Isteri mana yang tak sayang suami yang selama ini hidup susah senang bersama.
Hubungan kasih sayang suami isteri tetap dijaga termasuk meraikan hari jadi.
Bagi lelaki ini, cara isteri meriakan hari jadinya sungguh luar biasa!
Isterinya beli sejadah untuk dermakan pada orang agar suami mendapat pahala.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
_____________
Dua hari lepas hari jadi saya, saya pun tak kisah sangat bab hari jadi nie sebab makin tua.
Petang baru mama Qilah perasan. “Hari jadi Abah ya?” Soalnya menguji.
Dia datang peluk sebab mungkin rasa bersalah terlupa hari jadi lelaki tua ensem amat yang hidup bersama dengannya.
Saya tak kisah sangat bab hari lahir saya ini. Yang penting sihat lagi.
Ads
Semalam,
Selepas hantar maklumat cukai kepejabat sahabat saya Tuan Khairul Amal dan Dato’ Zahar.
“Abang, teman saya ke MyDin kejap, tapi tunggu dalam kereta ya”
Saya boleh agak, mesti ada benda yang dia nak beli tapi acah acah rahsia dari suami.
Sebagai suami yang comel, saya ikutkan saja permintaan isteri manja yang satu ini.
Selepas sejam menanti, dia keluar dengan satu trolley penuh sejadah tebal yang lembut.
Sejak kena bawa sendiri sejadah kemasjid, saya memang belikan sejadah tebal, besar dan selesa ini.
Ads
Lepas dan penuhkan satu bonet sampai tempat duduk penumpang dengan sejadah kami masukkan. Dia masuk dan duduk sebelah saya.
“Saya tak der hadiah nak bagi harijadi abang. Saya sedekahkan semua sejadah ini buat semua group mengaji saya buat pahala abang ya”
Woha! Nak menangis rasanya.
Dulu 5 tahun lepas bila dia nyatakan hasrat nak bersara awal sebagai penjawat awam.
Saya sedikit risau, bagaimana nak gantikan gaji dia yang RM4000 lebih waktu itu.
“Saya nak baiki bacaan mengaji saya” mintanya. Impian seorang isteri yang baik
Ads
Ternyata, perancangan Tuhan itu lebih besar dan istimewa.
Rezeki kami lebih baik berkali ganda selepas dia bersara. Kita rasa akan berkurang, tapi tuhan ganda gandakan.
Kawan kawan,
Adakala benda yang kita rasakan beban itulah pemudah bagi rezeki kita.
Pasangan kita tidak sempurna, tetapi denganya hidup kita jadi lebih sempurna.
Bila semakin berusia, kita tak perlukan ucapan hadiah atau pemberian hari jadi lagi sebab ia bukan sunnah nabi.
Kita perlukan kebaikan kesihatan dan pasangan baik dalam hidup kita.
Abah Qilah Ensem
Makin Berusia.
*Catatan, Mama Qilah tak panggil abang dia panggil sayang, saya takut ada yang muntah baca nanti batal puasa. Saya gantikan dengan abang tu!
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keindahan dan ketenangan yang diperolehi tatkala melangkah masuk ke Hotel The Lisbon Melaka sangat menyenangkan hati. Dengan bangunan yang tersegam indah dan dihiasi landskap menarik, hotel ini berjaya menepati cita rasa pengunjung yang inginkan kediaman jauh dari hiruk-pikuk kota.
Terletak di kawasan Perkampungan Portugis, hotel baru di Melaka ini berdekatan dengan tempat menarik di sini. Jadi tidak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan seisi keluarga untuk bercuti tatkala tibanya cuti sekolah.
Bak kata orang, seumpama cinta pandang pertama pesona Hotel The Lisbon Melaka pastinya akan menghilangkan kepenatan selepas perjalanan panjang, terutama untuk keluarga yang datang dari jauh.
Bangunan putih dua tingkat dengan konsep seni bina eleman eksklusif dan mewah dengan arched windows, balkoni, dan struktur pintu gerbang bagaikan resort luar negara.
Hotel ini memberi vibe family-friendly yang premium, tenang, damai dan ‘privacy’ untuk percutian bersama keluarga. Apa yang pasti, gabungan elemen ini menyumbang kepada pengalaman penginapan yang selesa, elegan, dan ideal untuk seisi keluarga.
Pesona mata memukau apabila pertama kali melangkah ke lobi Hotel The Lisbon Melaka. Warna putih pada struktur bangunan memberi mood bersih dan elegan, manakala siling berkotak dengan detailing halus tampil premium menjadikan hotel ini eksklusif.
Bahagian paling menonjol ialah air pancut hitam tiga tingkat di tengah kolam, memberi elemen klasik dan menjadi focal point utama. Air yang mengalir perlahan menambahkan suasana tenang dan mewah. Di belakangnya, satu lagi pancut serupa mencipta depth yang menarik dan menjadikan ruang lebih panjang. Cahaya semula jadi pula menambahkan efek “airy” dan lapang pada suasana hotel ini.
Masuk sahaja ke bilik, terus rasa segar dan tenang. Bukan sekadar tempat tidur, bilik menjadi ruang santai untuk seisi keluarga. Hotel Lisbon Melaka menawarkan 72 bilik tetamu dan suites direka elegan. Lebih istimewa, pandangan panoramik Selat Melaka kala waktu pagi dan senja menambah keindahan penginapan anda.
Jenis bilik termasuk: Premier Courtyard, Premier Ocean, Lux King Ocean, Lux Twin Ocean, Prestige King Ocean, Lisbon Suite dan banyak lagi. Semua bilik dilengkapi penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma serta kemudahan moden yang lengkap.
Menurut Bob Yusof, Pengurus Besar Hotel Lisbon Melaka, konsep hotel ini menampilkan elemen budaya portugis melalui gabungan warna putih dan biru, rekaan bilik yang istimewa serta colour tone yang selari dengan ideologi dan warisan portugis. Lokasinya pula terletak di kawasan perkampungan portugis, sebuah kawasan bersejarah yang diiktiraf di bawah unesco heritage.
Dekorasi bilik kelihatan luas, kemas dan bersih. Lighting warm memberi suasana cozy dan classy. Kombinasi warna putih, kayu dan biru menjadikan ruang terasa premium. Feature wall corak biru putih dalam bentuk arch menonjolkan keindahan gaya Portugis klasik yang elegan.
Menurutnya lagi, konsep utama hotel ini adalah memberikan pengalaman percutian yang tenang, bermakna dan penuh kenangan buat keluarga serta pasangan.
“Kami menjemput semua untuk hadir dan merasai suasana Lisbon dan Portugis yang unik, dengan 72 bilik dan suite mewah yang menawarkan pilihan waterfront view serta sea-facing view, menghadap terus ke Selat Melaka.”
Selain itu, restoran hotel turut menyediakan pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis dan tempatan termasuk asam pedas, kari berempah dan menu istimewa lain yang kaya dengan rasa Malaysia.
“Bagi pencinta makanan Portugis pula, tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis termasuk sajian berinspirasikan Portugis, asam pedas serta masakan kari yang kaya dengan rasa tempatan.”
Gabungan budaya dan rasa menjadikan Hotel Lisbon Melaka bukan sekadar tempat penginapan, tetapi pengalaman budaya yang menyeluruh.
Restoran Festa menampilkan konsep moden dengan gabungan warna kayu cerah dan lampu rotan yang memberi suasana warm dan elegan. Ia menyerupai hotel buffet premium dengan sentuhan minimalis yang menenangkan. Susunan meja teratur, ruang selesa dan pencahayaan semula jadi menjadikan pengalaman makan sangat menyenangkan.
Di sini, tetamu boleh menikmati Nasi Goreng Lisbon, Gula Melaka Panna Cotta, Gourmet Beef Burger, Pumpkin & Coconut Soup, serta Spaghetti Bolognese. Bagi yang ingin bersantai, anda boleh makan di ruang outdoor sambil menikmati angin laut dan pemandangan kolam renang.
Antara kemudahan utama di Hotel The Lisbon Melaka termasuk kolam infiniti yang luas dan bersih, gym moden, serta kawasan courtyard dengan pergola dan seating area untuk berehat. Kolam ini sangat fotogenik dengan kerusi lounge putih di dalam air dan payung biru navy yang memberi suasana resort mewah.
Suasana di sekitar hotel dikelilingi pokok palm dan dekorasi Mediterranean yang santai. Kawasan outdoor sangat sesuai untuk makan malam, minum petang atau sekadar bersantai sambil menikmati panorama senja. Ia juga menjadi port popular untuk pengunjung mengambil gambar OOTD dan kenangan keluarga.
Senja di Hotel The Lisbon Melaka begitu memukau. Angin sepoi-sepoi bahasa dari Selat Melaka dan pantulan lampu malam di permukaan kolam menjadikan suasana ‘healing’ dan romantik. Pemandangan kolam dan bangunan yang unik menjadikan setiap foto seperti poster percutian sempurna untuk kenangan keluarga.
Katanya lagi, hotel ini menyediakan persekitaran yang mewah dalam suasana penginapan resort yang menjadikan hotel ini menjadi lokasi percutian trending di Melaka masa ini.
“Persekitaran The Lisbon Melaka begitu istimewa kerana kami membawa suasana luxury resort dalam keunikan bandar Melaka. Fokus kami adalah kepada ketenangan, termasuk kemudahan kolam infiniti yang menjadi tarikan utama.”
“Kami mengutamakan pengalaman mencipta kenangan sama ada untuk keluarga, pasangan atau individu yang ingin berehat, relaks dan recharge sebelum kembali ke rutin kerja. Hotel ini turut dilengkapi dengan laman courtyard yang luas, kolam infiniti serta ruang rehat seperti couple corner, pergola dan seating area yang dilindungi umbrella cover.”
“Pada waktu malam pula, suasana menjadi lebih indah dengan susunan pencahayaan yang cantik, menjadikan seni bina bangunan itu sendiri sebagai tarikan utama buat para pengunjung.”
Selain keindahan hotel, lokasinya berdekatan tempat menarik di Melaka seperti A Famosa, St. Paul’s Hill & Church, Jonker Street, Menara Taming Sari dan Muzium Kapal Selam semuanya dalam 2 hingga 5 minit pemanduan. Tetamu juga boleh menikmati pengalaman Melaka River Cruise pada waktu malam yang terkenal dengan lampu warna-warni indah.
Cuti sekolah bakal tiba, inilah masa terbaik untuk membawa keluarga menikmati ketenangan di Hotel The Lisbon Melaka Keindahan seni bina, layanan mesra, dan suasana damai menjadikan hotel ini seumpama cinta pandang pertama tempat anda ingin kembali saban tahun untuk menghidupkan semula kenangan yang indah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Gambar yang dikongsikan oleh Stephanie Hong menyatakan mendiang membawa 3 ekor anjingnya ke Sector A (hillview) campsite berdasarkan laporan.
Kongsian itu juga menyatakan anjing yang ketiga milik mendiang masih tidak dijumpai.
Ucapan takziah buat keluarga mangsa. Pergi bersama haiwan peliharaannya.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mayat berkenaan ditemui sektor B, bersama seekor anjing yang telah mati.
Operasi pencarian di sekitar kawasan turut menemui bangkai seekor lagi anjing dipercayai milik mangsa.
“Kita telah jumpa satu mayat di Sektor B, jadi mayat ini kita kenal pasti sebagai satu lelaki dewasa, namun umur tak boleh dianggarkan lagi.
“Setakat ini, mayat telah dibawa keluar dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
“Untuk makluman, bersama dengan mayat ada dua ekor anjing, telah dikeluarkan juga oleh anggota penyelamat dan diserahkan anjing tersebut kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada petang Rabu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor kata, dengan penemuan itu, beliau percaya lebih banyak mangsa yang hilang akan ditemi anggota mencari dan menyelamat.
“Semakin lama semakin baik, Alhamdulilah yang kita jumpa bukan di Sektor C, tapi di sektor B, kita letakkan satu jengkaut tanah.
“Hari ini kita jumpa dia (mayat mangsa) berpelukan dengan sekor anjing, dan seekor lagi di kawasan sekitar,” katanya berkenaan mangsa itu yang dipercayai membawa tiga ekor anjing peliharaan ke tapak tragedi.
Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati mangsa berkhemah di sektor A aitu di Hillview, namun dipercayai telah dibawa arus sehingga ke sektor B lokasi ditemui.
“Kemudian besar dia berkhemah di sektor A tapi dibawa arus ke sektor B.
“Maknanya sektor B dipercayai semua mangsa dah tiada di situ jadi kita tumpu di C dan A,” katanya lagi.
Sehingga kini urusan pencarian mangsa masih dilakukan di kawasan berkenaan.
Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74,menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital 5ultanah Aminah Johor Bahru.
Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara.
Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.
“Innalillahiwainnaillahirojiu..Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta.
Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.
Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam tadi.
“Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.
“Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.
“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.
“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.
“Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.
“Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.
“Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang,” katanya dengan nada sebak.
Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.