Berapa kali dah panggil anak, tapi tak menyahut! Rupanya telinga kena ‘tutup’ dek earphone tengah dengar lagu!
Yang mana anak-anak suka sangat pakai earphone tidak kira waktu tu, tak kira la main game ke, dengar lagu atau tengok movie, mak ayah perlu tegur tau sebelum telinga mereka ada masalah! Nanti bila dah rosak, satu hal pula nak kena pergi ubati!
Nak tahu apa tanda seseorang itu megalami masalah pendengaran dan tip untuk elak jadi pekak di usia muda untuk anak-anak, jom tengok perkongsian dari Dr Ahmad Samhan ni!
“Doktor, telinga saya macam pekak la”
“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”
“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?
Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur. Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?
Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi(alat audio, konsert & tempat kerja)
Ads
Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah pendengaran bermula dengan beberapa tanda.
1️⃣ Bila berada di tempat yang banyak bunyi (background noise), misalannya stadium, pusat beli belah, kenduri kendara dan orang sebelah bercakap, kita susah menangkap butir kata-katanya.
2️⃣ bila orang menelefon kita tak dapat dengar dengan jelas dan terpaksa menukar telinga kanan ke kiri atau sebaliknya.
3️⃣ bunyi suara budak menangis biasa tapi kita dengar terlalu kuat sedangkan bunyi menangis tadi biasa-biasa sahaja.
Ads
4️⃣ Kita tak dapat menangkap bunyi datang dari arah mana, depan, belakang, kiri atau kanan.
Tip Elak Jadi Pekak Di Usia Muda
1️⃣ Elak penggunaan ‘earbud’
Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.
2️⃣ Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit
Ads
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
3️⃣ Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan
Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
4️⃣ Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.
5️⃣ Minimum Penggunaan Earphone
Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Risaukan apabila anak tidak membuang air besar beberapa hari atau dikenali sebagai sembelit. Jika dibiarkan ia mungkin merujuk kepada masalah sistem pencernaan. Malah sembelit boleh menjejaskan proses tumbesaran kanak-kanaktermasuk bayi.
Jadi ibu ayah kena tahu cara untuk mengelak masalah ini. Melalui maklumat yang diperolehi, menurut Dr. Syahrul Bariah Abdul Hamid, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik,Fakulti Sains Kesihatan, Uitm Puncak Alam mengenai pemakanan yang betul mengelak masalah sembelit dikalangan kanak-kanak.
Sembelit kerap terjadi di kalangan kanak-kanak dan atas sebab itu, ia juga sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka mengandaikan ia adalah perkara biasa yang berlaku semasa proses tumbesaran, terutama apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pejal ketika berusia 6 bulan.
Menurut definisi, sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses itu atau najis adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.
PUNCA SEMBELIT
Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi kering dan keras.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada sembelit di kalangan kanak-kanak, termasuk:
1.Perubahan pada diet
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta air yg tidak mencukupi pada diet kanak-kanak boleh menyebabkan sembelit (Fujitani et al., 2018). Selain daripada itu, ia juga kerap terjadi pada bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal disebabkan perubahan diet cecair (susu ibu/formula) kepada makanan pejal.
2.Alahan kepada susu lembu
Alergi kepada susu lembu dan produk tenusu serta pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit.
3.Sejarah keluarga
Kebarangkalian berlakunya sembelit pada kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang berpengalaman menghidap sembelit adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan oleh genetic dan tinggal dalam persekitaran yang sama
4.Kegemukan atau berlebihan berat badan
Beberapa kajian mendapati sembelit kerap terjadi pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan kegemukan berbanding usia. Ini kerana, pengambilan harian mereka adalah kebanyakannya tinggi lemak, kurang serat dan air serta terhad aktiviti fizikal.
5.Menahan atau mengabaikan rasa ingin buang air besar kerana sibuk bermain, takut ke tandas atau tidak selesa menggunakan tandas awam apabila di luar.Kesakitan yang dialami semasa buang air besar menyumbang kepada trauma dan menyebabkan kanak-kanak akan menahan diri daripada membuang
6.Masalah latihan tandas pada usia muda
Sekiranya anak-anak diberikan latihan tandas pada usia muda dan tidak bersedia, ia boleh mendorong kanak-kanak untuk menahan buang air besar dan menyebabkan sembelit.
7.Perubahan pada rutin harian
Sebagai contoh, cuaca, tempat dan stress akan mendorong kepada sembelit.
8.Pengambilan ubat atau suplemen
Sesetengah jenis ubat dan supplemen boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
9.Masalah kesihatan
Sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan masalah kesihatan atau penyakit jarang berlaku, tetapi ia merupakan petunjuk kepada abnormaliti pada anatomi, metabolic atau system pencernaan atau disebabkan penyakit yang lain.
BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT?
1.Tingkatkan pengambilan air
Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanaka dalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya, kanak-kanak memerlukan 3 ke 4 gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala, bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.
2.Hidangkan makanan yang berserat tinggi
Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun dan epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit (Stewart & Schroeder, 2013). Serat tidak boleh dicerna, tetapi ia membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala, makanan yang tinggi lemak, gula dan berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit (Fujitani et al., 2018).
3.Pengambilan jus buah-buahan
Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit, sebagai contoh buah prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus buah sebanyak 120 ml – 180 ml sehari, manakala bagi bayi berumur 6 bulan ke setahun, tidak melebihi 120 ml sehari.
4.Aktiviti fizikal yang mencukupi
Aktiviti fizikal membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi, ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya.
5.Jadual makan yang tetap
Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar
6.Pengubahsuaian pada diet
Bagi bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. Ibubapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet si bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis kanak-kanak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibubapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar 2 ke 4 hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasa demi fasa dilalui, bermula dengan perkahwinan kemudian ada rezeki mengandung dan akhirnya dikurniakan anak. Dari berdua kini sudah bertiga dan jika ada rezeki mungkin berempat dan seterusnya.
Lumrah dalam rumah tangga, setiap ibu bapa pasti ada impian untuk anak-anak. Namun kalau sudah namanya keluarga bukan hanya ibu bapa yang membuat keputusan. Sebaliknya campur tangan orang lain ada kalanya membuatkan ada yang tersepit dalam membuat keputusan.
Daripada bab penjagaan sehinggalah pemakanan dan pilihan pakaian ada kalanya ditegur dan tak kurang menjadi isu sehingga menimbulkan situasi yang kurang enak.
Perkongsian wanita bernama Intan Nadiahbenarnya juga ni. Malah ia mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa semua.
Masa baru kahwin dulu akan ada kawan-kawan atau saudara mara kita yang dah berkahwin akan wish kita “Welcome to the club” (Kelab Orang Dah Kahwin). Bila dah beranak ni orang akan wish “Welcome to parenthood!”. Wahhhh macam seronok je bunyinya ya.
Minggu Pertama momen indah
Dari hari pertama ke minggu pertama ketibaan bayi comel anda, selalunya hanya moment yang indah-indah belaka. Anak menangis pun kau rasa; haaa comelnya baby nangis. Kuat nangis ya sayang? Haaaaaa alamak dia poo poo la. Anak aku berak pun comel.
Tetapi setelah beberapa ketika, bila anak kau dah start meragam, siang dia tidur, malam berjaga. Nak menyusu setiap sejam, setiap setengah jam. Anak kau nangis tak berhenti. Dah susukan pun nangis, dah sendawakan pun nangis, dah tukar diapers pun nangis, dah tuam perut pun nangis, dah dodoi, dah cium peluk bonding letak atas dada, dah azan, dah pasang ayat Quran siap letak Yassin kat sebelah baby, apa saja cara lah semua tak kena. Masa ni lah kau laki bini pun perlahan-lahan mulai bertukar menjadi Zombi… masa tu terngiang-ngiang ayat “Welcome to parenthood!”.
Believe it or not, mostly new parents (suami dan isteri) masa ni memang akan selalu bercekau!
Style atau cara kau; baby tidur biar dalam keadaan gelap dan sunyi. Tapi cara suami kau pulak; biar la dari awal ajar baby tidur dalam suasana bising, bukak TV kuat pun tak apa, tak ada la baby terkejut-kejut! Biasakan. Kau ni nak full breastfeed baby, tapi bila sampai Mak/ Mak mertua/ Ipar duai semua tu, diaorang duk komen, campur la anak minum dengan susu formula! Susu tak cukup, baby tak kenyang tu!
Masa nak announce nama baby pulak, punya la glamour kau nak letak nama ala mat salleh sikit. Tapi orang duk tanya-tanya, apa maksud nama anak tu? Sampai kat Mak Bapak kau, letak la Nur ke Muhammad ke baru ada maksud! Dari sepatah perkataan je, dah jadi tiga empat patah perkataan panjang menjela nama anak kau. Jenuh la nak isi nama kat borang nanti. Dan bila bab nak vaccine anak, keluarga suami kau anti vaccine pulak. Oh oh oh oh.
Masa ni argue la laki bini mak bapak adik beradik semua. Anak tu kenapa tak dicukur rambutnya? Anak tu kenapa tak dibedung? Tido pakai la buai, baru lena. Anak tu dah kuning kenapa tak dijemur? Bila anak kuning titis la air gula sikit dekat mulut. Mandikan anak dengan air daun kucai, mandikan dengan air herba sensei.
Bagi baby air parutan sengkuang cina. Anak tu kenapa tak pakai barut? Dah waktu Maghrib ni, kejut anak jangan bagi tido lagi. Anak bila nangis jangan dibiar je, dukung terus! Anak tu jangan pakai singlet seluar pendek, nanti masuk angin. Ehhh kenapa bagi pakai puting? Nanti jongang gigi! Tali pusat kalau dah lama 2minggu pun tak tanggal lagi, selalunya orang kata budak ni degil.
Pusat tersembul keluar, tekan pusat tu dengan duit syiling! Fuhhh masa ni bertalu-talu komen, segala petua zaman tok kadok dan mitos kau dengar. Kau dah cakap tunggu 44 hari baru nak tunjuk secara official muka full baby kat Instagram/Facebook. Tapi ada pulak saudara mara yang dah datang visit pergi upload tayang muka anak kau dulu. Dalam hati kecil kau pun mula berkata-kata, ni anak aku ke anak korang huh?
Ingat semua benda boleh control
Kau ni feeling-feeling anak nak eat healthy. No sugar, no salt before 2 years old. Semua benda nak home cook, kalau boleh nak beli yang organik je. Dapat ke makcik-makcik yang jumpa anak kau, habis lolipop sebijik dia bagi! Paling dilema masa nak pergi majlis kenduri kahwin, birthday party…
Laju je orang bagi anak kau minum air sirap! Terbeliak bijik mata kau! Kau cakap no gadgets! Suami cakap sekali sekali tak apa la, pasang yang educational video je. Tapi dapat ke orang lain, video joget-joget tak senonoh atau games bunuh-bunuh pun diaorang bagi anak kau tengok! Kau ingat semua benda kau boleh control?
Bila cara kau dan suami bab penjagaan anak ni tak sekata, memang banyak masalah akan timbul, lagi-lagi pulak masing-masing nak tunjuk pandai langsung tak nak mengalah. Masa ni memang bertikam lidah je la, paling tak pun masing-masing pendam dan merajuk. Dari anak kau lahir sampai lah anak dah besar panjang pun, memang akan ada je yang tak kena.
Komunikasi suami isteri penting
Fuuuhhhh. Inilah pentingnya communication between you and partner. Atleast now you know, mostly every couple pun melalui fasa yang lebih kurang sama… Kita akan sentiasa ada 1001 cara nak membesarkan anak. Kalau suami isteri pun tak sependapat, bila dah masuk campur tangan orang luar nanti bab penjagaan anak-anak, memang akan bertambah masalahnya! Dan ini lah orang kata, bila kau dah kahwin, kau kena kahwin dengan keluarga partner kau sekali. Imagine kalau kau ni jenis tak sebulu dengan keluarga mertua? Masa tu tadah je la telinga kena terima kritikan, ini tak kena, itu tak kena. Dapat pulak anak kau ni cucu sulung… Huhuhu la ya. Decision making tu mostly bukan dari kau/ suami dah 100%.
Terima teguran dengan hati terbuka
Ya memang tu anak kau, tapi akan sentiasa ada kata-kata dari orang lain. Apa pun kata-kata tu, kita kena sentiasa pertimbangkan walaupun kata-kata tu keluar dari mulut orang yang paling kita tak suka. Especially bila orang tua menegur, kita cuba terima dengan hati terbuka dan kena sentiasa bersangka baik dahulu. Mungkin ada baik pengajarannya dan yang buruk tu kita buang la jauh-jauh. Memang orang tua dulu hidup zaman tak sama macam zaman kita sekarang, tapi apa pun mereka lebih makan garam dari kita kan? Walaupun kita hidup dalam zaman serba moden, nak tau apa semua goggle je dah dapat jawapan, tapi jangan sampai langsung tak nak terima pendapat/ teguran orang lain. Kang orang kata dah la bodoh, sombong pulak tu. Dasar bodoh sombong! Kau ingat semua benda kau betul?
Masa ni baru la kau sedar, bukan senang rupanya ada anak ni. Penat nak kena jaga anak, nak kena jaga hati orang lain pun satu hal lagi. Ada benda kita perlu tegak kan, jangan sampai jadi lurus bendul. Apa pun sebagai ibu bapa, kita yang lebih kenal anak-anak dan cara kita membesarkan anak-anak mungkin tak sama dengan cara orang lain. Esok lusa kalau anak sakit, tetap kau laki bini yang kena berhabis duit, kena bersengkang mata (unless bibik/ mak bapak yang tolong jaga anak, dan kau masih dapat tidur yang lena). Kalau mulut ni dah habis kata-kata, kita hanya perlu hormat satu sama lain dan senyum tak perlu kata apa-apa. Bunyinya mudah, tapi tak semuanya mudah kan?
WELCOME TO PARENTHOOD!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika ini, ke mana sahaja pergi atau buka sahaja laman sosial, benda yang trending adalah watak si Husna yang mengejar suami orang. Biarpun ia sekadar drama, namun ramai yang membenci dengan watak berkenaan.
Biarpun status yang di muat naik pelakon ini bukanlah mengenai watak berkenaan, tetapi ada juga kaitannya kerana Datin Seri Umie Aida memberi keizinan sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi.
Biarpun terkejut dengan tawaran tersebut, namun Datuk Seri Kharudin Abu Hassan menganggap apa yang diperkatakan itu sebagai sesuatu yang merepek.
Pagi ni me bangun tido .. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok , kalau nak terus kahwin. Me izinkan. Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek ! ? me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah .. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. ??♀️ tapi YES .. me izinkan.. dan me nak abg tahu itu. Mood gerhana bulan kot.
Umie dan Khairuddin mendirikan rumah tangga pada Mac 2010. Pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.
Walaupun tidak tahu kenapa pelakon Dukun ini berkongsi status berkenaan, ada pengikutnya yang memberi reaksi serius tak kurang yang menganggap itu sekadar gurauan Umie. Namun, ada yang menasihatinya supaya bersabar.
Dalam banyak-banyak reaksi pada status berkenaan, komen dari Janna Nick telah menarik perhatian para netizen.
“Boleh la bermadu. Tunggu abang, adik datang,” tulis Janna
Begitu pun, mungkin ia sekadar gurauan Janna. Ada juga yang berkongsi turut mengalami situasi yang sama.
cikpuan_emyKak ummi ada bersama dato time dato susah sy rasa Dato takkan cari lain hehe.
masmaremma38Kadang timbul l juga perasaan gitu.saya rasa saya faham datin
itsareyien_46Dr dulu i rasa kak Umie ni baik , dr segi hati dan lemah lembut bila bercakap , cantik plak tu . I donno which part of you yg tak perfect . I doakan you bahagia dunia akhirat kak ❤️
hantu_kekacangJangan putus harap k. umi, tak ada pun wanita yang sempurna dalam dunia ni.. juga tak ada lelaki yang sempurna.. Cuma perlu terima seadanya dia…
3dhiyaBaiknya k.ummie bg dato sri paduka din kawen lain….
sumatmiqY u sooo humble kak.. May Allah bless u n family always!
sherryviviey_I dont know why. Be strong ? manusia memang tak sempurna tapi manusia diberikan akal untuk berfikir dan menilai. Kenapa boleh diucap perkataan begitu. Kami semua taktau. Semoga kuat menghadapi cabaran.
Mungkin Umie tengah stres agaknya, sebab itu tiba-tiba muat naik status berkenaan. Apapun doakan yang terbaik buat suami isteri ini.