Air cendol rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Lagi-lagi jika diminum ketika cuaca panas, cukup melegakan tekak yang kering. Sangat nikmat rasanya!
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
Ads
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
Ads
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
Ads
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Kata orang cinta ini datangnya dari mata turun ke hati. Begitulah juga kalau hendak diibaratkan bila kali pertama melihat pau berwarna pink ini.
Rata-rata warganet ‘jatuh cinta’ dan tertarik melihat kuih yang dikongsikan oleh Acu Kuzent ini.
Apa yang pasti, terlihat comel, gebu dan cukup menyelerakan dan sekali gus terasa ingin juga dicuba untuk menyediakan resipi yang dikongsikan olehnya untuk dijadikan menu sarapan mahu pun minum petang untuk keluarga.
Jadi buat ibu-ibu yang turut teruja dan tidak sabar menyediakan menu comel seperti ini, jom kita masuk dapur sekarang!
Hari ni minum petang bawa ke malam…pau kacang merah versi pink colour…
Musim PKP asyik nak makan kan… So nak share la Resepi pau versi acu kuzent
Bahan-bahan:
250 g tepung gandum( nak guna tepung pau pun bole…)
1/2 camca gula pasir
1 camca susu pekat
1 camca yis
1/2 camca shortening pau
1/4 camca pelembut roti
Air ais agak agak uli ( lebih kurang 1 cawan ) hakak buh skit skit..
Cara penyediaan
1. Masuk semua bahan uli, air tu masukan skit skit.. uli sampai jadi doh…lepas uli letak minyak di tapak tangan supaya tak lekat untuk timbang doh…
2. Timbang 30g. Pastu letak la inti ikut kesukaan ….(inti kacang, kaya, ayam….)
3. Pastu rehatkan 5 minit…
4. Panaskan air kukus…hakak guna letrik sat ja…Kukus 3-5 minit sahaja.. penutup kukus balut la dngan kain…untuk elak air kukus jatuh atas pau..
5. Kukus jangan lama…kalau lama pau ampa redot sebelom usia ……
Jika tiada shortening?
*** Kalau x da shortening ble ganti butter/marjerin
Pelembut roti kut pkp payah cari x payah bubuh pun x pa…tp x selembut sutera la…cuma lembut shj ja…
Bila ditanya apa istimewanya makan nasi ulam kepada penggemarnya, tentu sahaja jawabnya terletak pada aroma nasi itu sendiri. Apa tidaknya, pelbagai ulam-ulaman digabungkan hingga terhasillah hidangan yang cukup menyelerakan. Malah tidak hairan juga, buat penggemar ulam-ulaman akan makan bertambah jika dihidangkan menu nan satu ini.
Buat yang belum pernah mencuba rasa, apa kata sediakan sendiri menu ini dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Azira Mamat ini. Selamat mencuba.
Ok ni je bahan-bahannya
6 ekor ikan sardin dipanggang tawar – Asingkan tulang macam dalam gambar
Bawang merah 2 ulas
Serai 3 batang
Cili padi ikut kepedasan
Budu 2-3 sudu @ secukup rasa
Garam (secukup rasa)
Ulam
1 ikat pucuk kemangi
1 ikat daun kesum
1 ikat pucuk serai kayu
1 ikat ulam raja
1 ikat daun jambu golok
1 ikat dauk kaduk
1 helai daun kunyit
3 batang kacang panjang atau kacang botor
1 ikat pegaga
1 bunga kantan
Hangpa boleh je bubuh ulam kampung yang lain kalau yang atas ni tak dak.
Cara Penyediaan :
1. Ulam daun balut gini dengan pucuk daun kunyit dan hiris halus.
2. Hiris halus bahan yang lain.
3. Gaul dengan isi ikan hingga sebati.
4.Tuang dalam nasi dan gaul. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
5. Next budu bubuh secukup rasa dan gaul bagi sebati.
Makan dengan ayam goreng pun dah selera benor. Boleh tambah ulam lain seperti petai jeruk atau celur.
Gabungan rasa susu dan mangga yang masam-masam manis memang sangat menyegarkan. Teksturnya yang lembut lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk memang sedap.
Untuk ibu-ibu yang tengah berdiet tapi nak cuba puding mangga susu yang simple ini resipinya. Bahan-bahan pun mudah hanya menggunakan 3-4 bahan utama saja. Hasilnya pula sangat menarik, ala puding mangga KFC tapi lagi sedap!
Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi puding mangga oleh Puan Yang Ku Rodzmah ini.
RESEPI PUDING MANGGA SUSU ALA KFC. KURANG MANIS LAGI SEDAP!
Hari tu ada orang share resepi dadih susu yang viral.
Saya pun dah cuba, tapi di atasnya saya letak topping buah mangga potong dan Sunquick mangga. Wow tak sangka, memang ‘terangkat’ habis!
Serius sedap makan sejuk-sejuk. Rasanya ala puding mangga yang dijual di KFC. Mungkin lagi sedap lagi sebab kita boleh olah ikut citarasa sendiri dan pakai pula bahan yang segar. Dah tentulah lagi uummpph hasilnya.
Ini saya sertakan bahan yang saya gunakan dan cara membuatnya langkah demi langkah.
Bahan-Bahan
1 liter air masak / air tapis
Agar-agar tali 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian saja)
Susu kotak full cream 1 liter
Gula
Garam
Buah mangga segar dipotong dadu
Sunquick mangga
Cara membuat
Masak agar-agar
Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.
Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.
2. Tuangkan susu full cream
Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter.
Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.
3. Isi dalam bekas
Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.
4. Letak topping
Untuk topping tu saya cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja.
Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.
Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.