Kalau ke utara, menu paling popular pastinya laksa kan. Itulah yang menjadi kegemaran ramai. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Resipi ini dikongsikan oleh Siti Nadwa Rozalimenerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kes upload pic laksa petang tadi, tudiaa ternyata qamai sunggoh nohh #teamLaksa 😀🙋
Sini maknad sertakan resepi kuah laksa cara maknad
Bahan-bahan laksa:
Kuah laksa cara maknad::
Rebus ikan kembung 1kilo
Dah rebus asingkan isi dan tulang
Air rebusan tadi tu jgn buang, tapis dan guna air rebusan tu utk blend.
Blend banyak kali biar betul2 halus dan tapis
(ulang tapis banyak kali ok jgn malas utk dptkan kuah yg tnpa tulang)
Kuah tu biar sedang2(kira tak cair sgt tak pekat sgtlah baru layann)
Ok kemudian blend 3biji bawang besar, belacan saiz ibu jari sudahlaa stgi byk2 resdung pulak
Ok cabai kering rebus diblender halus maknad guna 5camca. Kalau nak pedas lagi tambah laa, maknad buat takpedas sgt sbb anak2 blh makan sekali,jgn lupa blend cabai melaka dlm 2biji(yg ni mama n makmntua kata nak bagi kuah wangi cabai) 😝depa laa kata
Ok jgn lupa letak asamkeping, daun buat laksa tu apa nama ntah (tiba2lupa rasanya cenehom @kesum @daun asam pedas kot 😂), bunga kantan
Ok pastu letakla garam, cukop rasa dan sikit je gula
Ok pastu biarkan ia mendidih dan siap.
Kan mudahh jaa 😋
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Persediaan penting dalam menjadi ibu bapa tak perlu pergi program yang formal untuk membantu kita mendapatkan tip keibubapaan.
Dari mengandung hingga melahirkan sehingga masuk sekolah, jadi sebab itu dalam mendidik anak-anak ikut peringkat umur. Seperti mana yang dikongsikan oleh Rasullah saw.
Berkongsi ilmu dalam webinar Sayang Anak Ketat-ketat anjuran komuniti Family & Parenting yang berlangsung pada Ahad, 20 Mac 2022 secara virtual, Irma Hasmie mengakui cukup menitikberatkan solan pendidikan pada anak-anak.
“Saya kutip pengalaman daripada orang sekeliling termasuklah keluarga dan kawan-kawan. Jadi secara tak langsung boleh aplikasi dalam kehidupan seharian.
“Sebab tu, jangan kedekut untuk berkongsi ilmu keibubapaan, walaupun sedikit tapi perkongsian itu dapat pahala. Mungkin tak nampak sekarang kerana mungkin tidak secara zahir, tetapi pahala itu dikutip pada di akhirat kelak.
“Apa yang boleh saya katakan, dalam mendidik anak-anak elak daripada kita menjadi garang, bila kita tak didik awal itu yang membuatkan kita mudah naik marah, emosi dan sebagainya.
“Sebab tu kena didik dari sekarang. Anak-anak kecik tak tahu apa-apa jadi kita yang kena corakkan dengan mendedahkan dengn apa yang kita mahu,” jelas Irma dengan panjang lebar.
Jangan takutkan anak-anak
Menurut ibu kepada dia cahaya mata ini, sebagai ibu bapa kena terapkan rasa seronok dalam diri anak-anak untuk kesekolah.
“Biarkan anak-anak rasa pembelajaran di sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan, bukan menakutkan. Apa benda yang bagus jangan takutkan anak-anak, biarkan mereka rasa teruja. Jadi, bila tiba cuti sekolah mereka rasa frust.
“Saya dulu malas nak ke sekolah, jadi apabila dah ada anak saya tak nak mereka jadi macam saya, tanamkan dalam diri untuk mencari ilmu.
“Misalnya anak minat agama,jadi hantar ke sekolah agama, kalau anak suka dengan subjek bahasa, jadi dedahkan mereka dengan aktivitri yang berkaitan. Mereka takkan duduk diam dan sentiasa nak belajar.
“Apabila bergelar ibu, sudah banyak fokus pada anak-anak berbanding bidang seni. Kalau dulu lepas kahwin, saya terus dapat anak, keutamaan adalah famili dan anak-anak,” jelasnya lagi.
Korbankan kerjaya demi keluarga
Dia yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan, namun selepas mendirikan rumahtangga, Irma memilih untuk fokus kepada keluarga.
“Saya terpaksa membuat pilihan mana yang lebih utama. Jadi, saya memilih keluarga. Saya tahu dan hormat pilihan setiap orang. Saya tahu kelemahan saya, kalau pilih lakonan pasti tak dapat uruskan anak-anak.
“Saya tak mampu bahagikan masa untuk ekdua-duanya. Setiap orang tahu tahap diri masing-masing. Dan saya tahu kalau penat balik dari shooting, tak ada masa untuk anak-anak tetapi ada orang mampu berbuat demikian.
“Jadi saya memilih bidang lain iaitu bidang pengacaraan. Alhamdulillah, saya punya waktu untuk menguruskan anak-anak dan juga kerjaya. Saya buat pilihan yang sesuai.
“Dulu pernah ada pembantu rumah memandangkan saya dapat anak rapat, waktu anak sulung 8 bulan saya sudah mengandung anak kedua. Jadi bila anak kedua lahir, saya tak menang tangan. Ibarat jaga anak kembar. Saya tak bersedia tetapi Allah dah bagi rezeki jadi saya terima.
“Jadi saya ambil pembantu tetapi hanya untuk uruskan kerja rumah seperti mengemas, bersihkan rumah, penyediaan bahan memasak atau lipat dan basuh kain.
“Saya nak fokus pada anak-anak jadi hal lain kena ada pembantu uruskan. Selama lebih kurang setahun setengah saya guna khidmat pembantu rumah kemudian dia habis kontrak dan setakat itu sahaja. Saya pun uruskan sendiri.
“Ini satu pengorbanan saya dalam menguruskan anak-anak. Bukan saya seorang sahaja, bahkan ada juga wanita di luar sana yang sanggup berkorban kerjaya demi anak tetapi ganjaran kita peroleh kelak di akhirat nanti.
Pernah rasa ‘terkoyak’, down & sedih
Setiap ibu berdepan dengan karenah anak-anak dna juga kerjaya, demikian juga dengan Irma. Akuinya ibarat jaga anak kembar.
“Waktu itu, kalau tak ada orang membantu memang agak sukar. Rasa diri ketika itu ‘terkoyak’ juga malah tak fokus bab melawa, diet dan sebagainya., memang itu ujian yang saya hadapi. Waktu kita lalui situasi itu, memang kita rasa down, sedih tetapi apabila sudah lepas tahap itu kita rasa syukur dan gembira. Inilah waktu untuk kita reward diri sendiri. Sebab itu darjat seorang ibu diangkat tinggi dek kerana pengorbanan mereka.
“Bab ibu bertukar jadi rimau dan sebagainya, jujurnya saya pernah lalui tetapi kita kena selalu beringat. Tetapi kita jangan keterlaluan, jangan jerit seperti orang meroyan sampai anak terkejut tengok dan terkesan.
“Sebab itu, jangan keterlaluan dan ubah perlahan-lahan. Itulah pentingnya muhasabah diri. Saya sendiri, kalau terbuat anak begitu jangan biarkan. Panggil anak terutama waktu mereka nak tidur, terangkan dan cakap apa kesalahan mreka.
“Jangan takut untuk minta maaf dengan anak, jangan berat dan malu untuk minta maaf. Ajar pada anak, dan minta maaf tak jatuhkan darjat kita sebagai ibu bapa tetapi itu salah satu cara kita mendidik mereka supaya bila mereka buat salah, mereka tak segan untuk minta maaf.
“Bila kita jadi contoh pada anak-anak secara tak langsung itu buat anak terikut-ikut. Terutama sekali anak-anak masih kecil. Kita tunjuk adab dan akhlak pada anak. Jadi mereka mudah minta maaf, mudah minta tolong dan sebagainya.
“Terangkan kembali kenapa kita marah mereka dan secara tak langsung mereka tahu menengking atau menjerit itu satu kesalahan. Kita takkan susah untuk terangkan dan itu salah satu cara kita mendidik anak-anak yang efektif,” ulas Irma dengan panjang lebar.
Cara didik anak lelaki dan perempuan berbeza
Anak-anak hadiah daripada Allah untuk kita, mereka juga amanah dan ada tanggungjawab jadi klena buat yang terbaik selagi mampu. Cuba yang terbaik, bukan untuk diri sendiri tetapi juga boleh membantu orang lain. Sama-sama peringatkan diri kerana sebagai manusia kita mudah lupa.
“Anak sulung saya sekarang 9 tahun dan yang kedua 8 tahun. Dalam fasa untuk meneroka pelbagai benda. Sikap ingin tahu dan karekter juga berbeza. Cara saya membesarkan anak-anak antara lelaki dan perempuan berbeza. Ibu paling tahu perangai anak-anak, sebab itu guna ia sebagai cara mudah untuk mendidik.
“Teguran adalah bentuk komunikasi antara ibu dan anak penting. Komunikasi bukan sekadar bercakap tetapi pelukan dan pandangan pun membantu mendamaikan anak-anak.
“Setiap kali anak perlukan perhatian, berikan layanan pada mereka. Walaupun 1-2 minit pun memadai walaupun kita sibuk. Pandang wajah bila anak-anak panggil mereka. Kalau tengh sibuk terangkan pada mereka, minta bagi masa jangan terus tolak. Seolah-olah buat anak-anak rasa tak penting.
“Bila kita cakap ‘jangan’ kena terangkan supaya mereka faham apa sebab kita larang. Begitu juga dengan suruh, kalau nak minta anak solat, bantu orang lain, kena terangkan supaya mereka faham. Apabila anak-anak bagi pendapat, raikan dan jangan terus tolak. Tidak ada betul atau salah, sebaliknya kita harmonikan pendapat kita dan anak-anak. Secara tak langsung anak-anak lebih terbuka.
“Paling penting anak-anak mudah untuk mengadu dengan kita dengan apa yang berlaku. Nikmati waktu anak-anak nak ‘berkepit’ dengan kita. Bila sampai satu tahap mereka nak privacy dan lebih suka lepak atau duduk dalam bilik, kita akan hilang momen bersama mereka.
“Kita nak mereka kekal kalau ada masalah dan sebagainya, mereka cari kita dan tidak segan silu bercerita dengan kita. Jangan biarkan anak-anak berkongsi masalah atau kegembiraan dengan orang luar berbanding ibu bapa. Sebab tu kita kena jadi pendengar terbaik dan boleh pandu mereka apabila sudah dewasa,” ungkap Irma lagi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...