Jika pada usianya begini apabila menyambut hari jadi, pastinya akan meminta pelbagai baju pilihan hati dan hadiah idaman. Lain pula pelakon cilik, Puteri Balqis yang tidak mengharapkan baju cantik dan hadiah sebagai hadiah hari jadinya yang ke 12, sebaliknya hanya meminta ibu beraada disisi.
Ads
Dalam entrinya di IG, pelakon ini berkata,
Ads
“on my birthday today, i dont ask for a cake or to be dressed like princesss… All i wanted to just to next my mother. ..looking ather eye…hungging each other.”
Ads
Mesra dipanggil Aqish, terdahulu kanak-kanak ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014, menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima yang disiarkan di sebuah stesten swasta.
Malah sebalik kecemerlangan dalam lakonan, pelakon cilik ini sedang melawam kanser hati. Difahamkam Aqish kini masih lagi menjalani rawatan bagi merawat penyakit kanser hati yang dialaminya.
Semoga adik Aqish diberikan kesembuhan.
Sumber : Instagram rockingbalqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengemas rumah adalah rutin harian yang biasa dilakukan oleh setiap ahli keluarga tidak kira suami atau isteri termasuk anak-anak. salah satu rutin yang paling tidak digemari adalah melipat pakaian. Jika ada mesin melipat sudah tentu, ramai yang membelinya!
Bayangkan jika mempunyai anak yang ramai, sudah tentu pakaian yang dibasuh selang sehari menimbun. Ketiadaan masa membuatkan pakaian yang dibasuh dibiarkan sehingga kadang kala dilihat membukit! Ia memang terjadi buat mereka yang sibuk dengan kerjaya.
Bagaimanapun ia tidak menjadi masalah rumit buat seorang wanita ini yang bergelar cikgu ini. Menurutnya dengan hanya mengunakan pelekat nama, pakaian anak mudah diuruskan. Malah tidak sampai 10 minit mengemas kain menimbun dapat diuruskan dengan baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bila pakaian menimbun.
So seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat2, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
Jom tengok nak kasi setel macam mana. Baca caption di gambar
*jemput share sekira nya tips ni membantu mak2 bz yang lain
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan dakwaan mengenai isu pembelian gelaran Datuk palsu termasuk suami kepada selebriti popular, Datin Fouziah Gous.
Meskipun lama menyepi daripada menjawab persoalan netizen, nyata Datin Fouziah Gous merasakan tiada keperluan untuk membuktikan bahawa suaminya iaitu Datuk Zhafran Md Yusof adalah dipihak yang betul.
Ini memandangkan menurutnya dia memiliki gelaran Datuk kerana memang mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima dari Istana Pahang pada 2016.
Memetik laporan akhbar, Fouziah ketika ditemui berkata, suaminya menerima jemputan dari Istana Pahang pada 2016, namun Zhafran menghadiri pertabalan pada hujung 2017.
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah.
“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem,” katanya.
Terdahulu, status gelaran Datuk milik suami beberapa selebriti tanah air didakwa palsu.
Selain suami Fouziah, gelaran Datuk Seri dan Datuk suami Datin Seri Heliza Helmi dan Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu.
Isu itu timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Individu terbabit juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.
Fouziah juga meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya itu menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.
Katanya, jika gelaran Datuk itu palsu, tidak mungkin ia boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?
“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih,” katanya.
Sumber : myMetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun cuti sekolah hanya seminggu pada bulan September ini, sudah ada yang mula merancang destinasi percutian buat anak-anak. Maklumlah tak mungkin kita mahu asyik memerap di rumah sahaja. Sekurang-kurangnya bila bercuti dapat juga dimanfaat masa yang ada dan sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sungguh, itulah harapan kita bila bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Namun sedar atau tidak jika silap gaya dan tekniknya percutian tersebut boleh pula mendatangkan stress pada anak-anak. Ini sebagaimana apa yang cuba dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Mungkin sebagai ibu ayah, kita juga ingin tahu apa sebabnya boleh berlaku keadaan sedemikian.
Jadi apa kata anda baca perkongsian penuh Dr Kamarul untuk dijadikan panduan bersama. Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk kita merancang percutian yang membahagiakan dan bukannya percutian yang stress bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai ibu ayah juga.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...