Tidak dinafikan mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah supaya menjadi seorang anak yang soleh serta mendengar cakap ibu bapa.
Ramai yang mengakui cabaran lebih sukar apabila banyak pengaruh daripada media massa termasuk media elektronik.
Namun, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, jika ada pengawasan yang baik dan asuhan yang betul sejak kecil, pastinya ia tidak sukar.
Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu juga dengan pendidikan kepada anak-anak.
Ini jelas dilihat daripada perkongsian pelakon, Saharul Ridzwan bapa kepada dua orang cahaya mata terkesima melihat anak sulungnya, Muhammad Luth Ali atau panggilan manja Ali bermain sambil berselawat.
Bukan calang-calang nak didik anak yang asyik bermain, sambil bibirnya berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tahniah kepada Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir dalam mendidik anak-anak.
Terbaru perkongsian beliau dibuat menerusi akaun Instagramnya yang telah menarik perhatian warganet.
___________________________
ALI SAMBIL MAIN SAMBIL SELAWAT
“Semoga selawat ini terus menitip di bibir mu sampai bila2 wahai anak ku sayang. Amin Ya Rabb
Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam pada itu, warganet teruja cara pasangan ini mendidik anaknya hingga bermain pun bibir mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan mendoakan menjadi anak yang soleh. Antaranya:
“Allah…anak soleh ni.
“Alhamdulillah.. semoga Muhammad Luth Ali menjadi anak yang soleh. Amin Ya Rabb comel sangat dia geramm.
“Alhamdulillah.. same with my kids.. even play, selawat main di bibir..
Sumber: Instagram saharulridzwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gara-gara tidak dapat menerima hakikat anaknya adalah anak istimewa, keluarga ini memberikan layanan yang tidak setimpal dari segi rawatan kepada anaknya. Lebih menyedihkan bapa kepada anak ini tidak menujukkan kasih sayang kepada anaknya.
Perkongsian daripada pegawai perubatan ini Nurhanis Ahmran meruntun jiwa dengan sikap ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat kekurangan anak. Namun, semua ini boleh diatasi dengan muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat anak. Setiap anak yang lahir itu, ada rezeki buat nya. Jangan kita menghukum tanpa melakukan apa-apa. Jadilah ibu bapa yang terbaik buat anak.
Sedih rasanya tengok anak seorang pesakit saya hari ni. Sudah umur 9 tahun, lelaki. A very good looking boy.
Cuma sepanjang berada dalam bilik doktor saya perasan dia tak duk diam lansung. Main pili air, main cop saya, dok atas kerusi doktor pastu berpusing-pusing seorang diri. Sekejap-kejap dia pusing kerusi saya pun ada. Buat kerusi saya bergoyang2. Dia macam sangat bahagia dalam ‘dunia’nya.
Ibunya pun nampak geram dengan anaknya yang satu tu. Bila marah sangat, dipulasnya telinga anak tu. Sesekali saya dengar si kakak panggil adiknya kambing.
Bukan normal
Aduh, budak ni bukan budak normal ni. Budak normal yang umur 9 tahun takkan berkelakuan macam ni. Saya tengok adiknya yang lagi muda darinya lagi ‘behave’, tak seaktif dan ligat macam abangnya.
Rasa tak sedap hati pula tengok budak tu.
“Anak puan ni ADHD ke?”, saya langsung bertanya pada ibunya.
“Aah, ye doktor. Memang follow up Mentari ni.” Jawab ibunya.
“Autism?”. Saya bertanya lagi.
Kata ibunya, ada juga autism. Anaknya memang suka susun-susun barang, susun pula cantik molek barang-barangnya.
“Tapi rumah tak pula dia kemas. Sepahkan ada la!”, si kakak menyampuk.
Saya beristighfar dalam hati sebab geram. Ya Allah, tu memang ciri-ciri budak autism. Si kakak ni masih tak faham ‘penyakit’ adiknya.
Tidak mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas
Di sekolah pula, dia berada di kelas arus perdana. Bukan di sekolah pendidikan khas seperti yang sepatutnya.
Kata ibunya lagi, anaknya suka tulis terbalik. semua huruf terbalik. nombor pun terbalik.
“Anak puan ada dyslexia juga ni”, kata saya tegas.
Kata ibunya, dia nak teruskan rawatan di Klinik Psikiatri Kanak-kanak tapi dihalang oleh ayahnya.
Malu punya anak istimewa
Ayahnya marah bila tahu si ibu bawa anak jumpa doktor psikiatri. Katanya anaknya normal walaupun doktor pakar psikiatri kanak-kanak sudah sahkan anaknya ADHD + austism!
Bila tiba waktu hari laporan pelajar yang sepatutnya dihadiri oleh ibu bapa, ayahnya hanya hadir untuk anak-anak yang lain. Tapi tidak untuk anak yang seorang ni. Malu katanya. Tak nak orang tau anaknya “sakit”.
Mahu duk diam-diam di sekolah biasa saja. Tak nak tukarkan anak ke sekolah pendidikan khas sebab takut masyarakat tahu! Nanti malu!
Bila si ibu tanya tentang masa depan anak yang sorang ni, selamba saja jawabnya.
Tak payah belajar pandai-pandailah! besar nanti kerja ngan lori sampah je cukup!
Allah! Rasa terpukul hati saya. Ayah jenis apa tu?!
Saya pandang wajah polosnya. Comelnya dia.
Kenapalah kau didiskriminasi macam ni sekali dik? Hanya sebab kau autism dan ADHD, kau tak dilayan dengan baik. Kau disekat untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya kau dapat.
“Tolong fikir masa depan dia puan. Tolong sangat. Bawak dia jumpa doktor psikiatri balik. jangan hiraukan ayah dia”.
Saya cepatkan konsultasi sebab rasa sebak sangat tengok muka innocent anaknya yang satu tu.Tak patut dia diperlakukan macam tu.
Mak ayah kat luar sana yang ada anak-anak macam ni, tolonglah jangan malu. takde apa yang nak dimalukan. Fikirlah masa depan anak anda.
Bantulah anak anda. They really need your love & support.
Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah mem0tong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro
.
Sementara itu, Shuib menerusi perkongsiannya di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan keadaan Sarah yang tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.