Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Ads
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Ads
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
Ads
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Rasa letih dan lesu, serta bimbang dengan keperluan nutrisi secukupnya buat anak yang dikandung membuatkan para ibu mengambil keputusan untuk tidak berpuasa pada bulan yang penuh ganjaran ini.
Perkongsian pengalaman daripada Nana Ruzanna yang mampu berpuasa dalam tempoh 19 jam ketika menetap di United Kingdom dalam keadaan ketika mengandung mungkin boleh diikuti oleh para ibu-ibu yang lain.
Berikut merupakan perkongsian amalan minuman yang dia diamalkan sewaktu bersahur dua tahun lepas. Namun ia masih relevan untuk diamalkan setiap tahun , khususnya buat ibu yang sedang mengandung.
“Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, di sini saya nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang saya berpuasa. Saya mula amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang sahaja sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.Malah amalan minuman susu kurma ini cukup berkhasiat serta boleh jadi milk booster untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba”.
Bahan-Bahan:
5 biji Kurma (Bilangan ganjil)
Setengah Cawan Air Masak
1 Cawan Susu Segar
Cara Membuat:
1. Buangkan biji buah kurma tersebut dan carik-carikkan isinya.
2. Rendam dalam setengah cawan air masak sehingga kurma kembang.
3.Setelah kurma kembang, kisarkan dengan secawan susu segar dan minum ketika lewat waktu sahur.
Info Ekstra!
Seeloknya biarkan kurma direndam semalaman.Sebelum tidur dan diminum ketika sahur pada keesokan harinya.
Namun jika rendam sekejap pun boleh, asalkan kurma tersebut kembang.
Jangan lupa berselawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa. Insya Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa juga boleh amalkan.
Selamat mencuba.Semoga bermanfaat.
Sumber Facebook: Nana Ruzanna
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah sebulan Allahyarham Abam Bocey pergi meninggalkan kita.
Dalam satu perkongsian di laman instagram milik arwah, Nur Hidayah meluahkan isi hatinya. Turut dimuatkan sekeping gambar bersama arwah suaminya itu.
“Setiap yang hidup, pasti akan mati.” Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T
‘Buat Allahyarham suamiku yang tercintaaa hari ni genab sebulan abang meninggal kan kami semua.. AL-FATIHAH (dibaca) Syed Umar Mokhtar..
Hidayah sebelum ini memberitahu akan bertanggungjawab mengendalikan laman instagram milik arwah suaminya itu. Ini bagi membolehkan peminat mengetahui perkembangan anak lelaki mereka.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 10 Februari lalu.
Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah buat arwah Abam. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman.
ferra11th Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Time flies but we as a human life must go on. In shaa allah doa yg bebaik. @abam_bocik 😌
taiyuddinbakarMoga Allah SWT terima segala kebaikan Almarhum serta menggolongkan beliau dalam kalangan yang beroleh keberuntungan, abadan abada!!
Pelakon Syatilla Melvin, 31, mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan anak ketiganya, Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Pendedahan tersebut dimuatnaik menerusi sesi Ask Me Question yang dibuka bersama peminatnya di Instagram (IG).
‘Apa yang Tilla suka tentang berpantang?’ Demikian pertanyaan seorang pengikutnya.
Tilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin mengakui ‘suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung.
Rupa-rupanya memang benar isteri kesayangan Shaheizy Sam tidak berpantang,malah ada pengikutnya yang mendedahkan terjumpa bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu di sebuah pusat membeli belah di Melaka.
Tilla dalam pada itu berkongsi kos keseluruhan bersalin secara pembedahan atau ‘caesar’ sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.