Ads

Pemilik Secangkir Cafe Meninggal Dunia, Tragedi Pilu Tiga Beranak Undang Sebak

Pemilik Secangkir Cafe bersama anak mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, mengundang rasa pilu dalam kalangan warganet.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 110.4 LPT1 itu turut melibatkan kenderaan dinaiki pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Sofiya dan Naza serta anak mereka.

Khabar duka itu mula mendapat perhatian selepas rakan-rakan dan komuniti perniagaan kafe berkongsi ucapan takziah di media sosial.

Pemilik Secangkir Cafe Meninggal Dunia, Tragedi Pilu Tiga Beranak Undang Sebak
Empat termasuk tiga sekeluarga terbunuh serta tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh

Menerusi hantaran Threads @rahasiakopitiam, mereka memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa merupakan sahabat mereka selain pemilik Secangkir Cafe.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dengan hati yang amat berat, kami menerima berita pemergian sahabat kami, pemilik @secangkircafe, Sofiya dan Naza serta anak mereka yang terlibat dalam satu kemalangan di LPT malam tadi.

“Satu kehilangan yang begitu besar dan sukar untuk kami terima. Perginya satu keluarga meninggalkan seribu kenangan buat semua yang mengenali mereka,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, orang ramai turut diajak untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Ads

“Takziah buat seluruh ahli keluarga dan mereka yang mengenali arwah. Semoga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah.”

Pemilik Secangkir Cafe Meninggal Dunia, Tragedi Pilu Tiga Beranak Undang Sebak

Pemilik Secangkir Cafe Pergi, Komuniti Kafe Turut Berduka

Berita pemergian pemilik Secangkir Cafe itu turut dikongsikan oleh TikTok @seketulcafe yang menzahirkan rasa dukacita atas tragedi berkenaan.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami dari Seketul Cafe ingin menyampaikan salam takziah buat pemilik Secangkir Cafe dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan-insan tersayang dalam tragedi kemalangan di LPT.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas semua arwah, mengampuni segala dosa mereka dan menempatkan mereka di tempat yang terbaik di sisi-Nya.

“Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah buat semua arwah,” kongsinya.

Pemergian tiga beranak itu ternyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat, malah komuniti yang mengenali pasangan berkenaan menerusi perniagaan kafe mereka.

Rata-rata warganet turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa buat arwah sekeluarga.

Ads

Tragedi Di LPT1 Undang Rasa Pilu

Tiada siapa menyangka satu perjalanan boleh berakhir dengan berita yang begitu memilukan. Perginya tiga insan tersayang dalam sebuah keluarga pada waktu yang sama pastinya meninggalkan kekosongan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kehilangan pemilik Secangkir Cafe bersama anak mereka itu turut dirasai komuniti yang mengenali pasangan berkenaan, sebagaimana dapat dilihat menerusi ucapan takziah yang dikongsikan di media sosial.

Bagi sahabat dan kenalan, berita tersebut bukan sekadar mengenai sebuah tragedi jalan raya. Ia adalah kehilangan insan yang pernah hadir dalam kehidupan mereka dan meninggalkan kenangan tersendiri.

Ads

Doa Buat Pemilik Secangkir Cafe Dan Anak

Majalah Keluarga merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Semoga keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

Sumber :

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Sultan Selangor & Tengku Permaisuri Norashikin Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10

Ulang tahun perkahwinan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor diraikan sempena genap sedekad pasangan diraja itu bersama pada 31 Ogos 2026.