Nasi goreng kampung diakui memang menjadi kegemaran ramai dan menjadi antara pilihan menu popular mak-mak menyediakan sarapan bila ada lebihan nasi. Bahkan jika kita rasa buntu nak order apa ketika makan di restoran sekali pun, akhirnya pasti kita akan membuat pilihan untuk makan Nasi Goreng Kampung.

Maklumlah mudah dalam nasi goreng kampung ada nasi dan sayur! Tak perlu fikir nak menu lain untuk lengkapkan hidangan yang dimakan.

 

 

Bercerita tentang keenakan rasa nasi goreng kampung pula selain rasanya pedas dengan gabungan bahan seperti cili padi, ikan bilis, kangkong dan belacan yang sempurna menjadikan menu ini mempunyai rasa yang membuatkan kita makan berselera. Ditambah pula jika ada secawan kopi O, makan tak pandang kiri kanan jadinya!

Jadi jom kita buat Nasi Goreng Kampung ikut perkongsian resipi daripada Umi Watie

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

Bahan-bahan:

4 cawan nasi

Ikan bilis bersaiz kecil-beli online di sini

1 biji bawang merah

IKLAN

3 ulas bawang putih

5 tangkai cili api

Belacan ukuran separuh bola pingpong

½ cawan isi ayam

2 biji telur ayam

Kangkung

 

IKLAN

 

Cara Memasaknya:

1.Mula-mula kita gorengkan ikan bilis. Ketepikan.

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

  1. Kemudian baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api yang telah dicincang menggunakan  chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

3. Kemudian masukkan ½ cawan isi ayam.

4.Bila semua bahan sudah sebati, masukkan telur ayam.
Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!5.Perasakan dengan garam sesedap rasa.

6.Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat.

IKLAN

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

7.Lagi satu wajibun juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Selamat menjamu selera.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Simple Tapi Sedap, Lebihan Nasi Buatkan Nasi Goreng Kampung. Confirm Anak Beranak Makan Berselera!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI