Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5kg atau 10kg dari berat asal. Apa sebenarnya yang terjadi?
Saya menjawab “Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.”
.
Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi paru-paru dan jantung), otak dan fungsi organ yang lain. Jadi tahap BMR yang menentukan berapa banyak dan cepat pula tenaga dalam tubuh kita (dalam nilai kalori) dibakar.
.
Mereka yang mempunyai nilai BMR yang tinggi akan membakar tenaga lebih banyak dan cepat, dengan ini memudahkan penurunan berat badan. Jadi bagi mereka yang mengalami ‘keadaan yang plateau’ ketika menjalani program diet, atau dalam Bahasa yang mudah ialah berat badan tidak lagi mahu menurun, berkemungkinan besar telah mengalami tahap BMR yang rendah.
.
Bagaimana kita mengetahui seseorang mengalami masalah BMI yang rendah.
. 1. MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN.
Mereka yang mempunyai masalah BMI yang rendah biasanya akan mengalami masalah berat badan seperti sukar mengurangkan berat badan, dan senang pula meningkatkan berat badan.
. 2. MUDAH BERASA PENAT DAN LESU
Oleh kerana tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi dan mengambil proses yang lebih lama, mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan lebih cepat penat dan lesu. Mereka akan berasa cepat penat bila melakukan aktiviti fizikal. Mereka juga mungkin mengalami rasa penat dan memerlukan rehat yang lebih lama.
. 3. TAHAP KESIHATAN YANG RENDAH
Mereka mungkin kelihatan pucat, sering penat, mudah demam, rambut mudah gugur dan tidak bertenaga. Mereka yang mempunyai BMI yang rendah akibat masalah kekurangan hormone tiroid akan menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu.
. 4. MUDAH BERASA SEJUK
Mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan mudah berasa sejuk terutama dalam musim hujan atau berada dalam hawa yang dingin. Mereka sering mengadu bahawa pendingin hawa terlalu kuat padahal orang di sekeliling berasa panas.
. Apakah yang mempengaruhi BMR kita dan bagaimana hendak meningkatkannya?
. 1. UMUR
Ads
Secara purata apabia seseorang lelaki sudah berusia 40 tahun, dan seorang wanita telah berusia 35 tahun, tahap BMR mereka akan menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun. Bagaimana hendak mengekalkan tahap BMR setelah mencecah usia ini, caranya ialah kekal aktif dalam melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik bagi umur sebegini ialah berjalan kaki.
. 2. JANTINA
Lelaki dikatakan membakar lebih banyak kalori pada waktu rehat berbanding wanita. Ini bermakna wanita mempunyai BMR yang lebih rendah dari lelaki. Tetapi itu tak semstinya berlaku. Wanita yang mempunyai tubuh yang kurang lemak berlebihan mempunyai tahap BMR yang lebih tinggi dari lelaki yang mempunyai lemak yang berlebihan dalam tubuh. Kata kuncinya ialah hilangkan lemak yang berlebihan, ia membantu meningkatkan semula BMR kita.
. 3. NISBAH PERATUSAN OTOT BERBANDING DENGAN LEMAK
Peratusan otot dalam tubuh (terutama pada lelaki) akan menentukan tahap BMR dalam tubuh kita. Oleh itu bagi lelaki, melakukan aktiviti mengangkat berat (bertujuan untuk meningkatkan peratusan otot dalam tubuh) membantu mereka meningkat nilai BMI.
. 4. KETURUNAN
Faktor keturunan juga mempengaruhi. Ramai orang yang tidak pernah ada masalah peningkatan berat badan walaupun kelihatannya mereka makan banyak. Sentiasa kelihatan kurus. Ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Namun ia bukanlah sesuatu yang sihat apabila memakan tanpa kawalan walaupun berat badan mengikut nilai BMI yang dicadangkan. Ini kerana ramai orang kurus tetapi mempunyai banyak penyakit kronik akibat amalan pemakanan yang buruk.
. 5. MASALAH KELENJAR TIROID
Ads
Kelenjar tiroid merembeskan hormone tiroid T3 dan T4 yang mempengaruhi tubuh menghasilkan tenaga ketika beraktiviti dan dalam keadaan rehat. Mereka yang bermasalah untuk menghasilkan hormone tiroid secara efektif, dikatakan mengalami masalah penyakit kekurangan hormone tiroid (hypothyroid). Mereka akan mengalami masalah berat badan dan nilai BMR yang rendah. Cara terbaik bagi mereka adalah mendapatkan rawatan bagi memastikan hormone tiroid mencukupi dalam tubuh.
. 6. DEHIDRASI
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat menghasilkan tenaga yang secukupnya, kerana proses penghasilan tenaga memerlukan air yang banyak. Apabila kita berehat, penghasilan tenaga juga perlahan, dan dikatakan nilai BMR kita menjadi rendah. Minum lebih banyak air kosong sangat membantu menghasilkan tenaga. Bagaimana dengan air manis? Air manis (penuh dengan gula) akan menjadi sumber tenaga yang cepat, tetapi ia menyebabkan lebih banyak insulin yang dikeluarkan. Jika kita tidak beraktiviti, semua gula yang diserap ke dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak.
. 7. BANYAKKAN BERPUASA
Apabila kita berpuasa atau tidak makan selama enam jam, tubuh mula akan membakar lemak dalam tubuh. Lemak akan menghasilkan tenaga yang diperlukan. Adakah tubuh akan merendahkan nilai BMR apabila kita berpuasa seperti yang dilaporkan oleh sesetengah saintis?
Tidak betul, nilai BMR akan diturunkan agar tubuh menyimpan lebih banyak tenaga apabila kita tidak mengambil makanan. Ini hanya berlaku apabila kita mengalami kebuluran, bukan disebabkan kita berpuasa atau menjarakkan waktu makan. Apabila kita tidak makan melebihi 36 jam, tubuh akan merendahkan nilai BMR, agar kita mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi apabila menghadapi kebuluran. Jadi ada cadangan yang menyuruh kita makan lebih kerap untuk mengelakkan nilai BMR menjadi rendah adalah tidak benar. Terutama apabila kita tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.
. 8. MAKAN MAKANAN BEREMPAH DAN PEDAS
Ads
Gambar sekadar hiasan
Mengambil makanan berempah dan lebih pedas dapat meningkat nilai BMR seseorang. Contohnya kita mengambil cili, yang mengandungi ialah komponen bioaktif capsaicin meningkatkan BMR. Selain itu boleh tambahkan lada putih atau lada hitam dalam makanan. Meletakkan secubit serbuk kayu manis dalam minuman juga dapat meningkat BMR.
. 9. SENAMAN MEMBINA OTOT
Secara mudah saya boleh beritahu, senaman kardio seperti berlari dapat membakar lemak, tetapi tidak meninggikan BMR. Hanya senaman mengangkat berat (dan membina otot) dapat meningkatkan BMR. Menambahkan otot pada tubuh menjadikan membakar lemak dan tenaga ketika kita berehat.
. 10. MENGAMBIL PROTEIN DALAM MAKANAN
Untuk meningkatkan BMR, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dimana penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan cepat. Cuba tingkatkan pengambilan protein terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi protein atau protein dari sumber bukan daging merah. Penghadaman protein mengambil masa yang lebih lama dan pada masa yang sama banyak enzim dan hormone dikeluarkan seperti glukogon yang meningkatkan BMR dalam tubuh.
.
6. MENGAMBIL KALSIUM
Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu dapat meningkatkan BMR dan memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat dan menyebabkan BMR meningkat.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
Baru-baru ini tular satu posting dari seorang wanita yang meminta pandangan serta petua dari netizen berkenaan dengan rawatan bagi anaknya yang kerap berkudis.
“Bagaimana nak rawat penyakit kudis pada tangan anak saya?,” demikian pertanyaan seorang ibu dalam satu kumpulan Facebook baru-baru ini.
Selain menerima pelbagai nasihat, pertanyaannya itu turut ditempelak beberapa netizen kerana gambar yang dimuat naik bersama coretan memaparkan kuku tangannya dan bayi, panjang.
Rata-rata netizen menyarankan supaya dia memotong kuku terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang krim perubatan.
Pun begitu, selepas menerima kecaman teruk, wanita berkenaan memadamkan posting berkenaan.
Amalan menyimpan kuku bukanlah perkara baharu dalam masyarakat sebaliknya berlaku sejak dahulu kala lagi terutama di negara Barat.
Namun di dalam Islam, ia sangat dititikberatkan kerana melihatkan isu kebersihan.
Menerusi perkongsian Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, menyimpan kuku panjang adalah tidak bagus kerana boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.
Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kuku yang panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku.
“Walaupun beri alasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman terlepas dari tempatnya.
“Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Malah katanya, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di luar negara, pernah dilaporkan bahawa bakteria paling merbahaya iaitu MRSA dijumpai di celah kuku yang panjang.
MRSA memerlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawa maut.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1997, sebanyak 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang.
“Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga adalah suka mewarnakan kuku sehinggakan tidak menampakkan ada kekotoran di celah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak.
“Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh,” jelas beliau.
Tambahnya, kuku panjang boleh mencederakan diri.
“Kerap sekali saya jumpa pesakit-pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan menjadi jangkitan kuman.
“Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit Diabetes,” ujarnya lagi.
Berkata lanjut, Dr Arisman memaklumkan bahawa kuku yang panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil kerana kulit golongan itu masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi.
“Bahkan dalam wad hospital atau di ICU, ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.
“Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu,” tambah beliau.
Tragedi di Sungai Korok-"Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu." "Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.