Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri adalah makan bersama di rumah atau diluar dalam suasana yang romantik. Baru-baru ini, selebriti Adam Corrie Lee yang suatu ketika dulu dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis, telah memuat naik video yang memaparkan beliau dan isteri serta bayi lelakinya, Adam Fateh Lee, menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran hotel di Kuala Lumpur dalam suasana romantik.
Lebih manis, ramai yang mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster, tidak menyangka beliau seorang yang romantik. Malah isterinya sering disebut sebagai ‘bidadari’ menyebabkan peminatnya melahirkan rasa kekagumannya terhadap layanan istimewa kepada isterinya walaupun sudah lebih 10 tahun usia perkahwinannya. Sungguh inspirasi.
Alhamdulillah mkn malam , malam ni ada belon-belon. Fateh suka sangat tengok belon .
Ads
Terima kasih kepada @surprise.dash yang menaja makan malam kami yang sungguh romantik di Sky Lounge, Maya Hotel.
Lebih manis, paparan video ini menjadi inspirasi buat peminatnya. Ada yang mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa kekaguman melihat cara Adam Corrie meluahkan rasa cinta kepada isterinya walaupun sudah lama berkahwin.
Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh.
Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.
Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.
Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
Cara Caranya:
sumber: Azwani Muzammel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rahsia cantik sebenar, selain datangnya daripada penjagaan wajah, penampilan diri dan kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi merupakan elemen utama untuk tampil cantik luar dan dalam.
Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada rahsia tubuh yang cantik dan sihat. Buah misalnya memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita.
Beberapa buah dan sayur yang dikenal pasti punya banyak kelebihannya buat tubuh lebih sihat dan cantik luar dalam. Rugi kalau tak makan buah dan sayur ni!
1. Oren Pembekal Folate
Pertubuhan Jantung Amerika pada satu persidangan mengenai tekanan darah tinggi membuktikan golongan muda dan remaja amat memerlukan asid folik untuk kecantikan dan kesihatan tubuh.
Remaja yang mengambil jumlah asid folik dengan mencukupi dapat menurunkan risiko menghidap tekanan darah tinggi.
Buah oren merupakan sumber terbesar folate yang bukan hanya berupaya menurunkan risiko tekanan darah tinggi malah juga membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan kulit.
Malah, diet tanpa asid folate setiap hari akan berisiko tinggi menghidap kanser. Jadi cegahlah kanser dan miliki kecantikan dalaman yang baik dengan sebiji buah oren segar setiap hari.
2. Khasiat Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandungi jumlah nitrogen yang berupaya mencegah sel-sel dalam badan kita daripada berkembang menjadi kanser yang merbahaya.
Malah sayur-sayuran hijau seperti sawi, kangkung dan bayam juga mengandungi beta-carotene dan serat tersendiri yang baik untuk tubuh. Malah serat ini juga baik untuk sistem penghazaman makanan dalam tubuh.
3. Peria tinggi khasiat
Buah peria atau nama saintifiknya ‘Momordica charantia’ merupakan sayuran yang cukup tinggi khasiatnya. Biarpun rasanya pahit namun khasiatnya berganda pada tubuh.
Buah peria mengandungi zat dan vitamin yang tinggi. Antara zat yang terkandung ialah protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, natrium, karotenea beta, vitamin B1 dan B2. Kandungan zat dan vitamin ini boleh diperolehi setiap kali mengambil 100 gram peria.
4. Buah naga tingkatkan daya tahan
Tidak rugi jika anda mula menggemarinya kerana mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga dengan isinya yang merah mempunyai banyak khasiat.
Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Malah buah ini juga dikatakan cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
Kajian menunjukkan buah naga merah ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
5. Bayam bantu masalah anemia
Bayam merupakan makanan pilihan untuk membantu kekurangan darah anda. Bayam yang kaya vitamin A, C dan E ini juga mengandungi zat besi yang tingi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.
Bayam mampu membekalkan zat besi yang diperlukan bagi membantu membekalkan darah yang kurang. Kerana itulah ia paling disarankan untuk penghidap anemia.
Selain dimasak rebus, bayam juga boleh dipelbagaikan dengan minum air kisarannya atau dimasak seperti biasa tanpa menghilangkan zat-zatnya.
6. Anggur pembekal kolagen tinggi
Tak perlukan suntikan, cukup hanya dengan makan anggur. Anggur merupakan pembekal kolagen tinggi untuk kulit sihat.
Bukan hanya buah malah minyaknya yang kaya dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin) mengandungi bahan antioksida dan unsur semulajadi yang begitu penting untuk kesihatan tubuh.
Di dalamnya juga terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid. OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu.
Malah kesan OPC ini juga berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C untuk mencantikkan dan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
Dengan fungsi yang begini hebat, mengapa harus anda memilih untuk sakit dengan menyuntik setiap bulan? Tepuk dada tanyalah apa yang terbaik untuk diri anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempunyai isu dengan kegatalan kulit kepala memang diakui membuatkan kita tidak selesa. Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej, bilamana asyik tergaru-garu.
Memberi rasa selesa, umumnya kita akan pastikan rambut kerap dicuci, punbegitu tahukah anda dengan menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan rambut dan sekali gus amalan ini dikatakan dapat membantu untuk anda memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau.
Mungkin anda tidak percaya?
Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
EKSTRA INFO :Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.