Yee Mee Sizzling memang menjadi kegemaran ramai. Jika singgah makan di food court mesti order!
Tapi sejak PKP ni tentu ramai dah lama tak menjamah hidangan ni.
Apa cuba buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian oleh puan Izi Ismail. Tengok gambar pun dah terliur! Patutlah viral sampai 14K share!
Tak jadi kalau tak masak ni. Anak mintak nak makan, tengok dalam food panda amboihh mahal beno.. Anak kita ramai awak. Buat sendiri lagi jimat dan semestinya lagi sedap ! Nak resepi ? Ni dia..
Ads
Bahan bahan : Yee Mee 1 pek – celur & toskan. Sawi seikat – celur & toskan. Ayam separuh ekor – potong kecik Cendawan butang 1 pek – hiriskan Cili kering – gunting kasar2 je Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci – cincang halus Serbuk lada hitam – 1 sudu* Kicap pekat – 1 sudu* Kicap manis -2 senduk* Sos tiram – 1 senduk* Kiub ayam – 2 ketul* Tepung jagung – 2 sudu
Cara- cara : Tumiskan bawang & halia sampai naik bau.. Masukkan cili kering.. Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air. Biarkan sampai ayam masak. Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan. Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya. Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air). Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur. Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidangkan.
Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, seperti menu ikan pekasam, memang boleh buat makan berselera. Sama ada untuk juadah sarapan untuk dimakan bersama pulut mahupun dijadikan sebagai menu pelengkap untuk juadah tengah hari.
Bahkan ada sesetengahnya jika membayangkan sahaja menu ikan pekasam yang digoreng bersama hirisan cili, bawang, serai dan kemudian bersama perahan limau, sudah kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, buat yang tidak biasa menggoreng ikan pekasam tentu pernah berdepan dengan hasil gorengan ikan yang hancur dan sekali gus menjadikan hidangan nampak kurang berselera bentuknya.
Jadi untuk itu jom ketahui tip menggoreng ikan pekasam agar elok sempurna dan tidak hancur sepertimana yang dikongsikan oleh Raja Rohaizan Raja Muhaiddin.
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
8. Letak limau kasturi dan hidang.
Pun begitu jika anda ingin mencuba untuk hasilkan sendiri ikan pekasam Nur AqyLa ada berkongsi resipinya.
Nama Adam Corrie tidak asing lagi pada kita. Selain pandai berlakon, rupa-rupanya ayah kepada Adam Fateh Lee ini juga pandai memasak. Sebelum ini, Adam ada berkongsi resipi Mee Kicap Wantan Sup yang merupakan makanan kegemaran masyarakat Cina.
Menurut Adam, sewaktu remaja dahulu dia mencari duit belanja dengan menjual mi wantan. Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba sendiri boleh lah cuba lepas ni ye. Sangat simple cara nak buat tapi sedap!
Jemput makan sambil tgk bola. siap dah dinner saya mlm ni.. Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup.
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
Bahan Mee Wantan
– mee wantan
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi
Campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
Bahan Kulit Wantan
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
⭐️ payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
Bahan Isi / Inti Wantan
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
⭐️gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
⭐️ dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
Bahan Untuk Sup
– Air
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masing-masing.
Sumber: FB ADAM CORRIE
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520