Pasir kristal menyerap lembapan dan air. Jadi najis kucing akan menjadi kering dan mudah diuruskan. Tahukah anda pasir kristal kucing juga mampu menghilangkan kulat dalam almari.
Bagi anda yang menggunakan perabot jenis MDF board (medium density fiber bord), particle bord, compressed bord atau seangkatanya, memang mudah naik kulat. Hal ini akan kerap berlaku jika keadaan persekitran lembap dalam tempoh yang lama dan kedap. Hal ini kerap berlaku pada almari baju, rak buku dan sebagainya.
Pasir Kristal Kucing Boleh Hilangkan Kulat Dalam Almari?
Walaupun sudah dilap dan dibersihkan pun, masih ada lagi kelihatan kulat wujud terutamanya di bahagian yang telah dibersihkan. Ini berlaku disebabkan oleh spora dan keadaan atau kondisi ruang tersebut masih lembap.
Pasir kristal kucing dikatakan mampu menghilangkan masalah kulat dalam almari. Melalui perkongsian Bijen Mohd lelaki ini berkongsi bagaimana cara menggunakan pasir kristal kucing untuk menghilangkan kulat dalam almari.
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ini banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Ads
Begini Cara Nak Buat
Ikuti langkah-langkah berikut:
1.Cara mudah adalah beli gel timbang kilo atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
Ads
2. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
3.Oh ya, kristal ini boleh dikitar semula kalau mahu. Setahun atau dua tahun sekali, anda boleh jemur semula di bawah terik mentari atau ‘salai’ atas kuali di dapur.
4.Jika anda beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
5. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Ads
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air.
Satu lagi tip, jika anda bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ini dalam plastik tersebut. Ini kerana udara yang terperangkap dalam plastik itu masih ada lembapan. Jadi kalau biar lama-lama nanti wayar akan ada kesan kotoran.
Gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tidak terperangkap dalam plastik.
Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam ditinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang adalah sikit tapi kehadiran kulat langsung tiada.
Dua tahun yang lalu bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya. Nampak berhasil eksperimen saya. Selamat mencuba!
Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa masyarakat Cina sering dilihat semakin kaya, malah golongan muda mereka sudah berjaya dan bergaya?
Kita sering mendengar ungkapan seperti, ‘Nanti anak saya pandai-pandailah cari harta sendiri, beli rumah sendiri.’ Namun, hakikatnya, ada segelintir kekayaan seseorang itu kerap kali diwarisi dari generasi ke generasi.
Harta ayah saya takkan diwariskan buat saya kerana saya masuk Islam.” Kongsi Sebab
Sebagaimana pandangan seorang individ Adam Kelvin, berkata orang kaya tidak bermula dari kosong, mereka mewarisi harta dan aset yang memberi asas kukuh untuk memulakan perniagaan atau pelaburan, membolehkan kekayaan mereka terus berkembang.
Untuk makluman, Adam Kelvin ialah seorang mualaf berbangsa Cina yang berkongsi kisahnya memeluk agama Islam. Perjalanan hidupnya telah menarik perhatian ramai apabila beliau menceritakan cabaran, dugaan, dan proses yang membawa kepada keputusannya untuk memeluk Islam.
Seterusnya ikuti perkongsiannya
RAHSIA ORANG CINA BINA KEKAYAAN
Nak tahu tak rahsia terbesar orang Cina makin kaya? Muda-muda pun dah kaya lagi bergaya.
“Nanti pandai-pandailah anak saya cari harta. Pandai-pandailah dia beli rumah sendiri.” Selalu kan kita dengar orang cakap macam ni?
Sebenarnya orang kaya menjadi semakin kaya adalah kerana warisan. Harta mereka diwarisi oleh anak cucu. Mereka tak mula from zero.
Mereka ada foundation yang kukuh untuk memulakan sesuatu bisnes. Tip untuk jadi kaya bagi beginner. Yang orang cina buat untuk bina kekayaan:
1. Stay di rumah parents buat sementara waktu. 2. Duit yang kita save tu, beli je rumah satu untuk disewakan.
3. Ada yang share duit dengan adik-beradik beli satu shoplot kecil dulu dan mulakan family business. Bukak kedai hardware ke, kedai stationery ke, kedai makan ke. Apa-apa sajalah bisnes family. Start small. 4. Apabila modal dah cukup besar, tak mustahil satu hari nanti akan buka pasar raya! Ini kisah benar ya. 5. Jangan jual hartanah selagi tak ada keperluan. Simpan saja sebagai long term investment. 6. Jangan berebut tanah sekangkang kera tu. Sebaliknya bermuafakat untuk kembangkan harta yang ada untuk gandakan hasilnya.
Kalau korang perasan, negara maju ni rakyatnya dapat kekayaan melalui pewarisan harta. Even dalam Islam pun ada mentioned kan, sebaiknya kita jangan meninggalkan keluarga dalam keadaan meminta-minta.
Apabila tak ada harta ni, kalau jadi apa-apa kat kita, senanglah orang nak jaga anak kita. Tidak menyusahkan mereka kelak. Setiap orang dah cukup struggle untuk membesarkan anak di zaman yang mencabar ni.
Walaupun mungkin ada yang cakap, orang bela anak kita sebab nakkan harta kita. At least, kita dah buat yang terbaik supaya anak kita taklah struggle teruk apabila nak mulakan kehidupannya.
Tapi itulah pentingnya hibah. Sediakan payung sebelum hujan. Semuanya bermula daripada FINANCIAL LITERACY dan FINANCIAL PLANNING.
Kalau korang nampak saya struggle, betullah tu. Saya mula from zero sebab harta ayah saya takkan diwariskan buat saya kerana saya masuk Islam.
Itulah harga yang saya perlu bayar untuk dapatkan secebis hidayah. Setiap pengorbanan, ada harga yang perlu dibayar.
Antara sebab kenapa saya kawkaw buat tuisyen online kerana inilah. Saya sedar saya tak ada tempat lagi nak diharap. Kena usaha sendiri dan tawakal kepada Allah. Dan still, ilmu yang saya peroleh daripada ayah saya dalam pengurusan kewangan, saya dapat apply.
Itu pun dah cukup bagus kerana ilmu yang ada tidak boleh diambil orang. Untung mereka yang mempunyai “UNFAIR ADVANTAGE” ni. Gunakan peluang sepenuhnya dengan baik, insya-Allah, kuranglah satu beban dalam hidup ini.
Baru-baru ini tular sekumpulan lelaki menghadiahkan barangan tidak senonoh kepada rakan mereka di hari perkahwinannya. Perkara tersebut mendapat perhatian ramai orang termasuklah pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun yang bertindak menegur tindakan tersebut di Facebook page miliknya. Jom ikuti perkongsian dari ustazah, semoga menjadi ikhtibar buat semua. InsyaAllah.
TREND HADIAH KAHWIN TIDAK BERMARUAH
Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur L*CAH. Allahu Akbar.
Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu. Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat. 😢
Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?
SUNGGUH, SIFAT MALU ITU PERISAI ORANG MUKMIN
Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah, dll.
Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau.
Maksudnya: “Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimah kenabian terdahulu adalah, “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Ayat “buatlah sesuka hatimu” itu bukan bererti Rasulullah SAW beri kebebasan kepada kita untuk lakukan sewenangnya, tapi ia merupakan satu sindiran yang amat pedih bagi mereka yang memiliki iman. Kita bimbang jika Allah dan Rasulullah sudah tidak lagi peduli pada kita sedangkan Syurga-Nya dan syafaat Baginda yang kita tagihkan.
Semoga kita mengambil pengajaran. 😔
ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN
Saya kongsikan beberapa adab ketika menghadiri majlis perkahwinan di sini, mudah-mudahan kita dapat sama-sama amalkan, insyaAllah.
1. Wajib Hadir Apabila Dijemput
Apabila sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
2. Niat
Niatkan kehadiran kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
3. Menutup Aurat
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan sama ada lelaki atau wanita, kerana pakaian yang tidak sopan menyebabkan orang sekeliling terganggu dan mendatangkan dosa jika tidak menutup aurat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:
Maksudnya: “Saidatina Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah menegur, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
4. Menjaga Adab-adab Makan
Islam agama yang sangat indah, banyak panduan yang diberikan termasuk adab ketika makan. Daripada Umar bin Abu Salamah, beliau menceritakan ketika kecil, Rasulullah pernah bersabda kepada beliau:
Maksudnya: “Wahai anak, sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah hidangan yang dekat denganmu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka, Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
5. Memberi Hadiah
Hadiah adalah satu bentuk atau tanda kasih sayang daripada seseorang kepada seseorang, ia dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah baginda Nabi SAW kerana memberi hadiah dapat menghilangkan dendam dan eratkan silaturrahim dengan lebih mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُوا
Maksudnya : “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai”
(HR Bukhari, hadis sahih)
6. Mendoakan Kebahagiaan Pengantin
Mungkin kebiasaan apabila kita hadir majlis kenduri adalah untuk makan dan bergambar bersama pengantin, namun mari kita contohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan, Baginda akan mendoakan pengantin tersebut.
Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda akan berdoa, “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.”
(HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
7. Mendoakan Tuan Rumah Kerana Memberi Makan
Selain mendoakan pengantin, panjangkan juga doa kita kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk hidangkan makanan buat semua tetamu yang hadir, mudah-mudahan mereka mendapat keberkatan dan kebaikan. 🤲
Maksudnya: “Saya pernah terdengar Abdullah bin Busr menceritakan bahawa bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi SAW kemudian menjemput Baginda makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Engkau anugerahkan untuk mereka.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Semoga bermanfaat buat sahabat semua, silakan share ya.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki enam cahaya mata.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Tak mudah tapi menyeronokkan
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak.
Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu.
Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.