Ramai di kalangan wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak, mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan kembali berat badan asal. Lebih-lebih lagi yang terpaksa menjaga pemakanan kerana menyusukan anak.

Jangan mengeluh atau putus asa. Ini ada jamu istimewa untuk dicuba. Selain menurunkan berat badan, resipi ini juga membantu untuk mengembalikan tenaga, awet muda dan keayuan wajah. Jom cuba  resipi hebat perkongsian dari Sarifa Redzuan II menerusi laman facebooknya.

 


JAMU UNTUK TENAGA DAN AWET MUDA

Alhamdulillah, sebelum ni cikgu dah pernah share cara nak buat jamu ni. Sampai terviral. Ramai juga yang pm bagitau kehebatan jamu ni.

Dan biasalah bila dah terviral ramai pula yang adjust resipi asal cikgu. Ada yang adjust untuk kepentingan mereka sendiri. Bab itu cikgu malas nak komen kerana ramai suka jadi pelsu bin pelstik.

Bila masak jamu atau bahan alami, ada tindakan kimia semulajadi yang berlaku. Sebab itulah perlu tahu sukatan betul, bahan betul, kerana apabila di minum atau di pakai berlaku lagi proses tindak balas dengan sistem tubuh.

Sebab itulah dalam apa jua yang kita buat apa kita kita makan jangan berlebihan. Perlu berpada pada.

Jadi harini cikgu kongsi balik cara buat jamu tenaga yang tulen. Kerana gabungan bahan dan caranya sudah di kaji.

Jamu ni bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit badan, badan berangin, lemau, tak bermaya. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan dan remaja. Lepas minum raserr ringan badan. Sakit kepala juga berkurang.

Sesuai juga bagi mereka yang dalam berpantang. Boleh minum 3 hari sekali bagi ibu menyusu.

IKLAN

Untuk mereka yang badan lemau boleh diminum 1 cawan setiap hari sebelum makan.

Bagus untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt taww. Pasti pelanggan pown teruja nak datang selalu minum.

Jamu ini membantu menambah tenaga dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Sangat bagus dalam menghambat angin juga ?.

Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp…burrppp angin keluar. Lega aihhh…

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!

Jamu ni multipurpose tau. Banyakla kegunaan dia

1. Boleh untuk redakan masalah sinus atau dalam bahasa glamer nya resdung. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.

IKLAN

2. Rendam kaki singkirkan toksin . Perlu di tambah garam dan tidak di letakkan madu. Kaki yang berat menjadi ringan .

3. Mandian herba. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Tambah la 2-3 cawan garam dan boleh di buat bilasan terakhir. Tidak perlu letak madu

4. Boleh bakar kalori awak dengan mandi wap. Rebus dan masukkan dalam baldi dan kangkang sambil selubung badan dengan kain. 2 dalam 1 dimana bertangas pun boleh.

Woww! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Okay okay cikgu bagi tahu resipi best ni.

Ini jamu original. Yang telah di kaji khasiatnya .

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!

IKLAN

BAHAN BAHAN JAMU 
1. Halia sebesar 1/4 tapak tangan di ketuk
2. 2 batang serai di ketuk
3. 1 sudu kecil halba campur
4. 1 sudu kecil bunga cengkih
5. 1 sudu kecil biji pelaga
6. 1-2 batang kayu manis ceylon
7. 1 sudu kecil bunga lawang
8. 3 helai daun pudina
9. 1-2 sudu madu asli

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!

CARA CARA

1. Rebus bahan number 1-8 dengan 6-7 cawan air sehingga mendidih

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!
2 .Tutup api biarkan suam

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!
3. Tapis ke dalam cawan

4. Masukkan madu dan sedikit perahan lemon.

Patutlah Viral Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Ni. Bila Minum Terasa Macam Di Spa, Ibu Dalam Pantang & Menyusu Pun Boleh Minum Ni!

Dah siap jamu tenaga. Sedap sangat. Awak perlu cuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI