Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah mem0tong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro
.
Sementara itu, Shuib menerusi perkongsiannya di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
Ads
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan keadaan Sarah yang tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bukan mudah bergelar pelajar dalam masa yang sama memegang status isteri. Namun, wanita bernama Fyna Zailani membuktikan sebaliknya.
Dalam satu perkongsian di laman Twitternya, Fyna yang memuat naik beberapa keping gambar kejayaan yang diperoleh dalam tahun 2019. Antaranya termasuklah berkahwin, hamil serta menerima Anugerah Naib Canselor.
2019 been a good year for me so far. He is the best of all planners ❤️
1. Get married
2. Travel with my fav guy
3. Get pregnant
4. Graduated with VCA for my degree
Bukan sahaja pada tahun ini, Fyna juga turut memberitahu pernah mendapat keputusan cemerlang sehingga menerima anugerah yang sama ketika menuntut di peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memahami pandangan dan penjelasan tentang menghargai diri daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini menarik untuk dibaca untuk peringatan pada diri kita.
Ini perkongsiannya.
HARGAI DIRIMU DULU, KEMUDIAN BARU HARGAI ORANG LAIN
Apakah petunjuk, seseorang itu mempunyai harga diri yang tinggi?
Pertama, dia mudah menghargai orang lain. Sebab itu kalau kita lihat dalam kehidupan seseorang ini yang mana mereka ini mudah mesra, menghormati orang lain, boleh bergaul dengan baik dengan orang lain, itu petanda bahawa dia mempunyai harga diri yang tinggi.
Sebaliknya kalau kita lihat ada orang suka meremehkan orang lain, mengejek-ngejek orang lain, selalu memandang kecil kepada orang lain, itu petanda bukan orang lain yang diremehkan itu rendah, tetapi dirinya yang rendah.
Analoginya mudah. Hanya orang yang ada wang boleh memberi wang kepada orang lain. Begitu juga hanya orang yang punya harga diri sahaja yang boleh menghargai orang lain. Sebab itu hanya apabila kita menyayangi diri kita sendiri, barulah kita boleh menyayangi orang lain.
Kedua, mempunyai ‘self talk’ yang positif.
Dalam masa 24 jam, sebenarnya kita lebih banyak bercakap dengan diri kita berbanding kita bercakap dengan orang lain. Petanda orang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri ialah percakapan-percakapan yang positif.
Bila dia dengar sahaja kuliah atau dengar sahaja tazkirah atau membaca tulisan yang bermotivasi seperti ini, ‘self talk’nya sentiasa positif;
“Input ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku boleh amalkan dan insyaallah aku akan sampaikan kepada orang lain. Motivasi atau input-input yang baik ini akan menyinari hidupku dan aku akan buat satu perubahan yang akan memberi inspirasi kepada orang lain.”
Begitulah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi. ‘Self talk’nya, percakapan dirinya ialah yang positif.
Tetapi malangnya ramai orang yang punyai ‘self talk’ yang negatif. 90 % yang dicakap terhadap dirinya adalah negatif. Kalau dia membaca buku motivasi suara hatinya akan berkata:
“Ala aku boleh dengar sahajalah, mana boleh aku amalkan.”
Sehinggakan sampai satu tahap dia berkata;
“Entah-entah orang yang menulis ini pun tidak amalkan apa yang dia tulis.”
Akibat self talk yang negatif, ramai manusia yang gagal untuk membuat perubahan ke arah kebaikan. Dia bukan didorong ke hadapan, sebaliknya sentiasa digeser ke belakang.
Oleh itu, penting sekali kita mendapat keyakinan, hasil daripada percakapan-percakapan yang positif daripada dan kepada diri kita sendiri. Sebab itu misalnya, dalam ibadah solat kita juga sebenarnya sedang mengingatkan diri kita sendiri melalui bacaan-bacaan di dalam rukun solat.
Dalam rukun qauli, bacaan surah al fatehah yang kita baca… wajib didengar oleh telinga kita sendiri. Ini satu selftalk yang positif yang mengingatkan bahawa kita hamba Allah, yang meminta pengampuna-Nya, kekuatan-Nya. Dalam duduk antara dua sujud, kita minta sihat dan kita minta hidayah dan sebagainya. Insya-Allah ‘selftalk’ ini positif, dan akan membentuk diri kita yang positif juga.
Sebaliknya, orang yang punya harga diri yang rendah, dia akan sentiasa melakukan sabotaj terhadap dirinya sendiri. Ya, kegagalan itu bermula di dalam diri kita sendiri, sebab itu kita gagal ‘menakluki’ diri kita sendiri. Justeru, sering diperingatkan bahawa kita sebenarnya perlu bertanding dengan diri kita sendiri.
“What happen in you is more important then what happen to you…” Begitu kata-kata ahli-ahli yang bijaksana. Apa yang berlaku di dalam diri kita sebenarnya lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.
Sebab itu kita kena hapuskan sikap ‘self sabotaging habit’ ini. Kalau dibiarkan berterusan kita akan menjadi “Toxic people”, manusia beracun yang melemahkan diri sendiri dan orang lain.
Mula-mula kita sabotaj diri kita, kemudian akhirnya kita jadi ‘toxic people’ yang mensabotaj orang lain.. Kita boleh menghasut, kita boleh mengumpat dan kita boleh memfitnah orang lain hasil daripada perasaan negatif yang ada di dalam diri kita.
Orang yang memfitnah, mengumpat ialah orang yang penuh dengan racun. Orang yang sebegini tidak akan berjaya di dalam hidupnya. Dia tidak akan menyelamatkan dirinya dan dia tidak akan mampu menyelamatkan orang lain. Dia ‘membunuh’ dirinya sendiri, keyakinannya sendiri, harga dirinya sendiri dan dia tidak akan pernah membina aspirasi kepada orang lain.
Ketiga, mampu menyayangi orang lain hasil dia menyayangi dirinya sendiri.
Bagaimana keadaan itu?
Saya pernah menonton satu filem tentang hari ibu. Yang mana seorang wanita tua telah ditinggalkan oleh anak-anak dan suaminya di rumah orang tua. Pada waktu itu ibu itu mengeluh, lalu berkata, “Yang paling malang dalam hidup ini apabila tidak disayangi.” Dia tidak disayangi oleh suami dan anak-anaknya.. Tetapi kawannya di sebelah menepuk bahunya dan berkata bagi membetulkan persepsi ibu tadi dengan berkata, “yang paling malang dalam hidup ini bukan tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi.“
Punca kita tidak disayangi ialah apabila kita tidak menyayangi diri kita sendiri. Hanya orang yang menyayangi dirinya mampu menyayangi orang lain. Kalau kita tidak mampu untuk menyayangi diri kita yang paling dekat, mana mungkin kita boleh menyayangi orang lain yang ‘jauh’?
Kelihatannya seperti kita terlalu mementingkan diri?
Sebenarnya, tidak! Kita tidak mementingkan diri sendiri sekiranya kita menyayangi diri kita terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
Tamsilannya begini. Ketika kita menaiki kapal terbang, pramugari selalunya memberi panduan sekiranya oksigen dalam kapal terbang itu berkurangan, maka akan keluar corong yang berwarna kuning. Arahannya ialah kita perlu bernafas dahulu barulah kita membantu anak kita yang masih kecil untuk bernafas. Walaupun kita sayang anak kita, malah sanggup mati untuk mereka, tetapi aturannya ialah kita perlu ambil corong oksigen itu dan bernafas terlebih dahulu baru kita bantu anak kita bernafas.
Apa maksudnya?
Hanya orang yang hidup sahaja boleh memberi kehidupan. Hanya orang selamat sahaja yang mampu menyelamatkan. Dan hanya orang yang menyayangi dirinya dahulu boleh menyayangi orang lain.
Sayangnya, ramai kaum ibu yang kadangkala oleh kerana terlalu sayang anaknya…dia jaga anaknya sampai mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Ini salah. Kita perlu menjaga kesihatan diri kita untuk menjaga kesihatan anak kita. Ini bukan mementingkan diri… tidak! Tetapi untuk menyayangi orang lain perlu terlebih dahulu menyayangi diri kita.
Justeru, pada saya orang yang tidak menjaga kesihatan dirinya ialah orang yang mementingkan diri. Kenapa? Kerana jika dia jatuh sakit, orang lain terpaksa menjaga dirinya. Tetapi bagi orang yang sihat, dia yang mahu menjaga orang yang sakit. Jadi orang yang menjaga dirinya agar tidak sakit ialah orang yang tidak mementingkan diri!
BAGAIMANA HARUS MENYAYANGI DIRI?
Kunci katanya ialah, “Kita tidak boleh menyayangi orang lain tanpa terlebih dahulu menyayangi diri kita sendiri dan kita tidak mampu menyayangi diri kita sendiri kalau tidak terlebih dahulu menyayangi Allah SWT. “
Sebab itu dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menyedari bahawa diri kita hakikatnya adalah amanah Allah terhadap diri kita sendiri.
Justeru dalam Islam, kita tidak boleh menjatuhkan diri kita kepada kebinasaan. Contohnya, kita tidak boleh membunuh diri. Kalau dipersoalkan, apa salahnya kalau saya membunuh diri saya sendiri, saya bukan membunuh orang lain?
Ingatlah bahawa menurut Islam, diri kita pun bukan kita yang empunya. Diri kita hanyalah amanah daripada Allah SWT. Sebab itu kalau orang itu sayang yang benar-benar kepada Allah, dia akan sayang kepada dirinya sendiri. Dan orang yang menyayangi dirinya sendiri insya-Allah, akan boleh menyayangi orang lain.
Merujuk kepada sidang media petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia. Kes penularan melonjak naik.
Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 287 kes positif baharu dilaporkan dan ini menjadikan jumlah tertinggi dalam sejarah penularan Covid-19 di dalam negara ini.
Terkini. 2 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini paling tinggi dalam sejarah iaitu 287 dan semua kes tempatan.
Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31).
Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).
Apa yang lebih membimbangkan adalah kesemua kes merujuk kepada penularan tempatan dengan dua kluster baru dilaporkan iaitu di Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).
PECAHAN KES BAHARU (287)
SABAH-113
52 saringan bergejala
35 kluster Benteng LD
15 kluster Bangau
1 kluster Laut
1 kluster Pulau
2 saringan rujukan ke hospital
2 saringan kemasukan ke hospital
1 SARI
1 saringan petugas kesihatan
1 saringan warga emas
1 saringan sebelum pulang ke semenanjung
1 saringan komuniti
KEDAH-129
128 kluster Tembok
1 saringan kontak rapat
SELANGOR-31
13 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
8 kluster Seri Anggerik
3 kluster Jalan Meru
1 kluster Seri Setia
2 saringan kontak rapat
1 SARI
1 saringan tahanan
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
PERAK-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Tembok
TERENGGANU-3
2 saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KELANTAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Jalan Meru
KL-1
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
JOHOR-1
1 kluster Meru
PAHANG-1
1 saringan kontak rapat
LABUAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Kes yang dilaporkan semua tempatan.
Terkini #COVID19Malaysia 2 Okt 2020 Kes sembuh=81 Jumlah kes sembuh= 10,095 kes Kes positif= 287 (kes import=0, kes tempatan=287) Jumlah positif= 11,771 kes Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 136 Kes dirawat di ICU=22 kes Bantuan Alat Pernafasan=4 kes pic.twitter.com/cWQSwjSEu1
Dalam pada itu, laporan KKM menyatakan terdapat
-81 kes sembuh
-287 kes baharu
-8 kluster laporkan kes baharu, termasuk 2 kluster baharu
-129 kes baharu dilaporkan dalam Kluster Tembok
-22 dirawat di ICU, 4 perlukan bantuan alat pernafasan.
Setiap individu dari semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan bagi memutuskan rantaian covid 19 di negara ini. Setiasa patuhi nasihat kesihatan KKM.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.