Masakan makanan yang terdapat di negeri Kelantan sering mendapat perhatian ramai. Salah satunya hidangan gulai ayam kelantan. Rasanya pastinya sedap dan tidak mengecewakan.

Jika ada yang inginkan kelainan masak menu hidangan keluarga hari ni apa kata cuba resipi ini. Siap ada rahsia bagaimana nak pekatkan kuah jadi sedap. Bila dah mahir tu, boleh lah buat jualan tambahan pendapat keluarga.

Jom lihat resipi ini.

Kalau rasa dah puas makan daging nanti simpanlah resipi gulai ayam cikgu ni. Cikgu orang Kelantan. Kotlah nak rasa kelainan tirulah cara cikgu masak. Nak bagi gulai sedap, aroma menyengat rasa lain dari biasa banyak dah cikgu pecahkan rahsia walaupun masak guna santan kotak je.

Patutlah Gulai Ayam Kelantan Sedap Dan Pekat, Ini Rahsianya Kena Buat Walaupun Guna Santan Segera, Jaminan Kesedapan Luar Biasa!

Setakat ini kawan fb cikgu yang dah cuba masak puas hati. Nampak je ada bahan cikgu gunakan mungkin tak pernah dimasukkan. Jangan rasa pelik. Cikgu berani jamin kesedapannya luar biasa. Buktinya ramai kawan fb cikgu yang dapat pikat hati suami dan anak masing-masing dengan tips cikgu bagi.
Jomlah cikgu kongsi.

IKLAN

 

GULAI AYAM MEK KELATE
( Untuk 5-6 ketul ayam)

1. Tips pertama, sediakan bahan di bawah. Tengok bahan mesti ada yang tak pernah letak kan. Takpa cuba dulu. Nanti mesti kawan MAHN terpana dengan kesedapannya.

Bahan-bahan:

IKLAN

*3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)
*1 ulas bawang putih
*Sehiris nipis lengkuas
*Sehiris halia
*Dua hiris nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan manis

Cara penyediaan:

Patutlah Gulai Ayam Kelantan Sedap Dan Pekat, Ini Rahsianya Kena Buat Walaupun Guna Santan Segera, Jaminan Kesedapan Luar Biasa!

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi. Biar betul-betul garing.
3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar. Atau sesekali cikgu masukkan serbuk cili Baba’s.
4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. (Nak guna jenama apa dari sana pun terpulang)
*Ini juga rahsia gulai cara cikgu masak*
Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.
5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa.
(secubit asam jawa + secawan air kosong)
6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1/2 relung nisse kampung (manisan)
– secubit dua garam bukit
Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. *Langkah ini pun penting untuk pastikan rupa gulai cantik*
7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya.
Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat.
Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.

IKLAN

Rupanya ini rahsianya!
9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai. *Tips menambahkan rasa sedap gulai*
10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Selamat mencuba!

Pilihan perkakasan masakan di sini

Sumber: Afy AL Habibi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI