Siapa yang tidak mengenali susuk tampan pemuda bernama Hun Haqeeem, yang pernah membintangi drama popular, ‘Kampung People’ yang terkenal dengan wataknya sebagai Jekfer.
Baru-baru ini, Hun Haqeem mendapat perhatian peminatnya selepas dia disambut begitu meriah ketika berada di tempat umum. Gelagat pelakon kacak ini juga dirakam oleh ramai pihak sehingga tular pula di media sosial.
Namun, perbuatan Hun saat dirakam ternyata menimbulkan rasa terkejut buat segelintir pihak selepas dia dilihat sedang berjalan namun secara tiba-tiba menyapa seorang wanita yang berada bersama peminat Hun Haqeem. Keadaan yang begitu meriah dengan peminatnya itu bagaimanapun menyebabkan video Hun Haqeem bersama wanita terbabit menjadi bualan.
Dalam rakaman video yang tular ini, Hun Haqeem dilihat secara spontan memeluk seorang wanita dan salam tangannya. Kejadian itu sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila ramai yang tidak mengetahui identiti wanita terbabit.
“Ko gatal siap ko,” seloroh yang ditulis menerusi ruangan kapsyen yang dalam pada itu nampaknya melalui ruangan komen semakin ramai yang ‘hadir’ di ruangan komen untuk memberitahu bahawa wanita terbabit difahamkan adalah kakaknya sendiri.
Ads
‘Kakak Hun Haqeem la…’
‘First dia salam tangan, maksudnya keluarga dia lah…’
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan. Dalam hal ini, pasangan dilihat sebagai melengkapi antara satu sama lain.
Namun ada juga yang sebaliknya. Jika ia berlaku, tentu akan memberi kesan kepada perkahwinan itu. Biarpun hal remeh temeh, ia sebenarnya penting dalam sebuah perkahwinan.
Ikuti hal ini sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini.
Pernah dengar ayat "Lelaki tidak suka benda remeh-temeh" ??
Nur pernah. Tapi dah tak ingat dari mana dari siapa dan bila.
Pernah dengar ceramah Ustaz Elyas Ismail. Pernyataan ini betul tetapi ia perlu guideline.
Wanita perlu berdikari.
Tapi jangan sampai terlebih.
"B, sewa rumah belum bayar"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, beras habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, pampers anak habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
Ada isteri, sampai masa, terus bayar, terus buat. Diam saja.
Jangan hairan. Ada suami, mereka memang langsung tidak tahu dan takda idea apa yang mereka patut lakukan. Betul, ada. Lagi-lagi bila isteri pun bekerja.
Dulu, Aidil pon macamni. Dia macam tak terfikir apa yang patut dia buat.
Walaupon benda tu nampak kecil / remeh di mata Nur.
Jadi nak buat apa??
Bagitahu. Cakap.
Bukan nak peningkan kepala suami. Apabila kahwin, secara automatik akan ada banyak benda remeh-temeh akan kena fikir.
Kalau rasa nak hidup aman, tenang, fikir tentang diri sendiri… Perlu fikir banyak kali dulu sebelum kahwin.
ISTERI INGATKAN SUAMI
Isteri, tolong ingatkan.
Dan Alhamdulillah..
Sekarang, Aidil automatik dah program dalam kepala dia hal² yang kita rasa 'remeh' ni.
Sampai kadang Nur terlupa bagitahu beras / barang² lain dah habis pon dia yang beli dulu. Sebab dah terbiasa terperhati.
Dalam perkahwinan, tak ada yang remeh-temeh. Semua perkara adalah penting. Cuma ada yang perlu dibincang, ada yang boleh dan patut diselesaikan sendiri tanpa suami. Ada yang perlu dibiarkan saja.
Walau sudah berpuluh tahun lamanya tempoh berkahwin, mungkin masih ada lagi Encik Suami yang masih belum kenal perilaku dan ragam isterinya. Jadi tidak hairanlah bila orang lelaki selalu kata orang perempuan ini susah diramal, kadang-kadang mulutnya sahaja kata okay tetapi di dalam hatinya berbeza pula. Betulkah begitu?
Hakikatnya, kadang-kadang kita sendiri pun keliru dengan apa yang kita ucap tak sama dengan apa yang kita rasa. Itukah namanya ragam wanita?
Jadi adalah lebih baik En suami fahami serba sedikit ‘peel’ isteri dan melalui perkongsian daripada Marliya Ramli ini ada penyelesaian untuk memahami ragam isteri kesayangan anda. Jom semak!
RAGAM INILAH YANG DIRINDUI..
1 – Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!
2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!
3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So… Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.
4 – Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.
Sebab itulah…
5 – Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah… Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.
6 – Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.
7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?
8 – Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.
9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.
10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.
11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.
12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.
13 – Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.
Kehebatan pendakwah agama ini memang tidak dapat dinafikan. Namun semalam kita semua dikejutkan Dato’ Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam 8 Mei di kediaman beliau di Ampang. Berita duka itu dimuatnaik di status page Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia diasaskan arwah.
Menerusi facebook, seorang lelaki berkongsi jadual kehidupan seharian yang pernah catat oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus. Sebuah rutin kehidupan yang dicemburui. Moga kita muhasabah diri dan jadikan penyuntik semangat diri untuk menjadi lebih baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Disusun oleh: Allahyarham Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
– Mandi dan ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
BILA ALLAH TIDAK MAHU KAN KITA
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya. Àamiin
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.