Rumahtangga bukan tempat untuk menabur janji, bukan tempat untuk berlagak pandai dan bukan tempat untuk mengambil kesempatan. Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.
6 Perkara Kena Buang Dalam Rumahtangga
Suami Isteri buanglah :
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Ads
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Ads
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Ads
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Mohd Fhais
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumah tangga pasti ada manis dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sukar ditelan namun cukup indah kerana perkongsian dua hati yang saling mencintai. Inilah resam berumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah. Jom intai cara mak-mak kita bercinta.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim. Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika ini ramai mangsa banjir dalam proses membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur. Pastinya barang treding kini adalah water jet atau penyembur air tekanan tinggi.
Miliki peralatan begini dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan cepat dan mudah untuk buang lumpur. Tak akan hilang dengan cepat jika hanya sental guna berus.
Bagi yang bercadang untuk membeli barang ini yang berharga ratus ringgi, pastikan pilih yang berkualiti supaya boleh digunakan tiga hingga empat jam. Bagi yang murah sedikit kekurangan penggunaan hanya 2 jam sahaja.
Selanjutnya nak tahu cara yang betul memilih water jet ikuti perkongsian saudara, Cikgu Zahran
Panduan memilih water jet untuk membersih rumah ketika banjir.
Water jet ni ada beberapa jenis. Ada yang pakai karbon dan ada yang pakai motor. Yang jenis biasa tu menggunakan karbon. Bila habis karbon kena ganti baru. Yang ini biasa kena direct dari paip.
Yang jenis motor biasanya ada fungsi menyembur dan menyedut..boleh sambung dari paip atau menyedut dari tangki. Biasanya yang ni mahal sikit tapi tahan lama.
Kekuatan water jet dinilai menggunakan bar dan watt. Biasanya 120 bar bersamaan 1200 watt. Lebih besar bar atau watt maka lebih laju semburan air.
Beli jenama yang selalu kawan-kawan pakai.Jenama yang dah terbukti.Mahal tidak semestinya tahan.
Hos noozle atau senapang gun tu kalau dapat yang panjang berjela 10 meter lagi bagus. Sebab kalau hos panjang kita boleh gerak bebas tanpa perlu ubah water jet tu berkali-kali. Tapi dengan syarat, mesin tu tidak terjejas fungsinya. Kalau dah panjang sangat kang tak laju pula pancutan airnya.
Wayar plug mesti panjang dan kalau boleh lepas guna dia roll sendiri masuk ke mesin. Haaa ini untuk memudahkan capaian kepada punca elektrik. Boleh la cuci motor jauh sikit dari pasu bunga emak tu.
Kalau yang ada roda lagi baik. Senang disimpan.
Nak tengok jenis water jet yang baik boleh klik link
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...