Keadaan bilamana kulat tumbuh pada bahagian dinding rumah sering menjadi antara masalah yang dihadapi terutama membabitkan ruang dapur dan bilik air. Kebiasaanya kulat yang berwarna  hijau dan kehitaman akan mudah tumbuh memenuhi simen serta jubin di persekitaran yang sejuk dan lembab. Bahkan kulat ini juga mudah merebak kepada barangan lain termasuk  paip, kelengkapan mandian dan sebagainya jika tidak dibersihkan.

Keadaan seperti itu memang menjijikan bahkan apa yang lebih merisaukan kulat tersebut boleh memberi kesan buruk pada otak penghuni kediaman tersebut. Ini sebagaimana menurut Dr Rizal Abu Bakar yang juga merupakan doktor yang sering berkongsi info berkaitan penjagaan otak di media sosial.

“Kulat kat dinding bukan saja sakitkan mata bila tengok. Geli pun ada. Tapi paling malang ialah ramai tak tahu impak lain kulat kat dinding ni.

“Kulat kat dinding rumah adalah toksid. Kulat macam ni bagi kesan buruk pada otak.”Tulisnya di akaun facebook.

Kulat Di Dinding Rumah Adalah Toksid, Boleh Bagi Kesan Pada Otak. Dr Ni Kongsi Teknik  Nyahkan Cara Natural!Lantaran itu, Dr Rizal berkongsi beberapa tip mudah dan selamat untuk dipraktikkan bagi menghilangkan kulat yang melekat di kawasan dinding dengan cara alami dan natural.

Nyahkan kulat dari dinding dengan cara natural berikut:

1. Gunakan cuka. Masukkan cuka ke dalam bekas botol spray. Tak perlu tambah air. Cuka hanya ada 20% acetic acid. Kalau lebih nanti kurang acetic acid.

Spray kawasan kulat. Biarkan 1 jam. Lepas sejam boleh lap kawasan kulat dengan kain.

Kulat Di Dinding Rumah Adalah Toksid, Boleh Bagi Kesan Pada Otak. Dr Ni Kongsi Teknik  Nyahkan Cara Natural!
2. Guna Baking Soda. Masukkan satu 1/3 sudu besar ke dalam botol spray. Goncang hingga larut.

Spray kawasan yang terkena kulat. Lap kawasan itu dengan kain bersih. Bilas tempat sama dengan air bersih.

Kemudian spray sekali lagi dengan air Baking Soda. Biarkan kering.

Kulat Di Dinding Rumah Adalah Toksid, Boleh Bagi Kesan Pada Otak. Dr Ni Kongsi Teknik  Nyahkan Cara Natural!
3. Air Lemon. Gunakan 3-5 lemon. Perah dan keluarkan jus lemon.

IKLAN

Tanpa perlu tambah air spray kawasan yang terkena kulat.

Lap kawasan itu dengan kain yang dibasahkan. Boleh diulang sekiranya masih ada kesan kulat. Tidak perlu dibilas dengan air.

Mudah bukan. Jaga diri. Jaga otak. Cari yang alami atau natural.

Sumber : Dr Rizal Abu Bakar

 

ARTIKEL MENARIK : Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

IKLAN

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Kulat Di Dinding Rumah Adalah Toksid, Boleh Bagi Kesan Pada Otak. Dr Ni Kongsi Teknik  Nyahkan Cara Natural!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kulat Di Dinding Rumah Adalah Toksid, Boleh Bagi Kesan Pada Otak. Dr Ni Kongsi Teknik  Nyahkan Cara Natural!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI