Patutlah Viral, Ini Tips Nak Buat Beras Jadi Panjang & Berderai, Cara Rendam Ni Ramai Tak Tahu!
Yang paling menyelerakan tentulah ayam gorengnya yang cantik berkilat. Dimakan pula panas-panas dengan nasi yang lembut, sup yang sedap dihirup, kicap yang menaikkan rasa dan sos yang memukau, mesti terangkat!
Tapi untuk menjadikan nasi ayam itu panjang dan berderai ada rahsianya.
Jom kita tengok caranya! Ikuti perkongsian Cik Puan Gojes ini sehingga artikel ini dtulis sudah 2K share!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ajaq masak nasik ( nasi ayam) dulu la cara cpg. Cara MALAS. Xyah goreng2 bagai.. orang kedah kata lempaq lempaq thokkkk.
Nanti ajaq ayam dan sambai pulak.
CARANYA
Ads
5 cawan beras basmathi (tajuk apa xpa) Rendam dengan air dan garam semalaman. Pg esok tapis sebelum masak. Kalau.” rendam lama potensi panjang tu lagi beshhh.. cpg pakai pusa king 1121.
2 sudu buttercup 2 sudu minyak bijan (ni cpg suka letak 6 sudu.. sebab suka minyak bijan) 2 sudu minyak biasa Pandan 2 helai Halia 5 potong
Air rebusan ayam 7.5 -8 cawan (nisbah 1 cawan beras 1.5 cawan air) Garam secukup rasa & stok ayam botoi megi ( sedap nak mampoih) Bunjut sup Masuk semua bahan. Buka rice cooker tekan cook. 10 menet siap. Untuk 10 orang makan.
Tak kiralah hendak masak apa sekalinpun, joma mahukan yang enak, sempurna dan cantik dipandang kenalah tahu cara, tips dan rahsia penyediaanya.
Contohnya kalau hendak menyediakan menu Kek Batik Indulgence sepertinya ini. Pasti dari penyediaan bahan, pembuatannya hingga saat memotong sekali pun ada caranya yang tersendiri.
Jadi apa kata kalau hendak sediakan menu ini, baca dulu perkongsian ini. Barulah menjadi elok kek batik yang dimasak.
Tip Nak Buat Kek Batik
1. Whipping cream pastikan putar dalam keadaan sejuk . Bukan letak dalam tempoh masa yang lama di luar peti sejuk.
2. Whipping cream hanya bertahan around 1- 2 jam pada suhu blik. Kalau letak lama dia akan cair sebab pakai whipping cream
– bahan cream cheese dan butter seeloknya dikeluarkan at least 20 minit sebelum membuat kek.
3. Ada orang putar cream cheese dan whipping cream asing-asing. Boleh je mana-mana tapi rasa yang kita putar asing-asing tu akan lagi sedap dan rasa seperti aiskrim.
4. Whipping cream putar sampai dia kental. Means bila u terbalikkan mangkuk yang ada whipping cream tu dia tak jatuh. So stop putar.
5. Apa yang akan jadi bile terlebih putar?
Whipping cream akan rosak dan jadi cair balik
6. Dalam gambar ni SAYA TIDAK MENGGUNAKAN GELATIN.
7. Rahsia potongan cantik..bgi sejuk semalaman. Potong dengan pisau panjang celup air. JANGAN POTONG DENGAN KEADAAN PISAU PENUH DENGAN COKLAT. LAP DULU celup air panas baru potong.
Untuk hat ni saya pakai Callebaut dan butter Anchor. Sangat sedap dan cair dimulut.
Selamat mencuba!
Ini pula postingnya yang terdahulu berkongsi resipi menyediakan kek tersebut dan bolehlah dicuba.
Atas permintaan ramai sangat yang nak resepi jadi saya kongsikan resepi dari ibu saya.
Dia izinkan saya share kepada semua yang nak try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pun kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman sekarang ni tak helok manis-manis sangat.
Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan-bahannya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan kesabaran yang tinggi sikit ja..tak banyak sikit je.
So saya share resepinya ya
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali
Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur
200g buttercup/marjerin
300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam
Cara-caranya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak-agak pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nak masukkan yang coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sebab tak nak bagi manis sangat.)
Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
Double boil kan semua bahan-bahan di atas
Tuang atas cream cheese tadi
Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan. Selamat mencuba!
Kalau dirumah, habis sahaja merendam teh, uncangnya pasti kita terus sahaja buang ke dalam tong sampah. Jangan dibuang dahulu sebaliknya simpanlah di dalam bekas atau cawan dahulu.
Uncang teh ni sebenarnya cukup banyak kegunaannya. Bukan sahaja beri manfaat yang besar dalam secawan teh panas tapi juga untuk kegunaan rumah yang lain. Nak atau untuk kegunaan apa?
Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.
Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.
Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.
Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.
Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik!
Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...