Sekarang ni rata-rata dah mula menjual biskut raya. Yang pembelinya pun, tak sabar dah nak tunggu raya dah di makan biskutnya itu! Mana tahu kalau sedap, boleh beli lagi kan…
Lain pula jadinya buat gadis ini apabila biskut raya tart nenas yang berharga RM22 yang dibelinya, hanya tiga ketul sahaja ada jem nenas! Selainnya, hanya biskut tanpa nenas.
Perkara itu dikongsikan di aplikasi Tiktok miliknya dengan kapsyen “Nenasnya mana. Terkejut saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, gadis ini beranggapan bahawa mungkin makcik ini tersalah beri bekas yang intinya kosong kerana makcik itu mengambil bekas yang ada berdekatan dengannya. Padahal bekas lain inti nenasnya penuh sampai ke lapisan yang bawah.
Meneliti di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan nasib gadis ini yang dapat tart nenas tanpa nenas di atasnya. Malah disebaliknya, rupanya ramai yang suka makan biskut tart nenas tanpa inti.
Ads
Malah, ada yang beri pendapat mungkin tersalah bagi bekas kerana sekarang sudah menjadi trend orang jual tanpa inti diatasnya.
Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam. Jom ibu-ibu cuba resipi ini petang nanti.
Bahan:
4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Hati siapa yang tak gembira dan rasa seronok bila kita menyediakan masakan, anak-anak dan suami dilihat makan dengan penuh berselera. Apatah lagi bila dapat pujian daripada insan tersayang berkenaan enaknya rasa hidangan yang disediakan, tentu terasa berbunga-bunga hati jadinya.
Berkongsi rasa bahagia tersebut, Bunga Rose turut berkongsi resipi Soto Jawa yang menjadi kegemaran mereka seisi keluarga dan menurutnya untuk menyediakan Soto Jawa ini cukup mudah.
Jadi buat anda yang juga penggemar soto, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini, cukup lengkap dikongsikan olehnya. Selamat mencuba.
Ini perkongsiannya:
Raya ke 4.. Semalam my eldest son cakap nak makan soto. Kebetulan bahan semua dah ada. So malam tadi mama pun rebus lah ketupat adabi 1pkt 30bj tu. Pagi tadi masing-masing breakfast roti bakar jer sementara mama siapkan soto. 12noon dah siap masak alhamdulillah.. lega hati bila tenguk anak-anak makan bertambah-tambah.
SOTO JAWA SIMPLE TAPI SEDAP
(Resepi Zie Ahmad)
1 ekor ayam dibersihkan. Potong 4.
Bahan kisar/tumbuk:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sikit lada putih
1inci lengkuas.. diketuk
2btg serai.. diketuk
1pkt sup bunjut adabi
1/2 pkt rempah sup adabi
Sebiji kecil tomato racik
Minyak, garam, gula, kiub pati ayam.
Cara masak:
1. Rebus ayam dalam periuk isi air tenggelam ayam.
2.Masukkan sup bunjut, serai dan lengkuas. Didihkan hingga ayam masak.
3. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga wangi. Masukkan serbuk rempah sup adabi. Goreng sekejap. Tambah air 1/2 cwn. Tumis lagi. Ulang tambah air 3 kali supaya rempah cukup masak. Masukkan tomato racik. Tumis lagi. 4. Tutup api.
5. Tuangkan rempah tumis tadi ke dalam periuk sup ayam.
6. Tambahkan air ikut banyak mana kuah sup yang kita nak. Didihkan semula. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
7. Bila ayam dah empuk, keluarkan dan toskan airnya. Goreng sekejap ayam tadi. Angkat dan sejukkan. Siat-siatkan isi ayam tu isi dalam bekas. Buang tulangnya.
8. Sup tadi tapiskan ambil air nya saja. Didihkan semula sebelum dihidang.
BEGEDIL KENTANG
-1 kg kentang – di kupas kulit, hiris bulat-bulat nipis dan digoreng. Kemudian panas-panas ditumbuk halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Sejukkan.
-Goreng sikit bilis dan udang kering.. ditumbuk halus.
-Serbuk lada putih sikit
-Bawang goreng buat sendiri sedap wangi
-hirisan daun sup
-Garam dan sikit maggi cukup rasa
-1 biji telur dipukul – untuk goreng begedil
Cara:
1.Gaul semua bahan-bahan dan kepal-kepal bulat dan leperkan sikit.
2. Panaskan minyak, celupkan begedil ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Goreng dalam 5 biji sekali goreng supaya tak pecah.
3.Angkat dan toskan.
SAMBAL KICAP
2bj cili merah
15 bj cili api merah+hijau
2 bj bawang putih hiris
3 bj bwg merah kecil hiris
Kicap manis+ masin
Cara:
1. Goreng dulu bawang sampai garing masukkan semua cili. Bila layu tapiskan.
2. Tuangkan dlm blender. Masukkan kicap. Kisar sampai halus.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Sesuaikan rasanya.
KETUPAT SEGERA
1. Rebus ketupat adabi hingga masak(eh semua guna produk adabi ni bole dpt hamper free kot hehee).
2.Toskan dan sejukkan. Potong2 kiub.
Taugeh – buang ekor dan cuci.
Daun sup – dihiris
Bawang goreng – buat sendiri yer
Sambal kicap
Isi ayam
Begedil.
Suhun goreng.
Kacang tanah goreng.
Cara makan semua dah tau kan
SELAMAT MENCUBA
Adabi Consumer
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Penangan Upin dan Ipin buat anak-anak kita hanya mahukan ayam goreng sebagai menu wajib mereka setiap hari. Makan nasi dengan ayam goreng sahaja pun dah cukup buat mereka. Punyalah sedap menu yang satu ini.
Ayam goreng kalau digoreng bersama kunyit dan garam sahaja pun sudah cukup sedap, inikan pula ditambah dengan bahan-bahan lain.
Kalau nak anak-anak makan bertambah dan setiap pada makanan yang satu ni, anda mungkin boleh gandingkannya dengan beberapa bahan ini. Confirm sedap!
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
2. Campur Nestum
Boleh juga digaulkan bersama kepingan nestum asli ketika menggoreng ayam. Rasanya lebih manis dan lemak. Bukan itu sahaja, malah dapat tambahkan kerangupan kepingan-kepingan ayamnya. Mantap!
3. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
4. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba….
5. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.