Nak buat suami makin sayang mudah aje, jaga perutnya! Barulah bahagia sehingga ke akhir hayat. Sebagai isteri tentunya pelbagai resepi dicuba supaya suami suka makan dirumah.
Kepada para isteri yang ingin cuba resepi buat suami tercinta, boleh cuba resepi viral ni, iaitu daging bakar serta sos pencicah. Memang superb! Jom semak perkongsian menarik puan WN Ateeqah agar menjadi menu kegemaran suami dan anak-anak.
Daging Bakar Viral
Hiris daging dan bersihkan
Bahan perap 4 sepupu..sukatan main bedal. Ikut suka jari menggaul agak2 sebati gituhhh. Sos tiram Sos cili Sos blackpepper Nampla ***brand tak kisah mana-mana yang korang suka Tudung periuk kat belakang tu tak de fungsi. Lupa nak alihPastu lada hitam kisar dalam sesudu teh..nak bagi kaww lagik.
Ads
Tadaaa..macam ni la rupanya lepas digaul. Perap selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Eh..minyak masak lupa nak snap. Ko letak dalam 3-4sudu makan. Nak bagi lembut2 sikit. Barulah jimat poliden. Resepi asal letak gula. Aku tak letak. Dah cukup manis sos semua tu.
Pastu bakar dalam pan ajaib kesayangan korang tu. Makesure betul-betul panas dulu baru ko letak daging. Masa ni bau dia fuhhh…perut dan bunyi.Tadaaaa..siap dibakar. Ikut suka korang nak tara mana. Nak garing ke, nak separuh masak ke..up to u
Sos pencicah sedap!
Ads
2 sudu makan beras disangai.
Ko tumbuk halus. Lepas tu ketepikan. Epik betul lesung batu
Ads
Sekeping gula melaka/nisan Tumbuk sampai hancur atau sampai tangan lenguh
Cili padi ikut suka banyak mana. Ku letak 5biji. Tekak melayu. Bukan tekak korea samyangNampla 3 sudu. Baik2 jangan terpercik macam aku tadi. Abis achemm baju
Limau nipis sebiji amik air je. Aku suka masam. So letak 2 bijik.Asam jawa dalam sesudu teh. Aku suka yang adabi tu. Senang dan sedapLetak bawang merah yang dihiris dalam 4-5biji.Daun ketumbar hiris halus. Aku suka letak banyak. Masa gigit tu lahai..yummy.Beras sangai tadi ko masukkan. Ke dah lupa?Dah gaul sebati rasa sikit. Nak tambah garam ke gula ke seenak tekak lah. Gula aku x masukkan sebab dah cukup manis gula melakanya. Garam letak sikit.Ya Allah..licin daging tadi kena lahap laki bini ? Masa makan x sedar wei. Sedar2 je last bite. Dan la snap. Sos pon nasib x licin woii
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terasa nak buat kek petang ni? apa kata cuba Kek Nestum gebu yang sedap ni. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga nanti.
Cara buat cukup mudah dengan menggunakan sukatan cawan je. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom ibu-ibu kita cuba, lihat menjadi tak kek viral ni.
Betul² sedap.. Rasa lemak² dia pada nestum..
Kek Nestum Gebu viral
Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die
Cara membuat:
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Asyik beli di kedai aje kan. Apa kata cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur. Mak-mak boleh cuba buat sendiri.
Telur Masin Cantik
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Menu pasar malam seperti apam balik memang sedap kalau dimakan ketika waktu panas. Tak hanya kita yang dewasa, anak-anak pun suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang yang menaikkan
rasanya.
Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai daripada kita yang cuba beranikan diri membuat sendiri menu ini.
Sebenarnya tak susahpun nak sediakannya sendiri di rumah. Jom cuba ni daripada Adlin Lin, anak-anak mesti suka.
Assalammualaikum salam maghrib sahabat group dan salam kenal. Apam balik buatan sendiri, senang dan mudah..guna kuali roti jala je. Kalau tak ada kuali roti jala, guna none stick pun boleh.
Meh saya share resepi.
Bahan:
4 cawan tepung gandum *
3 cawan air *
1/2 cawan minyak *
1/2 cawan gula *
4 biji telor *
Sedikit garam *
1 sudu teh yis mauripan *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
Kacang disangai
Jagung dalam tin
Caranya:
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Kemudian simpan adunan dalam 1 jam.
3. Panaskan kuali leper dan letakkan sesenduk adunan.
4. Taburkan kacang, gula dan jagung tin di atasnya. Biarkan masak.
Perhatian:-
Sukatan cawan kita mungkin tak sama, so saya sarankan lebihkan sikit tepung sekiranya adunan cair. Selamat mencuba!
Sumber: Adlin Lin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di