Hidayah itu milik Allah, pelakon Avaa Vanja kini dilihat tampil berhijab dan hijrahnya itu cukup disyukuri warganet. Bahkan apa yang lebih mengujakan, difahamkan perkongsian Mizz Nina tentang ilmu agama di media sosial menjadi asbab dan pendorong buat Avaa Vanja bertudung litup.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

“Nina adalah sahabat lama saya, tetapi kami sudah lama tidak berhubung… rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak berjumpa. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya.

“Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Dalami Islam & Kini Berhijab!

“Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika,” jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Pernah Diserang Anxiety

IKLAN

Dalam pada itu, Avaa berkata, serangan kebimbangan melampau (anxiety) yang dihadapinya turut membuka hatinya untuk mencari makna sebenar dalam kehidupan. Akuinya, sebelum ini dia terlalu sibuk mengejar hal duniawi sehingga membuatkan dia tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki.

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Dalami Islam & Kini Berhijab!

“Beberapa bulan lalu saya terlibat dalam sebuah penggambaran drama dan ketika itu saya rasakan dikelilingi persekitaran yang toksik! Situasi itu membuatkan saya diserang anxiety sehingga tidak boleh keluar rumah.

“Banyak perkara yang saya fikirkan dan Alhamdulillah sekarang saya sudah dapat jawapan. Semoga jalan ini berkekalan. Hari ini apabila bangun pagi, saya rasa puas dengan kehidupan baru ini,” tuturnya.

Serius Dalami Ilmu Agama

IKLAN

Mahu terus mendalami ilmu agama, Avaa juga memaklumkan sudah mendaftar untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kata pelakon ini, perubahannya itu bukan bermaksud dia akan meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap dapat berkongsi ilmu penghijrahan bagi memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan.

“Kalau mahu mendekati usaha dakwah, saya perlu cukupkan ilmu di dada. Jadi saya mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Islam di sebuah universiti. Saya tetap akan berlakon dan mahu kongsi ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang selepas ini,” katanya.

Sumber : mStar

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI