Sebut aje minuman Milo, pasti terbayang minuman milo ais kaw. Biasanya jika bancuh sendiri rasanya kurang berbanding bila order di kedai.
Tentu ada yang teringin nak minum ais rasa seperti dikedai. Tetapi tak tahu bancuhan dan step yang betul. Rupanya ini rahsia untuk dapatkan rasa air Milo kaw!
Sebagaimana yang dikongsi oleh peniaga air ini menerusi TikToknya, dengan nama yonazmi.
Video yang berdurasi hanya 59 saat ini mendapat tontonan sehingga 1.3 juta dengan tanda suka lebih 112K.
Musim durian eloklah buat stok tempoyak. Senang nanti nak masak patin tempoyak , sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan berasaskan tempoyak.
Namun nak buat tempoyak ada caranya untuk mengelak jadi berkulat. Malah jika kena caranya boleh tahan sehingga bertahun.
Sebagaimana yang dikongsi oleh puan Momo Chan yang menujukan cara langkah demi langkah untuk membuat tempoyak mengunakan resipi ibunya.
Ikuti perkongsian beliau.
Kena cara betul jika nak tempoyak tahan lama
Saya nak share cara buat tempoyak supaya tak berkulat dan tahan lama…. resepi ni tak mewakili mana2 negeri… tapi resepi ni dari mak sendiri… kami dulu tak ada peti ais .. jadi cara2 kat bawah nii adalah cara yg memang bepuluh tahun mak buat.. sebenarnya tempoyak nii masam….tapi ada org dia lebih suka dengan rasa durian bukan masam kan… kalau yg suka dengan rasa durian wangi lemak tak nak masam.. 1@asingkan isi dan biji masukan dalam bekas terus masukan dalam peti sejuk yee.. unt makan harian masukan dalam bekas asing .. unt simpanan masukan bekas lain letak tempat beku… yang ni cara buat tempoyak.. ni betul2 tempoyak ye yang rasa masam dan boleh tahan bertahun…. cara2 dekat gambar…. boleh disimpan dalam peti ais dan luar peti ais.. jika nak sentiasa segar letak ja bahagian bawah peti ais.. bau pun wangi ja…
Cara penyediaan ikut langkah demi langkah ini.
Durian ni boleh pakai yang murah2 .. maksudnya buah yg pecah2 dan isinya nampak tak cantik.. kalau nak pakai buah musang king pun tak da masalah..
Maksud tak elok tuu bukan kata berulat atau bekulat atau dah busuk tapi yang rasanya dah tak.sedap dimakan begitu saja…
Masukan dalam tapis.
Tip elak berkulat
Ni saya toskan 2 malam diluar peti ais ya. Air ni yang selalu jadi punca berkulat.
Masukan garam secukup rasa..Ada org cakap ehh tak perlu masuk garam nanti tak sedap. Dulu tak ada peti ais, jadi masukan garam ni unt awetkan isi durian sentiasa cantik tak da kulat atau rosak. Jadi saya tetap masukan garam walau letak dalam peti ais.
Masukan dalam balang bagi penuh pun tak pa sebab dia tak kan mengembang dah sebab masa kita tos gas dia dah keluar dan isinya pun dah kembang elok.. sebelum tutup tabur sikit gula diatas pemukaan. Nak segar letak bahagian bawah peti ais. Andaikata peti ais penuh boleh ja letak kat luar.
Wajah aktor popular Faizal Hussein tidak banyak berubah dengan zaman mudanya dahulu.
Tidak hairanlah ramai yang kagum melihat penampilannya yang awet muda walaupun sudah memasuki separuh abad.
Selain rajin berkongsi berkenaan kerjayanya di media sosial, Faizal juga turut memuatnaik gambar isteri dan anak-anaknya.
Terbaru dia bersama isteri, Suhaila menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung mereka iaitu Fazryn.
Genap usia17 tahun, anak gadis pasangan ini nampak semakin cantik. Wajahnya saling tidak tumpah dengan ayahnya, Faizal. Malah Fazryn juga mempunyai senyuman yang manis dan menawan seperti ibunya.Menerusi perkongsian tersebut, Faizal turut memuatnaik ucapan buat anak gadisnya itu.Ringkas sahaja ucapan si ayah buat puterinya.
Lama duduk di rumah, sampaikan rambut anak-anak panjang tak dipotong. Kalau nak cuba gunting rambut anak sendiri bimbang salah pula kan. Jadi, takut nak pegang gunting atau mesin pencukur. Cuba kaedah ini.Perkongsian dari Tiktok Sharifah Erna, memudahkan kerja menggunting rambut anak. Hanya perlu gunakan face mask je.
Di dalam video tersebut, dilihat anak perempuannya, Medina nampak tenang tatkala si ayah menggunting rambutnya.
Mata Medina ditutup dengan face mask . Menurutnya, ini merupakan kali kedua mereka menggunakan kaedah tersebut untuk menggunting rambut.
Bila dah siap potong rambut, Medina dilihat wajah face mask dan tak nampak tenang sahaja. Siap tersenyum suka.Bukan Tu je, hasil potongan rambut pun sangat kemas.
Didik anak solat sejak kecil menjadi keutamaan Adam Corrie dalam membentuk disiplin dan tanggungjawab agama anaknya. Ketegasan yang disertai kasih sayang menjadi inspirasi buat ibu bapa.