam, menyental dengan sepenuh hati, hasilnya agak menghampakan kerana ia memerlukan daya tenaga sentalan yang agak ekstrem.
Guna pencuci pinggan
Puas mencuba pelbagai jenama sabun yang ada di pasaran, dia tergerak hati cuba membasuh kasut sekolah dengan bahan pencuci pinggan pula.
Oleh kerana yakin dengan kuasa pencuci pinggan mangkuk yang selama ini banyak membantunya mencuci lebih pantas di dapur, lalu cecair tersebut turut digunakan untuk membasuh kasut sekolah anaknya.
Keputusannya? Ternyata berkesan! Kasut sekolah lebih mudah untuk dicuci dan kembali putih seperti yang diingini. Selain itu, apa yang lebih mengembirakan, ia tidak memerlukan kuasa sentalan yang ekstrem.
Hanya dalam masa lima minit memberus secara konsisten, kotoran mula hilang! Menarik kan?
Tambahnya lagi, untuk mendapatkan kesan yangmaksima, kasut sekolah hendaklah direndam di dalam air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
Semoga panduan ini dapat menyelesaikan masalah untuk memastikan kasut sekolah anak-anak bersih dan nampak cantik tatkala digayakan ke sekolah.
Jenis fabrik kasut turut memainkan peranan untuk mengembalikan keputihan kasut tetapi tidak salah jika berkongsi panduan yang boleh mendatangkan manfaat bersama, bukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi Dagang, salah satu menu kegemaran Orang PantaTimur. Yang belum pernah cuba buat, jom admin kongsikan resipi mudah bersama tip untuk menambahkan kesedapan gulai. Resipi ini adalah air tangan dari puan Rozie Mnor.Hari rajin pagi ni
Nasi dagang
Untuk nasi
3 cawan beras basmathi (beras biasa pun blh )
1 cawan beras pulut
Rendam 2 jam bersama 2 sudu halba
Kukus beras td sampai nasi masak
Untuk santan nasi
Guna 4 cawan santan pekat
6 ulas bawang merah ( byk pun xpe )
2 ulas bawang putih
2 in halia
Potong semua bahan2 td masuk dlm santan masak sekejap saja masuk gula dan garam
Ambil nasi yg di kukus td gaul dgn santan yg kita nasak dgn bawang halia td
Dan kukus sekejap..siapp Gulai ikan tongkol (2 ekor ikan yg sederhana besar)
Wajib rebus ikan tongkol dgn garam gula atau nisan keret asam keping bg cukup rasa semua
Biarkan semalaman ( ini rahsia utk gulai yg sedap)
Bahan-bahan
6 bj cabai kering
6 ulas bawang merah (byk pun xpe bg pekat kuah )
2 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
Cara membuat:
Blend semua bahan2 td dan campurkan dgn 2 sudu serbuk kari babas
Tumis sehingga naik myk
Masukkan santan
Masukkan ikan tongkol yg di rebus
Masuk garam gula dan asam keping (hati2 ye sebab ikan dah ada rasa masin manis dan masam ) ** ini cara saya ye banyak lagi resepi versi lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di