Efek penggunaan cermin dinding di rumah bukan sahaja membantu ruang nampak lebih luas malah apabila menggunakan cermin dengan rekaan geometri akan menyerlahkan gaya eksklusif pada ruang kediaman.
Pun begitu, diakui untuk memiliki cermin berukuran besar menghiasi ruangan dinding, memerlukan bajet yang besar hingga mencecah ribuan ringgit. Namun, jika anda lakukan DIY harganya jauh lebih murah. Bahkan kerja pemasangan cermin diamond tidaklah sesukar mana apabila semuanya telah tersedia ada di pasaran dan tanpa perlu untuk anda lakukan proses pemotongan cermin. Cukup mudah!
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Anas Che Mat Hadzer, proses pemasangan cermin diamond berukuran 5ft x 3ft dilakukan sendiri dan kos yang digunakan hanyalah RM400++.
Menurutnya, “Rupanya mudah je pasang cermin viral nie, korang boleh ambil tips abam pelekat nie buat. Tak perlu membazir panggil orang untuk upah pasang, beribu baiii..Zaman sekarang ni semuanya DIY jerr..Yang paling penting memang murah dan jimat.”
Langkah-langkah pemasangan
𝟭𝘀𝘁 – Korang mula susun cermin mengikut citarasa korang. Ni dia abam customer siap berpelikat lagi masa susun cermin.
𝟮𝗻𝗱 – ukur keluasan cermin tu 5ft x 3ft. Kalau korang beli banyak cermin, boleh adjustkan berapa panjang dn lebarnya yang korang nak!
Ads
𝟯𝗿𝗱 – Gunakan kayu wainscoting & potong ikut L 45 degree/darjah. Pastikan korang tak salah potong, karang naya jari korang.
𝟰𝘁𝗵 – Lepas tu, korang ukur pakai tape nak potong L.
𝟱𝘁𝗵 – Cermin letak double tape dgn gam silikon. Biar cermin tu melekat dengan kuat. Lepas tu letak lagi masking tape untuk secure cermin. Lepas 10-12 jam baru bukak tape
tadaaa siap! Cermin siap akhirnya!!!!
Ads
kat sini abam pelekat nk share skit berapa kos utk pasang cermin viral saiz 5ft x 3ft nie
𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗶𝘁𝗲𝗺 :
Ads
1- Cermin square = 22pcs x RM12 = RM264
2- Cermin triangle = 16pcs x RM6 = RM96
3- Kayu Wainscoating = 3pcs x RM18 = RM54
4- Gam Cermin = 2 botol x RM9 = RM18
5- Gam Kayu = RM5.20
6- Caulking Gun = RM6.50
7- Masking Tape = 3pcs x RM1.70 = RM5.10
8- Double Tape 5 meter = RM9.70
9- Gergaji wainscoting = RM28.90
So total abam pelekat belanja hanya =𝗥𝗠𝟰𝟴𝟳.𝟰𝟬 SHJ… MURAH Baii !!
Harga Pasaran RM1,800 untuk saiz nie. Semua barang ni abam beli dekat VALOOBUY – Pembekal & Pemborong..
Penggunaan media sosial diakui menjadi keutamaan bagi kita semua dan sering dianggap penting sebagai medium untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan sehari-harian.
Bahkan bila dilihat senario masa kini, hingga ada yang berlebih menunjuk-menunjuk kemewahan, kekayaan dan harta yang dimiliki di media sosial. Trend ini dilihat tidak sihat dan atas sebab itu terpanggil untuk Peguam Nor Zabetha berkongsi pandangan dan pengalamannnya yang diharapkan dapat memberi pengajaran untuk kita semua.
Budaya ‘Fit In’ Jadi Ikutan
Macam-macam cara orang gunakan untuk ‘fit in’. Hendak sesuaikan diri atau juga hendak menjadi ‘champion’ atau hebat di mata masyarakat. Tambah pula zaman media sosial ini. Sebab itu wujud budaya seperti ‘flex’. Barangkali juga untuk mendapat perhatian dan ‘respect’ orang ramai.
Cumanya, kalau terlalu diikutkan sangat ‘trend’, lama-kelamaan mengundang rasa marah, benci atau kecaman orang awam. Niat asalnya, kita hendak orang lihat dan nampak kita hebat.
Berpada-pada. Sudah cukup baik. Melihat video seperti influencer menunjukkan koleksi jamnya, “Oh! Ini tak mahal sangat. Ini harganya berapa ratus ribu je”.
“Takkan saya hendak tunjuk kaya saya sehingga saya hendak tunjuk duit berjuta dalam peti besi tu”.
Ada juga influencer yang tercabar bila diperli asetnya masih dalam pinjaman bank, untuk membuktikan dia susun duit-duit dalam peti di rumahnya dan menceritakan bahawa ada jutaan ringgit lagi.
Saya selalu terfikir apa tujuan perbuatan yang begini. Untuk dilihat hebat? Untuk disanjung? Jika itu tujuannya, di ruang komen yang saya baca bukan kata-kata pujian tetapi sebaliknya.
Yang Kecil Pun Tahu Membanding Jenama
Budaya begini sudah menjadi ikutan pula dalam masyarakat kita. Malahan menjadi ikutan remaja-remaja dan generasi baru. Yang kecil pun sudah tahu membandingkan jenama.
Kalau ke sekolah berbag Smiggle itu pastinya hebat. Jenama mengambarkan status antara mereka dan menyebabkan rasa penting dan hebat anak-anak ini.
Siapa yang tidak pernah melalui zaman yang tidak ‘terikut-ikut’ waktu remaja ini. Majoriti kita, sudah tentu pernah. Kita hendak ‘fit in’ supaya tidak terasa terasing dari kawan-kawan. Supaya nampak sama-sama hebat.
Teringat kisah sendiri, waktu mula-mula di Universiti dulu. Saya ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di taman perumahan, ibu saya sewaktu membesarkan kami adalah seorang kerani. Jadi kami tidak mewah.
Kalau disebutkan segala jenama barangan mahal memang tidak tahu. Secret Recipe atau kedai yang lebih kurang sama, belum pernah jejak kaki sehinggalah mula bekerja sendiri. Kalau ada makan di Universiti pun, kawan-kawan yang belanja. Waktu menbesar, makanan seperti KFC dan McDonald pun sekali-sekala.
Jadi apabila ke Universiti, latar belakangnya berbeza-beza. Kehidupan baru buat saya dan mengenali manusia baru. Ada beberapa kawan yang saya kenali sangat peka dan ambil tahu tentang jenama. Kadangkala bila bersembang jenuh kepala saya menangkap apa yang disebut.
Selalunya saya tidak menyampuk dan diam sahaja bila masuk topik begini. Perkara saya tidak tahu, jangan tunjuk pandai. Waktu ini usia saya baru 18 tahun. Telefon paling canggih waktu ini Nokia 3310. Tidak sama macam telefon Android atau Iphone sekarang. Kalau tidak tahu, kita terus Google sahaja.
“Beth pernah pergi Kinokuniya?”
Satu hari, seorang rakan rancak bercerita. Nama-nama restoran yang ada di Mall, kedai itu dan kedai ini. Tiba-tiba dia tanya soalan “Beth pernah pergi Kinokuniya?”. Saya terdiam dan tergamam. Aduh! Waktu ini hendak jujur atau kita kena cuba ‘fit in’ supaya kelihatan ‘cool’.
Tidak sempat buat keputusan. Masa hanya tinggal beberapa saat untuk menjawab. Baik! Saya ‘fit in’. Dengan yakinnya saya jawab “Tak pernah makan lagi dekat restaurant Jepun. Sedap ke?”.
Maka terdiamlah kawan yang bertanyakan soalan. Hendak dia ketawakan biadap. Seorang lagi pun terdiam. Kami terdiam beberapa saat.
Sambil rakan saya itu, kelihatan jelas hendak mematahkan jawapan yang paling ‘innocent’ dan betapa dia tidak sampai hati menjelaskan Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di KLCC. Kami semua diam.
Sejak itu, saya lebih peka dan ambil tahu tentang hal-hal begini. Cuma patutnya waktu itu, jika saya tidak tahu, eloklah saya jujur sahaja. Barangkali jiwa remaja dan tidak mahu ketinggalan selepas masuk ke dunia baru iaitu Universiti.
Alhamdulillah, apabila mula bekerja dan kehidupan yang lebih bagus. Rezeki juga murah dan diberikan kelapangan untuk mencuba segalanya.
Beberapa perkara yang saya belajar tentang kehidupan. Jika hendak dihormati tidak sepertinya dengan menayangkan atau membuktikan apa yang kita ada. Biarlah kejayaan kita ‘bercakap’ sendiri. ‘Action speak louder than words’.
Paling utama ‘Just be yourself’. Hendak cuba ‘fit in’. Hendak jadi orang lain yang bukan diri sendiri, sangat memenatkan sebenarnya kerana kita hidup untuk memuaskan anggapan orang lain. Penat untuk puaskan hati manusia kerana tidak pernah puas.
Kalau bukan diri kita, mengaku sahaja bukan. Orang lebih sayang dan suka dengan manusia yang jenis merendah diri dan jujur. Menjadi manusia begini hatinya tenang dan tidak memenatkan.
Jadi diri sendiri dan ada dengan mereka yang boleh menerima kita seadanya.
Bukan mudah untuk hadam erti kehilangan orang yang tersayang. Apa lagi sewaktu baru mahu mengecap erti bahagia sebagai suami isteri. Namun, kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan hanya Dia Yang Satu. Pasti ada hikmah disebalik apa yang diberikan itu.
Bagi Nur Shira, walaupun sudah setahun pemergian suami, dia masih tidak mampu melupakannya. Setiap masa dia teringat akan saat-saat suami menghembuskan nafas terakhir di depan matanya. Arwah suami Nur Shira meninggal dunia dalam kemalangan bersama dua lagi sahabatnya.
Dua hari lepas genap setahun pemergian arwah suaminya, Nur Shira memuat naik nukilan mengingati kembali saat-saat manis bersama arwah. Tersentuh hati tatkala membacanya.
1 Mei 2018- 1 Mei 2019 Siapa sangka dia pergi dulu sebelum aku. Siapa sangka dia pergi tinggalkan aku selepas 11hari kami menikah. Disaat kami sedang bahagia baru menjadi suami isteri yg sah, dia pergi mengadap ilahi. Pergi dan takkan kembali……..
Terasa gelap dunia aku bila buka mata yg dia dah takda, aku harap yg ni satu mimpi. Tapi tidak, ini lah realiti yg dia dah tiada.. ‘Maafkan sayang, tak dapat temankan b masatu, sebab sayang mmg tak boleh bergerak, sayang hanya mampu tengok b dari jauh je. Sayang harap yg b bangun masatu. Tp Allah lebih sayangkan b.
Lepas kejadian tu, bagaikan mimpi ngeri yg terjadi dalam hidup aku. Tidur aku tak pernah lena, bila pejam mata aku nampak dia dan arwah kawan-kawan aku. Aku nampak kejadian tu.. Dia pergi depan mata aku, mcmana aku nak lupakan semua tu? mcmana aku nak lupakan perkara yg paling menyakitkan dalam hidup aku.
Sejak haritu hari-hari aku langsung tak bermakna, buat apa aku teruskan hidup tanpa org yg aku sayang.. Aku selalu fikir kenapa Allah tak ambil aku sekali? Kenapa? Kenapa dia tinggalkan sorang-sorang kat sini. Dia janji dia takkan tinggalkan aku. Setiap hari aku fikir mcmana aku nak teruskan hidup tanpa dia? Aku jatuh, aku merana.. sakit yg takkan dpt aku ungkapkan dgn kata-kata.
Rindu.. Aku rindukan dia sampai rasa mcm nak mati. Setiap hari aku doa Allah temukan aku dgn dia walau hanya dalam mimpi, sekejap pun jadilah. Alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku. Walau hanya dalam mimpi, aku bersyukur. Sampai rasa taknak bangun dari tidur supaya dpt tengok dia lama-lama..
Dia selalu pesan bila dia dah takda nanti, jgn meratap, tak baik meratap dekat org yg dah takda. Yes, i do it…. Sampaikan masa aku tahu dia dah takda, setitik air mata aku takda keluar. Org semua ingat aku tak tahu yg dia dah takda, tp padahal aku nampak semua tu depan mata, tp disebabkan aku ingat pesan dia. Aku tahan. Aku menangis dalam hati. Sakitnya masatu cuma Allah yg tahu. Tp aku manusia biasa, sedangkan Nabi Muhammad pun nangis anak dia meninggal. Lagi kan aku? Aku tak mampu lg tahan air mata aku. Sakit yg terlalu sakit.
Aku belajar redha dgn semua takdir ni. Aku belajar terima hakikat yg dia dah tiada. Dia dah kat tempat yg lebih baik. Setiap hari aku ckp dekat diri aku, aku kena redha, ni takdir jalan hidup aku. Allah dah susun baik-baik setiap cerita hambanya. Allah sayangkan dia lebih dari aku mencintai dia. Aku tahu apa kita miliki semua nya milik Allah swt. Aku berharap Allah jagakan dia utk aku dgn baik.
Permintaan terakhir.. Sepatutnya aku kahwin bulan 12/2018 tp dia mintak awalkan sebelum Raya. Aku pelik tp aku turutkan jugak, tak sangka rupanya dia dah nak pergi. Aku lah org paling yg excited nanti dpt sambut puasa dan raya sama-sama as husband and wife, tp sayang semua tu tak sempat. Dia dah pergi tinggalkan aku.
Suami & Anak yg baik.. Dia mmg suami yg baik, walaupun hanya utk 11hari. Aku bersyukur.Dia selalu ckp aku lah yg pertama dan terakhir dalam hidup dia. Dia mmg buktikan aku lah yg terakhir dalam hidup dia. Seorang anak yg tkkn lupa ibu, dia lah.. aku sempat teman dia beli cincin utk hadiah birthday mak dia, tp beli awal. Sbb dia ckp nanti masa birthday mak dia takda. Aku tak pernah sangka yg dia betul-betul takda. Sampai skrg aku rasa ni semua mimpi and dia masih ada.
Aku percaya setiap apa yg jadi pasti ada hikmah disebaliknya, Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. Aku selalu doa Allah bg aku kekuatan utk aku tempuh ujian yg akn dtg. Skrg, aku sedang bangun utk cari sisa-sisa kekuatan yg dia dah bawa pergi sekali. Dulu aku kuat sebab aku ada dia. Skrg aku kuat sbb aku ada Allah.
Suamiku❤️ Semoga tenang disana. Harini genap setahun pemergian awak. Saya rasa mcm baru semalam awk pergi tinggalkan saya. Ye, saya rindut sgt kat awk. Awk tahu kan mcmana saya sayangkan awk? Mcmtu lah saya rasa skrg. Perasaan tu takkan pernah berubah. Saya selalu berdoa supaya Allah satukan kita semua disana nanti. Setiap yg hidup pasti akan mati. Lambat atau cepat, kita semua pasti akan balik padaNya. Tunggu sayang ye b. Sayang akan menyusul nanti. Rindu dan sayang dekat b takkan pernah hilang. Biarlah saya simpan semua kenangan kita dalam hati yg paling dalam… Doakan saya kuat utk tempuh hari-hari akn dtg.
Tenanglah… Syurga tempatmu. AL-FATIHAH Suamiku… Muhammad Safuan Bin Sazali ❤️
AL-FATIHAH utk sahabatku Muhammad Aseel Habel Bin Akhbar Mohamad Ridzuan Bin Mohamad
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.