Pastinya apabila nak menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, mesti ramai yang dah mula terfikir menu apa nak dicuba untuk berbuka puasa nanti.

Salah satu resipi wajib ada ketika berbuka adalah Kuih Badak Berendam. Apa kata ikuti resipi viral ini hingga 29K share. Jom lihat cara penyediannya!

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Kuih Badak Berendam.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Patutlah Viral Hingga 29K Share! Resipi Badak Berendam Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadi! Menu Wajib Berbuka Puasa Seisi Keluarga

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Bahan Bahan :
Bahan Doh :
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan
Bahan Inti :
1 1/2 cawan kelapa parut
1 cawan gula melaka / gula merah
1/4 cawan air
1 sb gula ( optional )
1 sb tepung gandum
daun pandan
Bahan Kuah :
2 cawan santan
1 cawan air
1 sb tepung jagung
daun pandan
garam dan gula secukupnya
Bahan Lain :
air untuk merebus

CARA PENYEDIAAN:
Satukan Bahan Doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
ketepikan seketika .
untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut .
masukkan juga daun pandan .
kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih .
masukkan kelapa parut dan kacau sebati .
apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata .
masak sehingga kering .
tutupkan api dan sejukkan seketika .
ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan .
letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas .
jadikan seperti bebola .
ulang sehingga habis .
isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih .
sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul .
kemudian masak di atas dapur sehingga pekat .
tutupkan api .
masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih .
masak sehingga doh timbul di permukaan .
angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah .
( sy masukkan doh ke dalam air sejuk , kemudian letakkan doh di dalam pinggan . barulah dituang bahan kuah ) .

IKLAN

Hidangkan di dalam pinggan , alaskan bersama daun pisang jika ada .
siap 

 

Patutlah Viral Hingga 29K Share! Resipi Badak Berendam Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadi! Menu Wajib Berbuka Puasa Seisi Keluarga

Sumber: Farisha Sofea

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Patutlah Viral Hingga 29K Share! Resipi Badak Berendam Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadi! Menu Wajib Berbuka Puasa Seisi Keluarga

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI