Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Ads
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Ads
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Kejadian keracunan makanan yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak telah mengejutkan ramai pihak.
Sebanyak 48 pelajar telah mengalami keracunan makanan sejak semalam, dan daripada jumlah tersebut, 6 orang pelajar terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Angkatan Tentera, Terendak.
Pihak pengurusan MRSM Terendak segera bertindak untuk menghubungi Jabatan Kesihatan dan Hospital Tentera Kem Terendak bagi mendapatkan bantuan perubatan. Tindakan pantas pihak berkuasa kesihatan ini telah membantu merawat pelajar-pelajar yang terkesan dengan segera.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyedari keseriusan insiden keracunan makanan itu, ke lokasi kejadian bagi meninjau sendiri keadaan pelajar-pelajar yang terjejas.
Dalam usaha untuk memastikan keselamatan para pelajar, beliau turut meluangkan masa untuk melakukan lawatan ke dewan selera di mana kejadian dipercayai berlaku. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kejadian dan memastikan tindakan lanjut dapat diambil bagi mengelakkan insiden serupa daripada berulang.
“Pagi tadi saya menerima banyak mesej daripada ibubapa mengenai kes keracunan makanan yang berlaku di MRSM Terendak bermula semalam. Seramai 48 pelajar mengalami keracunan makanan sehinggakan seramai 6 orang pelajar terpaksa masuk ke wad kecemasan di Hospital Angkatan Tentera, Terendak.
“Saya terus bergegas dari Mahkota Kluang ke MRSM Terendak bagi meninjau keadaan pelajar-pelajar yang terkesan dan melakukan lawatan ke dewan selera.
“Terima kasih pihak Jabatan Kesihatan dan Hospital Tentera Kem Terendak yang telah membuat tindakan pantas bagi merawat pelajar MRSM. Kementerian Kesihatan juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi isu ini serta akan mengambil tindakan termasuk notis penutupan dewan selera ini.
Beliau yang mengadakan lawatan ke MRSM Terendak, Sungai Udang di sini, hari ini, mengaku amat terkejut apabila mendapati banyak kemudahan asas di institusi pendidikan itu rosak, kotor dan tidak boleh digunakan.
“Saya juga mengambil peluang melihat fasiliti-fasiliti di sini dan begitu sedih dengan keadaan bilik guru dan tandas di bangunan akademik, tandas di asrama putera dan puteri yang banyak tidak berfungsi dan rosak.
“Saya telah berikan tempoh masa selama sebulan kepada Pihak Pengetua dan pengurusan MRSM untuk menyelesaikan isu-isu penyelenggaraan fasiliti ini.
“Kebajikan para guru dan pelajar adalah menjadi keutamaan kami di MARA dan suasana yang kondusif amat penting untuk keselesaan semua bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
“Tiada kompromi jika ia melibatkan isu kesihatan dan keselesaan para pelajar. Saya akan terus memantau dan memastikan isu seperti ini tidak berlaku lagi. Jika ianya berlaku, boleh terus laporkan kepada saya di ruangan komen Instagram ini,”katanya menerusi Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Memetik Laporan Berita Harian, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendedahkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak adalah yang paling teruk dari segi keadaannya sangat daif dan uzur, berbanding 39 lagi MRSM sudah dilawati beliau.
“Saya melihat sendiri keadaan daif di MRSM itu. Setakat 40 MRSM yang sudah saya lawati, inilah yang paling teruk pernah saya tengok. Pada penilaian saya, MRSM Terendak berada dalam keadaan yang sangat daif dan uzur, terutama fasiliti tertentu.
“Dalam konteks ini, saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk MARA memberi keutamaan menaik taraf kemudahan asas seperti tandas, selain ada bilik guru yang tidak boleh digunakan langsung,” katanya.
Susulan itu, beliau mengarahkan pengurusan MRSM Terendak menyenaraikan keutamaan berkaitan dalam tempoh sebulan, dengan menggunakan peruntukan khas yang diluluskannya berjumlah RM400,000.
Sumber: Instagram drasyrafwajdi & Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan Datin Zizie Izette. Dia rajin berkongsi perihal aktiviti keluarga dan anak-anak menerusi laman sosialnya.
Ceria dan tampak begitu mesra Datin Zizie Izette bersama madunya serta suami dalam satu sesi fotografi.
Kemesraan Zizie bersama Dato’ Bung Mokhtar dan madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin jelas terpancar menerusi dua video yang dimuatnaik menerusi dua potong video.
Sebelum ini, jarang sekali dapat melihat mereka bergambar bersama, namun sempena Aidilfitri ini dikongsikan buat tatapan ramai menerusi laman Instagram Zizie.
Menurut Zizie dalam nada bergurau, Dato’ Bung tidak suka isteri yang kurus tetapi suka isteri yang comel-comel seperti mereka.
Fyi, suami kami tak minat yg kurus2, taste dia yg comel2 mcm kami. 😄
Tgk riak wajah @bungmoktar yg kelihatan begitu ceria.
Kaum Adam yg teringin mcm kami jgnlah cemburu ya.
Kalau nak pg menuntut ilmu dgn panglima perang Sabah ni. 😂😂😂
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Zizie bersama dua keping video pendek.
Sememangnya keceriaan Di wajah Dato’ Bung jelas kelihatan apatah lagi diapit oleh isteri-isteri tersayang.
kapsyen Dari isteri kesayangan Datuk Bung Mokhtar Itu nyata mengundang reaksi ramai. Rata-rata mendoakan pasangan ini terus bahagia. Tak kurang juga yang meminta dikongsikan tip.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu suami menjadi suri rumah sepenuh masa kembali tular dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan warganet.
Ia berikutan satu laporan akhbar berkenaan isu tersebut sehingga menjadi perdebatan di laman media sosial melaporkan.
Masing-masing meluahkan pandangan berkenaan isu ini. Ada yang menyokong tak kurang yang kurang bersetuju.
isu ini turut mendapat reaksi daripada Doktor selebriti, Dr. Say Shazril yang memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.
Menurut bapa kepada dua orang cahaya mata, memang ada Di antara segelintir suami yang berasa selesa menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Teringin sy nak tahu pandangan kalian mengenai tajuk ni sebab my followers always give the best & mature life experiences & opinions thus far. Kalau komuniti di Facebook rata2 mesti akan terus menghukum tapi bagi sy komuniti di Instagram sedikit open minded.
“Sepanjang posts sy mengenai rumah tangga pun ada followers yg bercerita suami mereka selesa jadi SAHD (Stay At Home Dad) cuma persoalannya sekarang APA PANDANGAN ANDA PABILA ISTERI MENGGAJIKAN SUAMI KERANA SUAMI LEBIH RELA JADI SURI RUMAH,” ujarnya.
Menurutnya lagi, situasi sedemikian mungkin berlaku atas faktor semasa yang telah berubah.
Secara peribadinya, dia berpendapat tidak menjadi satu masalah untuk suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sekiranya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
“Dari sudut agama mengatakan “hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredhai oleh isteri. Namun jika isteri meredhainya, maka itu dibenarkan”. Dari pandangan sy sendiri, TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING2.
“Bagi sy tanggungjawab hakiki seorang suami adalah to provide tak kire betapa kecilnya gaji suami itu berbanding isterinya tapi tunjang utama mestilah ditanggung suami dari segi tempat tinggal, makanan & pakaian.
“Bini kalau nak ringankan beban suami dengan bayar sekali its up to bini, suami tak boleh minta apetah lagi memaksa. Cuma bagi sy it feels weird kalau hujung bulan bini sy cakap “ubby, i dah bank in RM2k untuk elaun u”. Makes me feel sedikit defeated.
“Nevertheless, zaman dah berubah. As long as suami tu berfungsi & bukan biawak hidup, bersyukur sesangat dah Better ada husband yg take care wellbeing anak2 & rumah daripada husband yg culas segala2nya.
“Mungkin ada yg pandang sy & Dr Sheikh sebagai SAHD tapi walaupun sy duduk rumah sy akan pastikan tanggungjawab sy which is to earn for my family terpelihara.
“Biarlah goyang tulur tapi sekiranya goyangan itu membuahkan hasil daku rela bergoyang,” tulisnya lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.