Patutlah Zaiton Sameon Tetap Cergas Pada Usia 62 Tahun. Ni Rahsianya!

Share

Kesihatan diri dan keluarga harus sentiasa dijaga, lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat, lagi tinggi risikonya jika tidak diambil serius. Sewajarnya, buatlah apa cara sekalipun – sama ada bersenam ataupun kawal pemakanan, yang penting kesihatan yang dianugerahkan ini kekal dijaga rapi.

Ini sebagaimana yang dipraktikkan Zaiton Sameon, penyanyi era 1980-an, apabila ditanya tentang rutin hariannya dalam hal penjagaan kesihatannya.

“Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang tenang setenang-tenangnya, lebih-lebih lagi apabila sekarang saya duduk dengan anak angkat saya yang betul-betul mengasihi dan menjaga saya.

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Setiap pagi saya akan berjoging bersama dia. Kalau cuti sekolah cucu angkat saya pun akan berjoging bersama, kemudian kami akan take breakfast.”

Suara masih merdu seperti dulu

Bercerita lanjut tentang aktiviti seninya kini ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor, penyanyi veteran yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu berkongsi rahsianya mengekalkan kelunakan vokal.

“Sejak jadi penyanyi, saya tak minum air sejuk. Saya suka makan pedas, lagi pedas lagi bagus."

Impian berduet dengan Zur Eda

Zaiton yang masih aktif dalam dunia nyanyian berharap agar dia dapat lebih banyak jemputan untuk mengadakan persembahan.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur dan masih boleh menyanyi lagi. Saya harap masih ramai yang menjemput saya untuk mengadakan persembahan.”

Dia juga berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong aktiviti seninya dan menyatakan hasratnya untuk berduet dan menghasilkan album bersama rakan seperjuangannya, penyanyi veteran Zur Eda.

“Harapan saya, saya teringin sangat nak buat album dan berduet bersama Zur Eda.

“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya.”

IKLAN