Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
pengacara dan pelakon Ain Edruce mengesahkan dia kini berbadan dua. Ain mengumumkan khabar gembira itu menerusi saluran YouTubenya hari ini.
Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, dia sebelum ini terpaksa merahsiakan perkara itu kerana usia kandungannya masih terlalu awal.
Sebelum ini ramai peminat dan warganet berteka teki mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila selebriti tersebut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Youtubenya.
“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal.
“Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,” katanya.
Jelas Ain, dia mendapat tahu tentang kehamilan beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi.
Justeru, pasangan itu terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.
“Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi,” katanya.
Tambah Ain lagi, tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna baginya kerana bakal bergelaribubtidak lama lagi.
“2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,” katanya.
Menerusi video yang dimuat naik itu, Ain membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan alat ujian kehamilan.
Dalam video tersebut juga turut dikongsikan momen dan reaksi suaminya apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal menjadi ibu dan ayah kelak.
Walaupun suaminya sukar untuk mempercayai pada mulanya tetapi riak wajah gembira bakal menjadi ayah terserlah.
Malah Ain turut mengakui anaknya juga aktif seperti nya ketika mereka melakukan pemerikasaan kandungan di sebuah pusat perubatan.
Selain itu, Ain turut berkongsi khabar gembira itu bersama kedua-dua ibu bapa mereka dan kenalan rapat.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.