Nak masak kuih, salah satu bahan asasnya mengunakan tepung beras. Tapi jangan tak tahu sebenarnya tepung ini ada banyak jenis.
Untuk memastikan kuih menjadi, ikuti lanjut info ini. Barulah jadi buat kuih untuk keluarga!
Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yang tak terfikir apa bezanya. Bagi kita asal tepung beras semuanya sama. Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah.. tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand…
Pasti ada yg tak perasaan kan. Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Ads
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
Ads
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Menyimpan sayur terutama yang telah siap dipotong-potong supaya kekal segar dan tahan lama memerlukan cara yang betul. Hasilnya barulah sayur tidak lembik, busuk dan lebam. Memang memudahkan apabila kita dapat membuat stok sayur bagi memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.
Bagi menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah sayur tidak tahan lama dan mudah layu jika tidak disimpan dengan baik.
Berikut dikongsikan tip menyimpan sayur siap potong agar kekal segar dan tahan lama.
BAHAN-BAHAN:
Sayur
Plastik pembungkus jernih/ziplock atau plastik aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
Tisu
CARA-CARA:
1. Ambil tisu dapur dan masukkan ke dalam plastik. Guna 2-3 keping.
2. Kemudian masukkan lebihan potongan sayur. Sebaiknya, simpan ikut jenis agar tidak bercampur. Jika guna plastik aluminium terpakai, lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu dan alas dengan tisu kering sebelum memasukkan sayur.
3. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya. Tetapi jika lebihan sayur sudah dibasuh, keringkan sahaja lebihan airnya.
4. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik dan buang udara dari dalam paket. Kemudian zip atau lipat kemas.
5. Simpan dalam peti sejuk di ruangan sayuran. Hasilnya, sayur yang dipotong boleh bertahan hingga 1 minggu tanpa layu.
Tauhu homemade lebih sedap dan terjamin kebersihannya dibandingkan jika dibeli diluar. Selain membekalkan protein, tauhu membantu kulit yang lebih anjal, awet muda dan banyak lagi khasiat lain.
Biasa kita beli di kedai, apa kata kali ini cuba buat sendiri tauhu homemade. Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.
Resipi dan cara buat tauhu homemade telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.
BAHAN-BAHAN:
a. 3kg kacang soya
b. 18 liter air
c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK:
1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3. Masak susu soya hingga mendidih.
4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak
7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Tip Tambahan
1. Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.
2. Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.
Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.