Membaca kisah pengalaman  ibu mahupun bapa yang memiliki anak autisme sedikit sebanyak memberi ‘keinsafan’ buat diri kita. Bagaimana tabah dan kuatnya  mendepani cabaran dalam menguruskan dan mendidik cahaya mata mereka.“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Mereka adalah satu anugerah buat  suami isteri, bukan calang-calang orang yang dipilih oleh Sang Pencipta dalam menelusuri ujian tersebut. Pastinya hanya mereka yang benar-benar terpilih dan sesuai dengan kemampuan mereka.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Puan Syahirah Omar antara wanita bertuah tersebut dan dia sering berkongsi kisah cahaya mata kesayangannya ini sejak dahulu lagi menerusi laman facebooknya.

Bahkan, ibu kepada 3 cahaya mata ini mengakui sedari awal sudah membiasakan diri anak-anak untuk berdikari. Termasuklah anak perempuannya yang disahkan autisme. Terbaru, ibu ini berkongsi pengalaman dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar buat anak perempuannya itu terutama dalam hal menutup aurat, penjagaan semasa datang bulan dan sebagainya.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Saya nak kongsi dengan semua pengalaman saya membesarkan anak autisme perempuan. Anak saya sudah remaja sekarang dan masih jauh perjalanan hidup dia.

Saya ingat lagi,

Waktu dia kecil ramai yang cakap saya degil, kepala batu. Tapi saya fikir panjang untuk anak saya. Jadi saya persiapkan diri dia. Selain usahakan bantu dia dari segi speech dan terapi cara kerja, ini antara yang saya usahakan untuk dia. Kecil saja usaha saya. Bukan kerana usaha saya pun dia lebih baik sekarang. Semua Allah yang izinkan.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Rutin urus diri sendiri

1. Rutinkan dia untuk urus diri. Bangun pagi, sebelum ke tandas, ajar dia kemas katil dan siapkan baju untuk dipakai sebelum keluar mandi. Dari dia kecil walaupun tak faham, tapi saya memang ajar dia setiap hari. Gunakan social story, explain secara bergambar dan verbal. Tunjuk cara yang betul.
Jadi bila dah dirutinkan, dia bangun sendiri awal pagi, uruskan diri sendiri, kemas bilik sendiri, baju kotor pun masukkan dalam mesin basuh sendiri.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Ajar tutup aurat sejak kecil
2. Ajar dia menutup aurat sejak kecil. Memang struggle sangat dia nak pakai baju waktu kecil dan dia akan menangis teruk bila pakaikan tudung. Tapi bila saya buat brushing dan saya rutinkan dia pakai menutup aurat Alhamdulillah bila dah besar sangat mudah untuk dia jaga aurat dia. Dengan cousin pun dia pakai tudung.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Salam dengan orang yang perlu sahaja
3. Ajar dia salam orang yang perlu saja. Saya dari kecil dah ajar dia untuk tidak bersalam selain daddy, adik lelaki dia, atuk dia. Lain dari tu saya terus ajar tak perlu salam. Hanya lelaki dalam keluarga dia ni saja dibenarkan.
Bila dirutinkan begitu mudah bila dia dah besar.

IKLAN

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Ajar solat

4. Saya ajar dia solat walaupun waktu tu dia masih nonverbal. Banyak method saya cuba. Akhirnya saya ajar dia solat guna cermin besar. Slowly saya ubah cermin tu bila dia dah tahu solat. (Membantu untuk dia lihat sendiri pergerakkan diri setiap rakaat ). Tak sempurna tak apa. Perlahan-lahan dia belajar.
Bila besar dia memang orang pertama yang akan ambil wudhu dan kelam kabut nak solat berbanding saya yang normal ni.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Period Kit persediaan sebelum haid
5. Untuk persediaan sebelum datang haid, saya social story sejak dia berumur 8 tahun. Saya siapkan period kit, dan ajar dia apa yang perlu dia buat kali pertama nampak red spot. Social story bergambar ( saya lukis) sangat membantu, dan saya prompt dia cara cuci pad, semuanya saya buat sejak dia 8 tahun. Dia dah period tahun lepas, Alhamdulillah. Tenang sangat dia handle sendiri.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Setiap dari kita ujian berbeza

Apa saja yang baik untuk anak, terus rutinkan. Berdoa minta Allah permudahkan urusan dan jangan pernah putus asa.Setiap dari kita ujian berbeza. Tekanan, support system, financial, semua berbeza.

Penat tapi ingat Allah sentiasa ada
Penat memang penat. Nangis memang puas menangis. Tapi ingat Allah sentiasa ada. InsyaAllah bila mereka besar, semuanya lebih mudah.
 Saya ada ramai kawan anak autistik mereka semuanya dah besar panjang. Saya tahu bila anak dah besar ni, ujian kami berbeza. Tetapi boleh dikawal dan sudah dalam fasa bertenang. Ada situasi boleh dikawal, ada situasi kami redha.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Terima keunikan anak

Saya bangga betul lihat pencapaian anak mereka. Sebab saya sendiri lihat mereka sangat berusaha gigih waktu anak masih kecil.

IKLAN

Sementara saya masih ada, saya cuba bantu anak supaya boleh urus diri sendiri dan cuba sesuaikan diri dalam dunia realiti. Saya terima keunikkan dia, mana yang dia boleh tolerate dia buat. Yang tak boleh dia beritahu dia tak mampu. Anak saya sampai sekarang struggle juga dengan bau, bunyi kuat walaupun dah besar ni. Tapi dia dah pandai kawal dan tenangkan diri sendiri.

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!Terima kasih untuk semua yang sentiasa membantu saya sepanjang perjalanan saya membesarkan Lana. Allah datangkan ramai orang baik-baik dalam hidup saya, Alhamdulillah.

Saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak membantu mak ayah pendidik anak autisme. Mana yang sesuai boleh cuba untuk anak InsyaAllah.
Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian ❤️
Salam Sayang,
Mama Lana.

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

IKLAN

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip  Ajar Anak  Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI