Bila apa yang hendak dimakan dapat disediakan dari dapur rumah sendiri tentunya itu satu kelebihan.
Bukan sahaja menepati selera dan apa yang lebih penting kita juga dapat mengawal pengambilan makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga.
Hatta menyediakan peanut butter sekali pun. Bila disediakan sendiri dengan tanpa menggunakan bahan pengawet dan garam pastinya menu tersebut lebih bagus untuk seisi keluarga.
Jadi, apa kata kita cuba untuk sediakannya.
Resipi Peanut Butter sihat Homemade with Tanpa pengawet tanpa garam.
Kalau anda penggemar makanan sihat atau sedang diet anda boleh cuba resipi peanut butter homemade ni.
Biasanya peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah so boleh cuba.
Resipi ni untuk menghasilkan 300 gram peanut butter.
Bahan bahan:
Ads
1. 500 grm kacang. Guna kacang shandong rasa lebih sedap.
2. 1 sudu minyak sayuran
3. 1 sudu madu (optional untuk rasa manis)
Cara penyediaan dan masakan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c.
Ads
2. Bakar kacang tadi pada suhu 180°c selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.
3. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya Pastikan kacang bakar tadi bersih dari kulit sebelum dikisar.
4. Kacang yang telah dibakar tadi masukkan ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu.
5. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.
6. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki maka peanut butter anda telah siap.
Ads
7. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam jar dan simpan dalam peti sejuk.
8. Jika anda mahukan peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi.
Peanut butter tanpa pengawet ni boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.
Kalau yang sedang diet peanut butter ni sedap dimakan dengan roti gandum penuh.
Bila dah PKP, sudah tentu ramailah yang tak balik kampung. Raya tetap raya, kena juga meraikan. Jadi kita kena belajar masak sendiri untuk hidangan di pagi hari raya. Ia termasuk kuah kacang untuk makan dengan nasi impit.
Biasanya kacang ini dibuang kulitnya dengan cara tampi. Ia bertujuan supaya kuah kacang kelihatan cantik selepas di masak. Namun untuk membuang kulit kacang cara tampi agak remeh.
Bagaimana pun cara wanita ini amat mudah. Hanya menggunakan penapis jarang, kulit kacang mudah ditanggalkan. Caranya memang berkesan. Ikuti lanjut cara ini dengan melihat video yang dikongsi beliau.
Cara:
1. Dalam bekas campur bahan B kecuali garam, gaul rata lalu masukkan air gula merah (bahan A) sedikit demi sedikit sambil di gaul rata, lalu masukkan garam, adun hingga betul2 sebati, lalu perapkan -+ 50 mnt
2. Setelah adunan mengembang, tuang ke loyang brownies 20×20 yg terlebih dahulu disapu minyak
3. kukus adunan 30 mnt atau sehingga masak, sajikan dgn kelapa parut
Dalam adunan di tuang dalam bekas brownies
Kelapa parut:
1/2 bj kelapa parut tambahkan garam sedikit, gaul rata dn kukus 15 mnt, masukin daun pandan biar wangi