Memiliki rumah dan dijadikan sebagai eset pelaburan merupakan cara yang cukup bijak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Nursabrina ini apabila sanggup membeli rumah lama berusia lebih 30 tahun dengan harga lebih rendah untuk dijadikan homestay sebagai satu cara mencari peluang menambah pendapatan.
Pun begitu, dalam memastikan rumah inap desa cantik dan selesa, proses baik pulih telah dilakukan. Jom kita kita lihat hasilnya.
Rumah ni dah berusia lebih 30 tahun. Harga beli 80K. Tujuan beli nak buat homestay. Lagi satu sebab rumah tu sebelah rumah mak dan abah.
Ads
SebelumSelepas
Belum siap deco sepenuhnya tapi kak min excited nak share. Harap beri manfaat pada semua.
Ads
Konsep idea dari saya sendiri dan ini saya kongsikan tip untuk jimat deco cara saya.
Biasa saya akan survey harga dulu dan buat perbandingan harga. Beli barang time offer. Jadi kos reno 35k.
Ads
Sumber : Nursabrina Zahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berpantang maut sebelum ajal… Bukan mudah untuk menerima hakikat diri menghidap penyakit yang cukup mengerikan. penyakit yang digeruni oleh semua orang. Namun takdir Tuhan tak siapa mampu menduga.
Kisah ini cukup menyentuh hati oleh Nor Hidayah Arifin menerusi laman Facebooknya yang berkongsi kisah bagaimana dia didiagnos sebagai pesakit kanser.
Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser
Aku adalah salah seorang pesakit kanser thyroid / metastatic papillary thyroid carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan.
Aku menghidap kanser seawal usia aku 28 tahun ,pada tahun 2018 . aku tahu semua ni bila aku melahirkan anak yg ke2.satu ketumbuhan yang besar ada ditengah2 leher, biji itu membesar dengan cepat, menyebabkan aku sukar menelan dan susah bernafas ketika tidur, lalu aku terus kehospital untuk medical checkup, setelah dokter membuat ujian imbasan ultrasound dan biopsi aku di diagnose ksnser thyroid. Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeletar ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini ” . Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser ” .tulah suara yg keluar dari mulut dokter yg pertama aku dengar time tu.
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? Macam mana perasan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” Bagaimana kehidupan aku selepas ini?
Aku sebak bila ingat balik saat tu . Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser . Kanser adalah penyakit mati .
2 bulan selepas itu aku dimasukkan ke wad , keadaan aku semakin hari semakin teruk , aku jadi mudah sesak nafas sampaikan nak menelan air liurpun jadi susah , nafas aku makin hari makin pendek tapi aku berdiam sahaja aku tak mahu menceritakan kepada keluarga aku apa yang aku rasa, aku tidak mahu mereka terlalu bimbang. Selepas 11 bulan operation pertama selesai radioaidin/kimoterapi Aku di kejutkan lagi dengan keputusan dokter yang kanser aku hidap ini bukan berada disatu tempat , tapi kanser ni dah merebak ke beberapa tempat yang lain . Kanser aku bermula dari leher lalu merebak ke limfa .
Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambik darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangt rendah 6 sahaja sebab aku penghidap alpha thalasmia , rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas, jari2 tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.
Aku ingat lagi nasihat dari seorang dokter, dokter surgical surgery dokter yang handle kes aku, dia juga dokter yang mengetuai 2 kali operation aku berturut turut. Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung .
Alhamdulillah , aku menjaga zikir dan selawat ku . Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah , Perbanyakkan baca al-quran . jika tak mampu solat berdiri maka duduk la , jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring . Ingat lah peringatan ni . laksanakan solat dan doa kepada-Nya
Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa .Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .
Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku , memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .
Buat pesakit diluar sana , jangan cepat berputus asa , yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya . Anda mampu . Percaya lah ! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih . Usaha lah untuk buat rawatan , ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun . kalau aku cerita rawatan yang aku pernah buat , lagi panjang lah cerita ni . jadi aku tamat di sini . Jangan tinggalkan solat , banyakkan berdoa , Redha dan terus BERSABAR. #thyroidcancer #alphathalassmia #papilarythyroidcancer
Kagum dan luar biasa! Antara rekasi warganet yang menyaksikan bakat luar biasa seorang pesara guru yang melukis mural di dinding sebuah sekolah.
Lukisan mural pemandangan hutan serta pokok dilukis dengan mengguna berus cat kelihatan begitu ‘real’.
Malah aksinya yang melukis dengan bersahaja tanpa ada kesilapan serta mahir mengabungkan warna begitu santai!
Video yang tular dikongsikan oleh pemilik facebook, Hatiyah Abu Hassan mendapat perhatian ramai. Sehingga kini perkongsian ini telah mendapat lebih 5K share.
Netizen luah rasa kagum
Bukan calang-calang rupanya
Guru yang dikenali sebagai Cikgu Ismail ini yang sudah empat tahun bersara awal untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang dunia seni lukis. Meninjau di facebook pesara guru ini, rupanya bukan calang-calang, banyak hasil lukisan yang dihasilkannya.
Menurut pakar Mikrobiologi yang membuat kajian mengenai kuman dan penyakit berjangkit jika hendak mencegah jangkitan kuman dan penyakit berjangkit ada etika yang ibu bapa kena tahu ketika anak batuk. Pada masa yang sama ibu bapa kena didik anak juga etika ini.
Baru-baru ini, ketika diajukan persoalan ini, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Pensyarah Kanan & Pakar Mikrobiologi Klinikal,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Sains Islam Malaysia, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada tubuh manusia. Kuman iaitu bakteria, virus dan kulat tersebar kepada manusia melalui pelbagai cara.
Antaranya ialah melalui sentuhan, pernafasan, makanan, udara, dan haiwan. Virus yang tersebar melalui cecair pernafasan atau respiratory droplet dan udara seringkali menyebabkan jangkitan kepada kanak-kanak terutamanya yang tinggal di pusat asuhan atau belajar di tadika.Sebab itulah anak-anak kita sering saja menghidap selsema dan batuk yang berpanjangan.
BAGAIMANA TERSEBAR?
Penyakit yang tersebar melalui cecair pernafasan termasuk common cold, influenza, pneumonia (jangkitan paru-paru). Penyakit yang tersebar melalui udara pula ialah chicken pox, measles, penyakit kaki tangan dan mulut (hfmd) serta tuberkulosis.
Cecair pernafasan dikeluarkan semasa batuk, bersin, ketawa dan bercakap. Cecair tersebut boleh mencemari udara sehingga jarak satu kaki,dan kemudian jatuh di atas meja, kerusi dan alatan berhampiran. Cecair juga mencemari alat permainan, alat tulis dan sudu garpu sekiranya alatan ini dimasukkan ke dalam mulut atau terkena hingus dan sebagainya. Kuman yang disebarkan melalui udara juga tersebar apabila pesakit batuk dan bersin, tetapi kuman ini berada di dalam udara pada masa yang lama dan boleh bergerak lebih jauh.
Jangkitan boleh dijauhi sekiranya ibu dan anak-anak tahu bagaimana untuk mencegahnya.
Etika Batuk & Bersin merujuk kepada amalan mudah yang patut dilakukan oleh semua orang yang mengalami batuk dan selsema atau jangkitan saluran pernafasan untuk mengelakkan penyebaran kuman kepada orang lain. Nasihat saya, amalan ini harus dilakukan sepanjang masa walaupun anda berasa sihat kerana adakalanya anda tidak dapat membezakan samada anda mengalami batuk disebabkan oleh jangkitan atau sebab-sebab lain.
Etika Batuk & Bersin
1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu semasa bersin dan batuk
2. Jika tiada tisu, tutup mulut dan hidung dengan lengan baju
3. Buang tisu ke dalam tong sampah
4. Basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
Amalan ini patut diterapkan kepada anak-anak seawa usia pra-sekolah. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik rumah, menyediakan kemudahan lengka disediakan di rumah ( tisu, air dan sabun mudah diambil dan digunakan oleh anak kecil) dan memastikan tisu sentiasa ada di dalam beg sekolah atau kocek anak. Di sekolah, guru-guru boleh menunjukkan gambar, menampal poster dan menerangkan tujuan Etika Batuk. Di Jepun, pendidikan kesihatan diajar seawal usia pra-sekolah. Kanak-kanak diwajibkan untuk membawa sapu tangan dan sebungkus tisu setiap hari. Sapu tangan digunakan untuk mengelap tangan selepas membasuh tangan manakala tisu digunakan untuk membuang hingus dan menutup mulut ketika batuk dan bersin. Setiap minggu, petugas khas yang dilantik dari kalangan rakan-rakan sebaya akan membuat pemeriksaan kesihatan mingguan atau shirabe. Perkara yang diperiksa ialah sapu tangan, tisu dan kuku.
Ayuh kita mulakan amalan mudah ini di rumah. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.