Pastinya setiap orang ada pasang niat untuk memiliki tubuh badan yang ideal, cantik dan sihat bukan? Lagi-lagi bila dulu senang je nak dapatkan berat yang seimbang, tapi sekarang ni bukan takat tak dapat berat seimbang, malah berat mata memandang berat lagi diri menanggung!
Nak mendapatkan tubuh yang diimpikan bukan mudah tau! Tapi, kalau kena dengan gayanya, disiplin dan pengambilan makan insyaAllah one day anda akan kecapi apa yang anda inginkan.
Misalnya pengguna Twitter @imsyafff atau nama sebenarnya Izzah Syafiqah binti Zainal Alam yang akhirnya berjaya memiliki berat badan yang diidamkan selama ini. Bermula sejak Januari tahun ini, Izzah berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 44kg dalam tempoh 7 bulan, iaitu dari beratnya 120kg ke 76kg. Wah menakjubkan!
“Izzah yakin semua orang yang diet pun lalui apa yang izzah rasa , perkara yang paling sukar ialah disiplin dan tahan nafsu untuk tak makan makanan kurang healthy tapi izzah selalu cakap dekat diri sendiri . baik susah sekarang , happy tu nanti bcs if izzah boleh tahan sekarang and dapat berat yg izzah nak , soon izzah boleh makan makanan macam tu but still terkawal”, katanya ketika ditemu bual.
Tambahnya, dia terdetik untuk mulakan misi diet atas inspirasi melihat gambar-gambar orang lain yang boleh menurunkan berat badan pada hujung tahun 2019. Baginya, kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak dirinya. Jadi dari situ dia diet dan konsisten untuk mendapatkan berat ideal.
Bukan hanya berkongsi kejayaannya dalam menurunkan badan, malah gadis yang berumur 19 tahun ini juga telah berkongsi beberapa tip yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengikut jejaknya! Nak tahu rahsianya? jom tengok!
1. Niat
actually i menyampah everytime baca tips diet yang start dengan niat, like kenapa ek ha gitu . tapi i dah faham sekarang bcs bila niat you tu salah, you punya konsisten tu tak lama. cari the reason korang nak diet, sebab siapa sebenarnya?
2. Disiplin/Konsisten
benda ni susah sebenarnya, cara dia satu je . PAKSA tapi ada limit so lama lama you akan biasa dengan cara pemakanan baru lepastu you akan rasa lain if you tak jaga makan. you akan rasa takut dah nak sentuh makanan yang kurang healthy.
3. Minum Air Kosong
for beginner, just cut the sugar . minum air kosong 25kg 1liter . so if you 50kg then minum 2liter . biasakan minum banyak bfr makan so you akan rasa kenyang cepat. cut sugar ni susah tapi nak tanak you kena buat 😉
Ads
4. Pemakanan
okay i cerita part i dulu, for starting i amalkan eat clean which is no more minyak, kuah, just bakar/sup/kukus smtg like that. korang kena eat clean , wajib ! untuk start, korang kena biasakan takmok minyak minyak.
Ads
5. Bersenam
izzah tk suka sangat workout or bersenam. izzah lagi suka join any sport’s game. but so far dalam my diet journey, i tak bersenam sangat . ikut mood, kalau rasa nak bersenam i akan buat simple workout or walk 4-5 round tasik.
tapi kalau bersenam lagi bagus, so at least korang berjalan pun dah okay . like every petang tu jalan dekat taman, keluar peluh gitu 😉
Peduli apa orang kata pasal diri you , just be yourself
Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.
Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.
gambar hiasan
2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum
Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.
Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini: https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.
Kita mungkin biasa lihat orang dulu-dulu yang kekal cergas & ‘kuat’ biarpun sudah dimamah usia. masih bertenaga melakukan kerja-kerja seperti biasa. Rupanya mereka ada rahsia kenapa masih kekal fit dan cergas. Jom admin kongsikan petuanya!
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa. . Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊. . Bahan asas: . Untuk 3-5 kali minuman . 2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat) 2-3 ketul kunyit hidup 1 biji manjakani 3 inci Halia 1 sudu besar gula melaka 2-3 sudu asam Jawa 3 gelas air masak
. Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.
. Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.
. Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.
. Sedia diminum. . *Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Tambahan: . Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an). . Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉 . Kredit : Suhaili Ellie Mohamed Tauhid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang. Hasilnya rambut masih kekal hitam, lebat dan berkilat. Daun kari kaya dengan kandungan Vitamin B. Kajian dari India ini dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry.
Masalah uban dihadapi tidak kira lelaki mahupun wanita. Paling membimbangkan sekarang pada usia belum masuk 40 tahun pun sudah ramai yang berdepan masalah uban.
Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban.
Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan daripada ahli keluarganya sejak dulu lagi.
Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt
“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?
Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.
Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt
Cara membuat:
1. Kisar kedua bahan sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.