Wanita mana yang tidak gundah gulana, bila melihat kulit wajah mula tampak kusam, tidak berseri, garisan halus mulai hadir, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan.
Mulalah segala produk kecantikan dicari untuk atasi masalah ini. Tapi sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Ads
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Ads
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Ads
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri ini memang cukup terkenal dengan sikap loving antara satu sama lain. Biarpun sudah lama berkahwin, namun cara mereka menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain tetap sama. Bahkan semakin erat.
Terbaru, pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan tip kebahagiaan rumah tangganya bersama Lisdawati iaitu ‘dating’ atau keluar bersama isteri.
Menurut Fauzi, rasa cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk kekal bahagia.
“Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta …lesen cinta perlu selalu perbaharuhi untuk kekal sweet ??? #luvmyfamily,” tulisnya dikapsyen.
Fauzi berkongsi tips tersebut di akaun Instagram miliknya.
Di dalam perkongsian tersebut, beliau turut memuat naik foto bersama Lisda di dalam kereta.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.
Fauzi dikurniakan lapan orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.
Selepas melalui kemelut politik yang mendebarkan, semalam berlangsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah bergelar PM ke-8 selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Februari yang lalu.
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan semalam selain Perdana Menteri baru, pastinya insan yang setia disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Dalam perkongsian tersebut, Puan Sri kelihatan cukup manis berhijab. Kebetulan juga beliau merupakan isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang bertudung. Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri sebelum ini pasti memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.
Usai majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, Perdana Menteri dan isteri turut bergambar bersama KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong. Yang lebih membuatkan ramai memandangkan Raja Permaisuri Agong sememangnya berhijab.
Gambar tersebut dipuji warganet yang mengakui nampak manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia.
Untuk rekod , Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.
Pertama kali kita menyaksikan Raja Permaisuri Agong & Isteri Perdana Menteri Malaysia bertudung, Alhamdulillah 😊😊#DaulatTuanku#OurPM8 🇲🇾
Pengusaha spa disimbah asid pelanggan berpurdah selamat jalani pembedahan. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.