Pastinya ramai yang mempunyai impian untuk bebas hutang dan bersara awal pada usia sebelum 40 tahun.
Untuk berbuat demikian perlu ada keyakinan dan perancangan awal dalam kewangan keluarga.
Bagi puan Marlia Ramli nekad untuk berbuat demikian datang dalam dirinya walaupun berada di zon selesa. Wanita hebat ini mempunyai perancangan kewangan rapi sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 39 tahun. Malah lebih membanggakan dia bebas hutang ‘jahat’ pada usia awal 30 an.
Nak tahu apa perancangan yang dilakukannya. Jom kita ikuti caranya. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian.
PENCEN MAKAN GAJI
“Dulu akak plan nak pencen kerjaya makan gaji usia 45 tahun. Seawal 22 tahun gaji pertama, akak tulis matlamat ini .”
1) MARLIA MESTI BEBAS SEMUA HUTANG JAHAT SEBELUM 35 TAHUN 2) MARLIA MESTI PENCEN KAYA & BERGAYA SEBELUM USIA 45 TAHUN. Alhamdulillah… 1. Akak bebas hutang jahat awal 30-an. Dua je hutang jahat akak iaitu PTPTN dan kereta Vios. 2.Akak pencen makan gaji tinggalkan kerjaya HR Manager dengan bergaya usia 39 tahun.
Ads
Matlamat akak tercapai 5 hingga 6 tahun berbanding target asal. Sekarang? Lepak rumah, mendidik masyarakat ilmu kewangan dan spend masa bersama keluarga.
Masa tulis impian tu, akak berusia 22 tahun dan miskin bandar. Gaji ciput. Selalu ikat perut. #apeni? Tapi akak dah ada matlamat. Dalam hidup, biar miskin poket tapi minda wajib kaya. Biar miskin duit, jangan miskin cita-cita.
Pada usia mentah, akak pun tak tau macam mana nak capai matlamat. Tapi akak buat keputusan untuk hadap dan buat.
Akak percaya, selagi bergelar miskin bandar, mustahil akak dapat capai dua impian di atas. Maka, fokus akak : 1) tingkatkan pendapatan. 2) hapuskan hutang tak jana wang. 3) menabung cash dan emas pelaburan minima 50% pendapatan setiap bulan. Bila dah ada matlamat tersebut seawal usia, akak dah start bina checklist kewangan. Akak penah tulis checklist ini sebelum ni. Anda boleh amik dan tiru.
Ads
Matlamat penting! Somehow, minda dan tubuh kita akan bergerak ke arah matlamat jika setiap hari kita pandang, belek-belek matlamat tersebut. Sekarang, akak selesa dengan hidup dan status kewangan akak. Malah akak pencen makan gaji dengan bergaya sebelum 40 tahun.
APA YANG BEST BILA PENCEN AWAL
Ads
Apa yang best bila dah PENCEN MAKAN GAJI? Banyak la best nya. Yang paling penting, akak tidak terikat dengan bos dan masa akak sangat flexible.
Masa akak? Sukati akak nak buat apa. Tanpa perlu minta izin majikan. Hujung Mei hingga hari ni dah 3 minggu akak kat Dubai pastu bersambung balik kampung. Siap sunat anak kat kampung. Spend masa dengan suami, anak-anak dan ibu akak. Matlamat… Ya. Matlamat! . Ramai yang anggap tak penting tulis matlamat. Mereka pandang enteng kepentingan membina matlamat. Hakikatnya sangat penting menulis matlamat. Sangat penting! Salam Sayang
Umumnya dibulan puasa ini kita akan memyediakan pelbagai menu untuk keluarga berbuka. Kadang-kadang hingga berlebih-lebih dan ini menyebabkan pembaziran.
Lantaran itu, kita perlu kreatif untuk menggunakan lebihan makanan tersebut agar tidak dibiarkan menjadi basi dan terbuang begitu sahaja.
Contohnya jika ada lebihan nasi. Selain boleh dijadikan menu masi goreng untuk bersahur, ada beberapa menu lain yang juga boleh dihasilkan daripada lebihan nasi tersebut. Ayuh kita ketahuinya!
Setiap anak memang mempunyai tahap pencapaian atau tahap perkembangan yang berbeza antara satu sama lain. Bukan hanya orang biasa, anak selebriti juga ada yang menghadapi masalah yang sama. Baru-baru ini, Wawa Zainal menerusi laman instagramnya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan anak sulungnya yang masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun.
Siapa tak risau kan kalau mempunyai anak ada masalah bercakap. Untuk mengetahui ciri-ciri anak tergolong normal atau anak yang lambat dalam bercakap boleh dikesan dengan melihat tanda aras kemampuan berbicara anak sesuai usianya secara beransur-ansur di bawah ini.
Usia 3 bulan
Pada usia sembilan puluh hari, bayi mula mengeluarkan suara-suara dari mulutnya. Tidak ada makna dari apa yang diucapkan olehnya. Ucapan-ucapan yang dikeluarkan ini boleh dikenal dengan sebutan “bahasa bayi”. Bayi di usia 3 bulan juga sudah mula mengenali dan mendengar suara Anda sebagai orang tua serta memperhatikan wajah Anda saat saat berbicara kepadanya.
Usia 6 bulan
Bayi pada usia ke-6 bulan sudah boleh mengeluarkan kata-kata yang terdengar lebih jelas, tetapi tidak mempunyai erti. Beberapa ucapan yang keluar semisal “ba-ba”, “pa-pa”, “ma-ma”, atau “da-da” akan sering kita dengar. Pada akhir usia enam bulan, anak sudah mampu bersuara untuk menunjukkan perasaannya ketika itu senang atau sedih, mata memandang ke arah yang menimbulkan suara, dan dia sudah boleh menoleh ke arah Anda.
Usia 9 bulan
Apabila usia mencapai sembilan bulan, bayi akan kenal dengan maksud kata “tidak” atau “ya”. Dia juga akan lebih banyak menggunakan nada suara.
Usia 12 bulan
Umumnya, anak sudah boleh bercakap “mama” atau “papa” dengan jelas dan mengikuti kata-kata yang Anda ucapkan. Apabila usia anak sudah satu tahun, dia sudah boleh mengenali ucapan berupa perintah seperti, “Jom, sini” atau “Lempar bola tersebut”. Anak juga boleh mengenali beberapa benda seperti boneka, buku, kasut, atau botol susu.
Usia 18 bulan
Kemampuan anak dalam mengulang kata-kata yang Anda ucapkan kepadanya sudah sangat baik. Dia juga akan bercakap sambil menunjuk ke sebuah benda atau bahagian tubuh yang Anda ucapkan. Di usia lapan belas bulan, anak sudah boleh mengucapkan kira-kira 10 kata dasar. Tapi ada beberapa kata yang tidak mampu diucapkan secara sempurna.
Usia 24 bulan
Dia sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah kata yang telah mampu diucapkan. Anda sudah boleh memulakan tahap rangsangan perkembangan otak supaya kemampuan anak dalam bercakap semakin bertambah.
Usia 3 – 5 tahun
Pada usia lebih dari 36 bulan, perbendaharaan kata yang dihafal oleh anak akan bertambah banyak dengan cepat. Sebahagian anak-anak dapat mengingat kata baru dengan cepat. Mereka juga sudah boleh memahami arahan dari Anda meski banyak banyak kata, seperti, “Kemari, minum susu dulu”.
Berlanjutan sehingga usia empat hingga lima tahun, dia akan mengeluarkan perkataan lebih panjang dan boleh menggambarkan sebuah kejadian. Semakin lama dia menjadi boleh bercakp-cakap dengan orang lain dengan pemahaman yang cukup baik.
Perkembangan kemampuan bercakap setiap anak memang berbeza. Maka peranan orang tua sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan ini. Petua agar anak cepat bercakap berikut boleh Anda amalkan untuk merangsang keupayaan berkomunikasi anak.
Dengar setiap kali akan mengeluarkan perkataan-perkataan. Meski tidak jelas sebutannya, Anda boleh mengulangi perkataan yang diucapkan anak. Tanyakan juga pada dia apa makna perkataan tersebut dengan wajah ceria dan penuh senyum. Tips supaya anak mudah bercakap ini perlu dilaksanakan dengan kesabaran.
Bercakap Sambil Bergerak
Ajak anak Anda belajar bercakap dengan cara menyeronokkan dan tidak membosankan. Anda boleh bercerita kepada anak dengan aktif bergerak dan wajah yang ekspresif. Kegiatan ini semakin lama akan meningkatkan pemahaman otak anak tentang ucapan dan ungkapan yang saling berkaitan.
Mengenalkan Objek Dengan Naratif
Agar otak anak dapat berkembang dengan cepat, juga termasuk keupayaan berkomunikasinya. Maka petua agar anak cepat bercakap yang boleh Anda lakukan adalah dengan mengenalkan suatu objek dengan naratif. Ini tidak sukar dilakukan.
Seperti contoh, Anda ucapkan: “(sebut nama anak) suka bermain bola sama mama”. Pastikan ketika mengucapkan kata “bola”, tangan Anda dengan jelas menunjuk atau memegang bola sambil menunjukkannya di depan anak. Ini akan membuat anak semakin kenal dengan banyak benda hingga keinginannya mengenal benda lain pun bertambah.
Kembali ke Masa Kecil
Anda harus boleh dicorakkan seperti anak-anak kecil pada umumnya. Ajak anak bermain, berpura-pura, atau membayangkan sesuatu (benda atau kejadian) untuk mengembangkan kemampuan bicaranya. Misalnya Anda boleh berpura-pura melakukan panggilan dengan telefon mainan.
Puji Perkembangan dan Jangan Remehkan Kebolehan Anak
Jangan lupa untuk selalu berikan pujian dan senyuman pada anak. Setiap kali dia berjaya mengeluarkan perbendaharaan kata baru atau mengikuti perkataan yang Anda ucapkan dengan baik, peluk dan kucup dia dengan hangat. Jangan pernah memandang rendah kebolehan anak.
Kurangkan Penggunaan Teknologi
Petua agar anak cepat bercakap ini lebih tepat untuk Anda sebagai orang tua. Teknologi harus dihadkan penggunaannya agar Anda lebih banyak masa untuk menyokong keupayaan bercakap anak. Jangan sampai Anda asyik duk senyum sorang-sorang di depan gadget, sedangkan anak Anda bermain sendiri.
Gunakan Bahasa yang Baik
Beri contoh yang baik, dari segi bercakap dan bertindak. Bahasa yang betul dan tab akan membuat anak tidak merasa takut untuk bercakap dengan kita. Jangan menjerit pada anak atau mengherdik atau menengking sekiranya mereka membuat kesalahan. Perbuatan ini hanya akan menimbulkan asdrasa takut pada anak untuk bercakap lagi dengan kita.
Di setiap usaha, harus disusuli dengan doa. Sebagai ibu bapa, Anda boleh cuba amalkan bacaan surah Toha, ayat 25 – 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. Anda perlu rajin dan bersabar, semua akan dimudahkan oleh Allah pada waktunya.
Semoga petua agar anak cepat bercakap di atas boleh membawa fadilat dan kebaikan untuk Anda. Walaupun sekiranya ibu bapa sudah mengamalkan semua petua tersebut tetapi anak tetap lambat dalam bertutur, maka segera lakukan pemeriksaan ke doktor secepat mungkin. Boleh jadi ada kejanggalan pada anak.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seakan menjadi kebiasaan pula, hari-hari perlu membebel dengan anak-anak setiap kali ada sahaja perkara yang tidak kena pada pandangan mata kita. Kadang-kadang ‘berbuih’ mulut dibuatnya kita bagi nasihat, tapi bagai mencurah air di daun keladi sahaja nampaknya.
Pun begitu sebagai ibu ayah, kita tidak boleh putus asa untuk mendidik anak-anak. Dan tahukah anda, sebenarnya selain perlu membebel ada cara yang lebih berkesan dan bagus untuk dipraktikkan dalam memastikan anak-anak mendengar kata. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini.
Menurutnya ada cara yang perlu dibuat oleh ibu ayah agar anak-anak boleh tiru dan jadikan ‘references & guidelines’ tanpa perlu kita membebel dan berkata-kata setiap hari.
– kita ambil Al Quran dan baca
– kita bercakap lemah lembut dengan pasangan
– kita solat berjemaah bersama keluarga
– kita mengemas rumah penuh sabar
– kita menahan emosi saat sedang geram
Ini semua sangat berpengaruh pada perkembangan anak
Anak kita
– lihat sikap kita
– perhati perbuatan kita
– analisis kerja buat kita
– dan akhirnya mereka akan contohi
Kerana kita didik anak kita melalui Modelling.
– Kita tak berkata kata
– kita tak nasihat
– kita tak bebel
– kita tak suruh
Tapi kita tunjuk anak kita contoh terbaik untuk anak kita tiru dan jadikan ‘references & guidelines’
Mendidik anak itu tidak mudah.
Mendidik anak itu memang payah.
Membesarkan mereka memang susah.
Tetapi kehadiran merekalah membuatkan hidup kita lebih indah
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.