Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, hasrat ziarah keluarga Nurly Sahirah tak kesampaian. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.
Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Hasrat Ziarah Keluarga Nurly Sahirah Tak Kesampaian
Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.
“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.
Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.
“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.
Ads
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).
Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.
Ads
Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.
Ads
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.
Ketiadaan insan tersayang di sisi tatkala menyambut Syawal, pastinya sukar diungkapkan dengan kata-kata, itu yang dirasai penyanyi Ayu Damit.
Bapanya, Allahyarham Damit, 72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.
Ditanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.
“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya abah yang akan kecoh-kecoh.
“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, arwah abah akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.
“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19,” luah Ayu Damit dengan nada sebak.
Menurut Ayu, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Banyak yang arwah siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun arwah abah sudah sakit.
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.
Ramai yang beli rumah untuk memberi keselesaan buat ahli keluarga. Bayaran ansuran rumah dalam tempoh yang lama memberi beban dan sekali gus menjejaskan perbelanjaan harian.
Bahkan kenaikan terbaharu OPR telah mengekang rakyat. Bah kan ada yang mengambil keputusan untuk tidak membeli rumah.
Namun setiap masalah ada cara penyelesiannya. Perunding kewangan, Harith Faisal berkongsi tip cara cepat untuk setelkan hutang rumah. Moga jadi panduan buat kita semua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Biasanya untuk rumah yang kita tengah duduk sendiri sekarang ni, kalau boleh kita nak cepat-cepat selesaikan baki hutang dengan bank.
Makin cepat selesai, makin cepat tenang fikiran, makin kurang untung yang bank dapat. Kau kan selalu dengki bank untung banyak, kan.
Untuk situasi dalam gambar kedua kat bawah ni, kalau kau dapat bayar double daripada ansuran bulanan sebenar kau akan jimat beberapa benda tau.
1. Kau jimat 278 bulan. Asalnya 35 tahun atau 420 bulan, tapi kau dapat setelkan hutang tu semua dalam masa 142 bulan saja, lebih kurang 12 tahun.
2. Kau jimat RM241,165. Amaun itu bank akan dapat daripada kau kalau kau maintain bayar ansuran bulanan macam biasa selama 420 bulan.
Banyak gila jimat kan? Mungkin masa kau beli rumah tu, memang kau mampu bayar RM1,771 saja sebulan. Sebab tu kau beli rumah harga gitu.
Then, katakan ada rezeki kau naik pangkat, kau dapat tukar kerja dengan gaji yang lebih baik, bolehlah cuba buat macam ni. Bayar double!
Nak saya tunjukkan macam mana nak selesai hutang rumah RM400,000 tu dalam masa 7 hingga 8 tahun? Bayar triple pula. Rujuk gambar ke-3.
Tapi kan, tak semua bank terus tolak principal untuk yang kau bayar lebih-lebih tu. Jadi, kau kena pergi ke bank untuk instruct bank accordingly.
Jenuh jugak kalau setiap bulan kau nak kena mengadap bank. Mungkin juga boleh guna cara lain iaitu buat satu lumpsum payment setahun sekali.
Boleh jugak macam tu. Ikut keselesaan, kesesuaian dan kerajinan masing-masing. Setiap bulan simpan dulu sementara duit lebihan kau dalam Tabung Haji.
Kalau kita faham tentang kiraan ni semua, payment pun cantik, tak ada istilah bank menindas atau bayar bertahun-tahun tapi hutang tak berkurang.
Bank tak pernah paksa kau sign. Kau sendiri yang apply, kau sendiri agree, kau sendiri yang sign. Cari ilmu, jangan asyik menyalahkan pihak lain saja. –
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bila kehilangan orang tersayang sekelip mata.
Demikian dengan satu kisah yang dikongsikan oleh Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia setelah menerima berita kematian sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ketika itu, mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi di KM427.1(U) dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Akibat kemalangan tersebut 4 anak mereka yang kesemuanya masih kecil dan bersekolah hilang tempat bermanja dan berpaut.
Arwah Mohd Adly bin Ahmat, merupakan salah seorang warga kerja Texas Instrumental di Keramat dan amat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya sehinggakan segala urusan menyempurnakan jenazah arwah suami isteri ini ditanggung sepenuhnya dan diuruskan oleh mereka sehinggalah ke liang lhad. Manakala arwah isterinya bernama Intan Safinaz binti Mohd.
Intan merupakan suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anaknya dan kedua mertuanya di rumah. Kisah pasangan ini dikongsikan oleh saudara Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.
Ketika menerima panggilan dari salah seorang teman sekerja arwah yang juga merupakan ahli SPJ Malaysia iaitu Tn. Fadzli Salleh, saya sedang berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu menunggu penerbangan untuk ke Kuala Lumpur seusai menjalankan program Kursus Pengurusan Jenaz@h bersama warga Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di sana atas jemputan salah seorang ahli pasukan SPJM Negeri Terengganu.
Saya mengarahkan 2 jentera SPJ Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi SPJ Malaysia, Dato’ Hj. Mohamad Noor untuk bergegas ke lokasi di Hospital Kuala Kubu bagi menguruskan jenaz@h dan membawanya ke Port Dickson untuk disemadikan di sana.
Alhamdulillah dengan bantuan skuad kami yang berada di Kuala Kubu, Tn. Hj. Rosli Jay, kami berjaya menyempurnakan kedua-dua jenaz@h suami dan isteri dengan segera sehinggalah selesai urusan mandi, kafan dan disolatkan di hospital sebelum waktu solat Jumaat tiba. Terima kasih skuad SPJM Negeri Selangor dari Kuala Kubu!
Kedua-dua jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dan disolatkan sekali lagi seusai solat Jumaat bersama ratusan jemaah di sana. Subhanallah!
Sejurus solat jenaz@h di sana, perjalanan diteruskan dengan menaiki van jenzah SPJ2 dan SPJ5 menuju ke kampung halaman arwah di Kg. Paya, Port Dickson untuk memberi peluang kepada anak-anak pasangan suami isteri tersebut serta kedua orang tua dan kerabatnya menatap jas4d keduanya buat kali terakhir.
Kedua-dua jenazah sampai ke rumahnya pada jam 5:00 petang dengan diiringi 4 buah kereta peronda PDRM bagi memudahkan mengharungi perjalanan yang sesak di sebelah petang ketika warga kota mula pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih pasukan PDRM!
Rintihan Anak Arwah Meruntun Jiwa…
“Yang mana satu mama saya?” Rintih salah seorang anak arwh pasangan suami isteri mangsa kemalangan jalan raya sewaktu menatap kedua jasad berkafan tersebut. Suasana ketika itu meruntun jiwa semua yang hadir saat mendengar pertanyaan dari anak arwah yang masih lagi kecil itu.
Persoalan itu ditanya kerana kedua-dua jasad ibu dan ayahnya tidak dapat dibuka bahagian kafan di wajahnya bagi menjaga perasaan ahli keluarganya kerana keadaan jenazah yang agak kritikal kerana insiden kemalangan tersebut. Mereka berempat menjadi yatim piatu sekelip mata!
4 Kali Solat Jenazah!
Solat jenazah kali ketiga didirikan di rumah tersebut dan masih ramai yang ingin menunaikan solat jenazah namun kerana ruang tidak mencukupi, jenazah-jenazah tersebut dibawa ke Masjid Kariah Kg. Paya untuk disolatkan kali keempat di sana dengan ratusan lagi sahabat-handai dan orang kampung. Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwh suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali?!
Setelah selesai solat jenazah, lebih kurang jam 6:00 petang kedua-dua jenazah pasangan suami isteri tersebut dibawa ke Tanah Perkburan Islam Kariah Kg. Paya Port Dickson untuk disemadikan dengan dibantu pasukan Skuad dari SPJM Negeri Sembilan.
Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenzah diturunkan ke liang lahad satu-persatu.
Suasana mendung petang Jumaat seolah mengerti betapa peritnya jiwa anak-anak kecil ini untuk menghadapi kenyataan yang memeritkan ini. Namun takdir yang Allah swt tetapkan, pasti mengandungi hikmah disisi-Nya. Dia lebih menyayangi kedua-dua arwah.
Semoga arwah suami dan isteri ini diberikan rahmat dari Allah swt dan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
TERIMA KASIH SKUAD!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga sukarelawan SPJ Malaysia yang berusaha sebaiknya bagi membantu menyempurnakan kedua-dua jenazah pasangan suami isteri tersebut. Tanpa semangat berpasukan dan muafakat kita semua, pasti urusan sebegini ada kekangannya.
Inilah di antara hasrat dan objektif saya dalam menubuhkan pasukan SPJ Malaysia iaitu mewujudkan komuniti di antara negeri dalam hal ehwal pengurusan jen4zah agar urusan fardhu kifayah ini dapat berjalan lancar tanpa membebankan ahli keluarga dan waris yang dalam kedukaan. Semoga usaha ini terus istiqamah dan dapat diteruskan dalam suasana semangat berpasukan. Syabas Skuad!!!
Marilah Sertai Kami…
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan SPJ Malaysia di setiap negeri seluruh negara, sila tinggalkan mesej di halaman Fcebook ‘Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia’.
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH!
Sekiranya Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ingin menyumbang kepada pertubuhan ini agat dapat membantu urusan bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila masukkan sumbangan ke akaun rasmi pertubuhan:-
Semoga segala sumbangan jariah para dermawan sekalian menjadi saham akhirat dan mudah-mudahan dilancarkan segala urusan kita di dunia dan juga di akhirat. Aamiin.”
BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALL4H SWT!
Akhukum fillah;
-Ustaz Rafie Zainal-
Pengerusi SPJ MALAYSIA