Pengat labu kalau dinikmati waktu petang-petang begini bersama keluarga, tentu istimewa bukan? Sambil-ambil menghirup udara petang, duduk bersembang anak beranak dapat pula merasa lemak manis rasanya labu. Tentu boleh makan bertambah jadinya.

Nak tahu resipinya ini dikongsikan oleh No Or. Selamt mencuba.

PENGAT LABU

Aritu gi beli barang dapur kat Aeon Big, Cik No tengok banyak labu kuning. Cantik kuningnya, dah siap potong. Haaa cukup lah tu tuk kami yang 3 ketoi ni. Lama benar dah rasanya tak makan pengat ni. 1/3 biji tu, lepaslah makan semangkuk sorang. Lagi pun Cik asben tak bape suka, makanan yang manis ni.

Kat kampung Cik No, kami panggil pengat. Tapi ada lain tempat yang panggil Serawa Labu.

Mak Su cakap labu ni ada yang jenis isinya padat dan texture dia halus. Ada lak yang jenis kasar, yang ni kurang sedap. Ada beza tau.

IKLAN

Kalau nak tahu labu tu yang halus ke kasar, masa kita buang kulit luar tu. Kalau rasa senang je nak buang kulit tu, itu jenis yang kasar. Yang sedap kalau nak buat pengat ni jenis yang halus. Mujur dapat jenis halus ni tadi haaa .

Kalau jenis kasar elok buat gulai lemak atau lepat je. Atau pun jenis kuih yang perlu tambah tepung.

RESEPI PENGAT LABU
1/3 biji labu
2 cawan pati santan
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula putih
(kalau nak manis, boleh tambah)
1/4 cawan sagu biji
1/2 sudu teh garam
1 helai pandan ( Cik No guna essen pandan je)

Cara :

IKLAN

1. Bersihkan labu, buang kulit dan biji. Potong nipis anggaran 1-1.5 cm.

Teringin Makan Pengat Labu Yang Lembut Berlemak Rasanya, Ni Tips & Resipinya!
2. Masakkan labu, gula dan essen pandan atas api yang kecil.
3. Bila gula semua dah larut, masukkan santan cair dan sagu.

Teringin Makan Pengat Labu Yang Lembut Berlemak Rasanya, Ni Tips & Resipinya!
4. Bila dah mendidih, masukkan pati santan dan garam.
5. Kerap timba kuah, supaya santan tak pecah. Bila dah mendidih, labu dah lembut, sagu dah masak. Boleh la tutup api.

Teringin Makan Pengat Labu Yang Lembut Berlemak Rasanya, Ni Tips & Resipinya!
6. Siap untuk dihidangkan.

IKLAN

sumber:  No Or

 

Teringin Makan Pengat Labu Yang Lembut Berlemak Rasanya, Ni Tips & Resipinya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI