Kalau anak-anak kerap bergaduh, kena upgrade lagi sosial skil mereka. Kadang anak ni boleh gaduh sebab rebut mainan, remote tv, kentang goreng, usik mengusik tapi tu hanya asbab nak bergaduh je.
Root cause kenapa dia boleh bergaduh adalah dari lemahnya sosial skil.
Sosial skil ada banyak tapi 7 skil ni paling asas :
1. Berkongsi Anak 3 tahun ke bawah normal kalau dia kedekut sebab mereka masih lagi fasa egocentrik. Penting diri dan tak hirau orang lain. Mulakan dengan tanam idea nilai-nilai murni berkongsi dalam minda anak. “Baiknya adik kongsi mainan dengan kawan” “Kawan suka main dengan adik kalau adik kongsi mainan” Bila dia tahu manfaat berkongsi baru dia dengan rela hati kongsi mainannya.
Ads
2. Berkerjasama Ikut dari perkembangan psikologi kanak-kanak 4 tahun dan ke atas dah mampu untuk bekerjasama. Maksudnya mereka dah mampu untuk bermain sama-sama tanpa bergaduh. Asah skil bekerjsama anak dalam semua rutin kehidupan dia. Kemas katil sama-sama, duduk belajar di satu tempat yang sama, kemas mainan sama-sama. Lama-kelamaan skil kerjasama dia akan terbentuk cantik. Bila anak boleh bekerjama puji dia, bagi reward jika perlu, baru dia teruja dan suka untuk bekerjsama.
3. Mendengar Ini skil paling mahal dan paling penting dalam membentuk jiwa seorang manusia yang mampu memahami orang lain. Tanpa skil ni anak kita boleh jadi sangat rebel dan susah nak bertolak ansur dengan sesiapa pun. Parah kalau jadi begitu. Asah skil mendengar anak dengan tunjuk contoh cara untuk mendengar. Ketika anak tengah bercakap kita dengar betul-betul. Lepas tu kita reflact ( ulang ) apa yang anak cakap. Ketika si abg bercakap, kita juga boleh galakkan si adik diam dan dengar betul-betul apa yang si abg cakapkan. Benda yang sama juga ulang ketika adik bercakap.
Ads
4. Ikut aturan Ini asas hidup bersosial. Dalam hidup ni ada aturan dan peraturan yang perlu di ikuti. Sebagai contoh tak boleh bermain masa makan, kemas mainan lepas digunakan dan sebagainya. Itu sebab saya galakkan kita semua ada House Rules di rumah untuk asah skil ikut aturan anak-anak kita. Baca di sini untuk detail house rule yang baik : https://www.facebook.com/100000393385027/posts/4509144035775331/?d=n
5. Meminta ( izin, tolong, maaf ) Salah satu skil yang jadi penanda aras adab anak kita, iaitu skil meminta. Anak yang tahu untuk meminta tolong, minta izin, minta maaf adalah anak yang berbudi bahasa dan beradab. InsyaAllah Ini senang. Ajar je anak minta izin, nak masuk bilik kita minta izin. Minta tolong bila perlukan bantuan dan minta maaf bila lakukan kesalahan.
Ads
6. Hak milik Anak bawah 3 tahun belum faham konsep hak milik ni sangat. Asal nampak, semua dia punya. Ini yang parah bila dia nak, dia nak juga. Kena banyak sabar dan jauhkan anak dari tantrum trigger dia jika tahu. Skil hak milik ni boleh di asah dengan berbual-bual dengan anak, ketika dia tengah bermain, “Ni mainan adik, ni mainan papa” “Adik punya ada 3, abg punya pun ada 3” Lama-lama nanti dia faham la konsep hak milik ni.
7. Eye-contact Ajar anak ketika bercakap dengan orang kena pandang muka orang tu dan fokus sepenuhnya. Dari eye-contact kita ajar anak untuk melihat riak wajah dan bahasa tubuh orang lain. Dari situ anak akan belajar kenal bahasa tubuh orang tengah marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Baru la dia tak sesuka hati buat sesuatu yang boleh menimbulkan pergaduhan. Anak yang bijak sosial, dia akan mengelak dari bergaduh sebelum pergaduhan itu bermula. Kesimpulannya, Pokok tak bergoyang kalau tak ada angin. Anak kita pun tak suka bergaduh pun sebenarnya, diorang cuma nak apa yang diorang nak je. Anak tak akan bergaduh kalau dia tahu cara untuk menyelesaikan perselisihan faham dia adik beradik dengan cara yang lebih baik.
Resipi simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.
Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.
Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Tiada mana-mana pasangan yang berkahwin mahukan rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian. Namun, jodoh pertemu, ajal maut semuanya ditentukan oleh Dia Yang Satu. Tiada siapa yang mampu meneka apa yang berlaku pada masa depan. Sebagai hambaNya, kita harus reda dan tabah dengan segala ujian. Bak kata Erra Fazira setiap yang pahit pasti ada manis disebaliknya.
Demikian juga dengan rumah tangga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran berakhir selepas hampir 3 tahun hidup bersama. Pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata ini tidak mampu menahan badai yang melanda yang membawa kepada keruntuhan bahtera rumah tangga.
.
Enggan campuri urusan rumah tangga
Mempunyai hubungan yang baik dengan Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira walau bagaimanapun dalam nada tegas enggan mencampuri urusan rumah tangga pasangan tersebut.
“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya. Memandangkan Engku Emran juga tidak berkongsi apa-apa mengenai masalah rumah tangganya, jadi tidak manis untuk saya ‘menyibuk’ hal berkenaan.
“Saya tak campur hal rumah tangga mereka. Mereka pun tak pernah bercerita mendalam. Tipulah saya tak tahu pergolakan yang berlaku. Walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya, saya tak mahu korek. Cukup tahu sikit sikit di peringkat permukaan. Saya tak pernah tanya kenapa apatah untuk mengorek lebih lanjut,” ulas Erra menjawab pertanyaan media mengenai laporan perpisahan Engku Emran dengan Laudya Cynthia Bella.
Ada hikmah menanti
Hos rancangan Mingguan Wanita ini bagaimana pun percaya bahawa di sebalik keruntuhan rumah tangga Engku Emran yang juga bapa kepada anak mereka, Engku Aleesya dengan Laudya Cynthia Bella ada hikmah yang menanti.
“Dalam setiap pahit tu ada pasti hikmah dan manisnya. Allah uji kerana sayang. Ada ganjarannya itu. Jadi kena bersabar. Tiada pasangan yang berkahwin inginkan penceraian, mereka dah cuba tapi tak berjaya.
“Saya sedar anak saya pun sedih dengan berita itu. Dia pun sayang Bella. Rasanya dia lebih tahu tentang pergolakan rumah tangga ayahnya kerana ada bersama tapi nak buat macam mana. Malah, saya tahu bapanya pun bersedih dengan apa yang berlaku.
Kembali jatuh cinta
Sementara itu, Erra mengakui, dia kembali jatuh cinta, namun, perasaan itu bukanlah merujuk pada bertemu buah hati baharu, sebaliknya, kecintaan itu adalah pada produk penjagaan rambut Faith Fleur yang melantiknya sebagai duta.
Faith Fleur merupakan syarikat yang ditubuhkan sejak 2017 oleh pengasas bersama Siti Mariam Abd Samad dan Halim Bahadorisam. Syarikat ini mengeluarkan produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampoo, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik. Rezeki tak salah alamat
Kata primadona seni tanah air itu, tiada apa yang mampu diungkapkannya selain bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap bagi sesebuah produk.
“Saya percaya rezeki tidak salah alamat. Saya amat mensyukuri nikmat rezeki yang Allah panjangkan. Soal aktif atau tidak mahupun persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.
“Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka saya sambut dengan hati terbuka dan syukur dengan nikmat yang diberi.
“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.
Ditanya aktivitinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, jelas pelakon Gerak Khas mengakui banyak masa dihabiskan bersama anak di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Haji Hassan Lapah’ kongsi rahsia pisau lapah berusia 30 tahun. Dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam kerja melapah daging korban, Abu Hassan Aji, 64, yang merupakan pesara dalam bidang telekomunikasi, cukup dikenali oleh penduduk Kampung Pengkalan Batu dengan gelaran mesra “Haji Hassan Lapah”.
‘Haji Hassan Lapah’ Kongsi Rahsia Pisau Lapah Berusia 30 Tahun
Bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui bahawa kemahirannya dalam melapah bukan sesuatu yang dipelajari secara formal, sebaliknya diwarisi daripada arwah bapanya sejak usia mudanya sekitar awal 20-an.
Menurut Abu Hassan, tidak ramai yang sanggup mendalami bidang ini kerana ia menuntut tahap keberanian yang tinggi, terutama ketika berdepan dengan situasi penyembelihan yang melibatkan darah dan najis haiwan.
“Ada yang pengsan tengok darah, malah ada juga yang rasa mual. Jadi bukan mudah nak cari orang yang betul-betul mampu buat kerja melapah ini kalau jiwa tak kental,” katanya sambil tersenyum.
Pisau Terengganu Kesayangan Lebih 30 Tahun
Abu Hassan turut menekankan pentingnya menggunakan pisau yang benar-benar tajam untuk memastikan kerja melapah berjalan lancar dan tidak memenatkan. Antara senjata utamanya ialah sebilah pisau yang dibelinya lebih tiga dekad lalu dari Terengganu, yang masih digunakan sehingga kini.
“Pisau itu memang selesa dan sangat serasi dengan saya. Walaupun dah berusia lebih 30 tahun, walaupun dah tumpul dan pendek sedikit, saya tetap gunakannya setiap kali Aidiladha. Jenis pisau seperti itu susah nak jumpa sekarang,” jelas beliau.
Kenangan Melucukan Sepanjang Mengendalikan Korban
Sepanjang kariernya membantu urusan korban di kampung, Abu Hassan bersyukur kerana tidak pernah mengalami insiden mencemaskan. Namun, beliau masih ingat satu kejadian yang agak mencuit hati, lembu korban yang sepatutnya disembelih ‘ghaib’ beberapa hari sebelum Hari Raya Haji.
“Kami semua sibuk mencarinya. Rupa-rupanya lembu tu lari sampai ke kawasan kilang di Ayer Keroh dan baru dijumpai selepas empat hari. Malangnya masa tu hari tasyrik pun dah habis. Mujur tuan lembu ganti dengan yang lain,” katanya sambil ketawa mengenang detik tersebut.
Kisah Haji Hassan Lapah bukan sahaja mencerminkan kemahiran tradisi yang diwarisi turun-temurun, tetapi juga satu simbol dedikasi dan semangat gotong-royong yang masih kukuh dalam masyarakat kampung.