Kulat pada dinding dan perabot di dalam rumah kerap berlaku ketika musim hujan. Keadaan ini juga berlaku apabila keadaan dalam rumah lembap. Memang menyakitkan mata apabila dinding dan perabot penuh dengan kulat putih.
Kulat Pada Dinding Rumah & Perabot Jadi Punca Penyakit
Jika mata sudah tidak tahan lagi memandang dinding dan perabot yang dengan penuh ‘corak putih’ ini, bolehlah gunakan tip mudah seperti perkongsian daripada Zue Razak ini.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah:
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Kulat pada dinding bahaya. Bau pun bertukar kalau ada kulat di dinding. Ramai tak tahu kulat do dinding rumah adalah toksid. Kulat ini boleh memkesan buruk pada otak.
Tak boleh biarkan. Kena bersihkan dinding dari kulat. Kalau cuci dengan air dan sental sikit, tak kekal lama.
Kulat akan naik semula. Kulat ini keluarkan gas toksid dan spora ke udara. Ia akan masuk ke tubuh melalui kulit dan udara. Bila masuk ia ganggu banyak organ terutama otak kita.
Kulat atau mold ini boleh sebabkan:
1. Gangguan psikologi.
2. Keletihan.
3. Perubahan pada sentuhan dan sensasi rasa.
4. Otot jadi lemah.
5. Vertigo.
6. Masalah pada koordinasi.
7. Fikiran jadi lembab.
8. Masalah bernafas.
9. Isu pencernaan.
Ads
Untuk hapuskan kulat dari dinding ada caranya. Apakata guna salah satu cara natural ini:
1. Gunakan cuka. Masukkan cuka ke dalam bekas botol spray. Tak perlu tambah air.
Cuka hanya ada 20% acetic acid. Kalau lebih nanti kurang acetic acid.
Spray kawasan kulat. Biarkan 1 jam. Lepas sejam boleh lap kawasan kulat dengan kain.
Ads
2. Guna Baking Soda. Masukkan satu 1/3 sudu besar ke dalam botol spray. Goncang hingga larut.
Spray kawasan yang terkena kulat. Lap kawasan itu dengan kain bersih. Bilas tempat sama dengan air bersih.
Kemudian spray sekali lagi dengan air Baking Soda. Biarkan kering.
3. Air Lemon. Gunakan 3-5 lemon. Perah dan keluarkan jus lemon.
Tanpa perlu tambah air spray kawasan yang terkena kulat.
Lap kawasan itu dengan kain yang dibasahkan. Boleh diulang sekiranya masih ada kesan kulat. Tidak perlu dibilas dengan air.
Mudah bukan. Jaga diri. Jaga otak. Cari yang alami atau natural.
Berbicara tentang sambutan Hari Ibu, kebiasaan anak-anak akan meraikannya dengan pelbagai cara. Ada yang sekadar menzahirkan ungkapan rasa kasih dan sayang buat ibu tercinta, malah ada juga yang meraikan dalam suasana meriah sebagai bukti tanda penghargaan anak-anak di atas pengorbanan ibu selama ini.
Namun bagi keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah, setiap hari adalah hari ibu baginya.
“Untuk kami sekeluarga, hari ibu adalah setiap hari. Mungkin ada keluarga lain menjadikan satu hari yang istimewa untuk anak menghargainya. Tetapi di dalam keluarga kami, telah diserap nilai pada anak, bahawa ibu ini harus dihargai, dihormati dan disanjung setiap waktu.
Sambutan yang khusus ada juga sekali sekala diraikan. Anak-anak yang buat tapi bukan saya yang rancang. Umpamanya ada satu masa itu, kami pergi makan malam sekeluarga termasuk menantu dan cucu-cucu. Memang ramai dan suasananya cukup meriah.
Bab hadiah pula itu bukanlah keutamaan. Kadang-kadang anak-anak bagi, kadang-kadang tidak ada pun. Apa yang lebih menyeronokkan saya ketika makan malam tersebut kami dapat berkumpul bersama dan sebelum makan suami membacakan doa untuk kebahagiaan keluarga. Nampak ringkas namun cukup bermakna bagi saya.
Bagi Tun tiada yang istimewa dengan hari Ibu kerana masing-masing sibuk dengan urusan keluarga.
“Tetapi ucapan adalah daripada anak-anak terutama Marina kemudian diikuti oleh yang lain. Itu pun, sudah malam baru saya baca dan balas. Berbeza dengan Ramadan dan Puasa. Kebiasaannya, sepanjang bulan Ramadan akan ada jemputan luar untuk saya dan suami. Tetapi untuk keluarga, anak-anak akan buat ‘booking’ untuk kami berbuka bersama. Mereka akan bergilir-gilir pilih tarikh yang mana semua tidak sibuk.=
“Biasanya malam terakhir Ramadan, kami akan berkumpul kerana esoknya akan bersolat bersama. Lepas solat akan berkumpul di rumah dan Marina akan memulakan beraya dengan suami dan saya, diikuti oleh adik beradik yang lain, kemudian anak-anak dan akhir sekali cucu mengikut ranking dan yang cucu bongsu paling teruk sebab kena tunggu lama tetapi dia paling beruntung sebab dapat duit raya paling banyak. Selepas bersalaman kami akan makan bersama.
“Walaupun kami telah tetapkan raya pertama semua anak-anak dan menantu kena sambut di rumah kami, tetapi mereka tidak kisah. Kerana bersalaman dan makan-makan, masing-masing akan pulang ke rumah keluarga.
Walaupun antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai ‘sejarah’ tersendiri, namun bagi bagi ‘tulang belakang’ kedua mereka ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail punya ‘chemistry’ yang cukup istimewa.
Bahkan, mungkin ada yang tidak tahu, disebalik kisah istimewa hubungan dua sahabat ini, rupa-rupanya kakak kepada Tun Dr Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali adalah orang penting dan menjadi penghubung yang menyatukan Datuk Seri Anwar dan Datuk seri Dr Wan Azizah.
Keakraban Tun Dr Siti Hasmah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah diibaratkan seperti kakak dan adik. Walaupun berbeza ideologi politik sebelum ini, namun sebenarnya dua wanita hebat ini bersahabat baik.
Segalanya bermula sewaktu Dr Wan Azizah menyertai BAKTI manakala Tun Hasmah pula Yang Dipertua pada waktu itu.
“Dia ibarat adik kepada saya, tetapi sebenarnya dia lebih rapat dengan kakak saya kerana kakak menjadi orang tengah antara Azizah dan Anwar.
“Anwar sahabat Kakak Saleha dan kerap melawat suami Saleha, Abang Zain, yang sakit di HBKL. Azizah, sebagai seorang doktor di HBKL kerap juga menjaga Kakak dan Abang Zain.
“Di situlah Anwar telah lihat Dr Wan Azizah dan berkenan dengannya. Kakak dan Osman Awang akhirnya mewakili Anwar pergi meminang Azizah di rumah ibubapa Dr Wan Azizah. Hasil pertemuan di HBKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan. Selain itu, saya dan Azizah juga sangat suka bermain badminton dan memang seronok waktu itu.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Beberapa hari yang lalu, tular kisah adik Lutfi yang membaca potongan ayat di sebuah rancangan televisyen secara langsung.
Apa yang membuatkan penonton termasuk ahli panel dalam rancangan tersebut sendiri tidak dapat menahan rasa lucu bila mana ketika dia sedang membaca potongan ayat suci al-quran itu, talian terputus.
Lebih menghiburkan warganet adalah, taliannya terputus sebanyak tiga kali pada potongan ayat yang sama.
Justeru, penerbit program berkenaan kemudiannya menghubungi adik Lutfi untuk membuat comeback di rancangan televisyen tersebut. Kali ini, adik Lufi dihubungi menerusi panggilan video.
Pada episod terbaru rancangan tersebut, adik Lutfi berjaya membacakan potongan ayat suci al-quran itu dengan sempurna sehingga lengkap.
Bahkan, Para panel dalam rancangan televisyen berkenaan tampak kagum dan memuji sikap, semangat serta kegigihan kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun.
Namun menampakkan kesungguhannya dan minat dalam membacakan potongan ayat al-quran dan menghafalnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Adik Lutfi berkongsi ucapan terima kasih atas doa dan keprihatinan ahli panel kepada anaknya itu.
Terima Kasih kepada seluruh ahli keluarga..Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ustaz Fakhrul UNIC ustazah Farhatul Fairuzah geng ngaji astro oasis…..semua yang mendoakan lutfi dan kakak lutfi. Hanya Allah yang membalas dengan kebaikan..aaminnn #lutfisayangsemua