Keakraban Wany Hasrita bersama ibunya memang sudah diketahui sejak dahulu lagi. Bahkan dua beranak ini sangat rapat dan ke mana sahaja si gadis melangkah pasti ada ibunya yang setia menemani.
Sementelah keduanya memiliki wajah yang seiras, apatah lagi ibunya nampak masih muda ibarat kedua-duanya seperti adik dan kakak. Namun, jarang Wany berkongsi kisah atau gambar bersama ayahnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah baru-baru ini memuat naik sekeping gambar bersama ayahnya. Menerusi kapsyennya, Wany menitipkan ucapan selamat hari lahir buat ayahnya.
Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah. ❤️
Bagi yang belum tahu, ibu bapa Wany sudah berpisah lama. Menurut Wany, dia hanya mengetahui ibu dan bapanya sudah bercerai apabila terjumpa dokumen perceraian yang disorokkan selama hampir setahun.
Biarpun ketika itu Wany berusia 12 tahun namun dia boleh memahami keadaan itu dan menerimanya dengan baik.
“Saya dapat tahu ibu dan ayah bercerai selepas terjumpa dokument perceraian mereka yang disorok. Rupa-rupanya mereka dah bercerai hampir setahun tanpa pengetahuan saya.
“Selepas baca dokumen tu, saya pergi bilik ibu dan bertanya pada dia. Tapi dia yang menangis dan saya tenang sahaja.
Ads
“Saya tak tahu fasal perceraian itu sebab saya tinggal bersama nenek saudara ibu selama setahun sebab ibu dan ayah kerja dan tak ada siapa boleh jaga saya.
“Walaupun waktu itu saya hanya berusia 12 tahun tapi dah boleh faham apa yang mereka lalui dan saya terima dengan baik,” katanya sebelum ini dalam temu bual bersama Mstar Online.
Bukan mudah berkorban berjauhan dengan keluarga demi satu impian. Namun pengorbanan tersebut berbaloi kini. Itu situasi yang boleh diungkapkan buat pasangan Datuk Azizulhasni Awang dan isteri.
Berjauhan dek tuntutan tanggungjawab suami pada negara dan kerjaya tidak membuatkan jiwa Datin Athiah Ilyana Abd Samat lemah. Sebaliknya, sokongan keluarga serta suami membolehkan dia menjalani kehidupan bersama anak-anak sementara suami melaksanakan misi dalam kejohanan Olimpik baru-baru ini.
Menyentuh mengenai situasi tersebut, akui Datin Athiah atau mesra disapa Tya, ramai yang bertanyakan bagaimana dia kekal positif apabila berjauhan dengan keluarga dan suami.
Macam mana kekal positif bila keluarga & suami jauh berbenua?
I recevied so many Dms asking me this. Benda pertama yang saya accept ialah “Redha” .Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku.
Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian.Ujian ini perlukan kesabaran .Saya harus berusaha untuk mendekatiNya .Saya percaya walau dimana pun saya berada , Allah akan menjaga saya dan anak-anak .
Minta lah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan .Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya .
Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Sementara itu, Datuk Azizulhasnia atau mesra dengan panggilan Jijo mengakui isterinya menjadi tulang belakang yang sangat penting di sebaliknya semua kejayaan yang dilakarnya termasuklah memenangi pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
“Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian.
“Pepatah ‘di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22 tahun, ketika itu ramai yang kata kerjaya saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. “Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa.
“Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu daripada isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat dibutirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya,” katanya lagi.
Mendapat julukan The Pocket Rocketman, Azizuhasni turut menzahirkan terima kasih kepada ibunya, Selamiah Yong yang banyak berkorban demi memastikan dia menjadi atlet negara yang berjaya.
“Sejak berusia 16 tahun, Ma (ibu) dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain.
“Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.
“Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat ayoh (ayah) sentiasa bersama dengan saya,” kata Azizulhasni lagi.
Amalan minum air herba atau jamu dikalangan wanita yang telah berkahwin seakan satu kemestian untuk tujuan menjaga kesihatan dalaman dan luaran.
Oleh itu tidak hairanlah, terdapat pelbagai jenis minuman herba dan antaranya Jamu Beras Air Kencur menjadi pilihan untuk diamalkan.
Menariknya jamu kencur ini boleh dihasilkan sendiri. Dan ini ramuan yang diperlukan.
Jamu Air Beras Kencur
Bahan-bahan:
2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air
Cara Penyediaan:
1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
Satu yang kita kena ingat, bila amalkan jamu, jangan pula dicampur dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan minum jumlah air yang banyak supaya jamu dapat ‘bekerja’ dengan lebih berkesan.
Apa Manfaat Air Kencur?
Kalau kita amalkan selalu pasti ada ganjarannya untuk tubuh. Selain mengatasi masalah angin dalam badan, dalaman wanita juga jadi lebih mantap. Lebih segar malah badan lebih bertenaga dan taklah selalu sakit-sakit badan.
Malah bagi wanita berpantang, jamu kencur ini juga baik untuk mengecutkan rahim dan melegakan masalah bengkak dan angin dalam perut. Malah lenguh-lenguh sendi juga dapat dihilangkan.
Nak lagi power, usahakan tambah sedikit manjakani ke dalam air jamu ini. Pasti hasilnya lebih tip top dan mantap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di