Rutin penjagaan kecantikan akan lebih sempurna apabila kita turut mengamalkan penggunaan aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Gel aloe vera ini cukup popular dan menjadi antara ubatan herba yang digunakan di seluruh dunia sejak dahulu hingga kini.

Jika ingin disenaraikan kebaikan gel aloe vera ini sebenarnya ia dapat membantu mengatasi 10 masalah kecantikan wanita yang cukup luar biasa. Nak tahu bagaimana caranya?  Jom semak satu persatu.

Masalah 1 : Kulit Gelap Akibat Sunburn

Ambil bekas dan isikan dengan gel aloe vera kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Setelah beku, ambil ais batu tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit yang gelap (sunburn). Cara ini selain dapat memulihkan kulit untuk kembali berseri malah turut memberi pengalaman yang cukup menenangkan dan segar pada diri.

 

Masalah 2 : Rambut Berkelemumur

Campurkan 2 sudu makan jus lemon dengan 2 sudu makan gel aloe vera. Gaul rata dan kemudian sapu rata pada bahagian kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan kemudian dibilas.

 

Masalah 3 : Wajah Berjerawat

Sapukan gel aloe vera pada wajah yang telah dicuci bersih. Sebaiknya lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok paginya cuci bersih. Ia adalah ubat semula jadi yang cukup berkesan ‘melawan’ jerawat!

 

Masalah 4 :  Iritasi Kulit Selepas Bercukur

IKLAN

Jika berlaku iritasi atau rasa gatal-gatal dan kulit kering selepas bercukur. Sebaiknya terus oleskan dengan gel aloe vera untuk meredakan rasa tidak selesa tersebut.

 

Masalah 5: Rambut Kering, Kusut & Tidak Bermaya

Ambil gel aloe vera dan sapu rata pada keseluruhan rambut. Kemudian barulah disikat rapi. Kesannya rambut lebih lembut dan terurus rapi.

 

Stretch Marks Hilang Guna Aloe Vera. Malah Ada 9 Lagi Masalah Kecantikan Boleh Selesai Dengan Gel Ni!

 

IKLAN

Masalah 6 : Stretch Marks 

Terutamanya wanita yang telah melahirkan anak akan ada  stretch marks pada  bahagian perut, paha atau pun lengan.  Oleh itu, ambil gel aloe vera  dan sapukan secara rutin setiap hari bagi merawat kesan stretch marks tersebut.

 

Masalah 7 : Tumit Kaki Kering

Campurkan bersama 4 sudu makan gel aloe vera dan 2 sudu jus lemon. Gosokkan pada keselurhan kaki dan berikan tumpuan pada bahagian tumit. Gosok anggaran 10 minit pada bahagian tersebut sebelum dicuci dengan air suam.

 

Masalah 8 : Kulit Berkedut

IKLAN

Aloe vera mengandungi asid malic yang dapat membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit dan sekali gus dapat mengekalkan kulit daripada terhidrat. Oleh itu jangan pernah meninggalkan untuk sapu rata gel aloe vera pada wajah setiap hari untuk awet muda!

 

Masalah 9 : Lingkaran Hitam Bawah Mata

Campurkan 2 sudu teh gel aloe vera dengan 1 sudu minyak badam. Gaul rata dan kemudian sapukan secara membulat pada bahagian mata setiap malam sebelum tidur.

 

Stretch Marks Hilang Guna Aloe Vera. Malah Ada 9 Lagi Masalah Kecantikan Boleh Selesai Dengan Gel Ni!

Masalah 10 : Rambut Nipis

Gandakan pertumbuhan rambut dengan menggunakan gel aloe vera yang disapu rata pada bahagian rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 1 jam dan kemudian bilas dengan air suam.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI