
Pengarah Ejen Ali tak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai, dipercayai alami sakit ‘misteri.’ Polis mengesahkan kematian pengarah animasi terkenal, Ejen Ali, yang ditemui lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati mangsa bertindak keluar dari kenderaan secara mengejut sebelum hilang dari pandangan.
“Tidak ada gaduh (dengan isteri). Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar sebelum terjun ke sungai,” katanya.
Mangsa yang dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 42, difahamkan mengalami ‘sakit misteri’ sebelum terjatuh ke dalam sungai pada kejadian petang Selasa lalu.
Semalam, laporan media menyebut mayat Andi ditemukan di tebing sungai berdekatan lokasi dia dipercayai hilang. Difahamkan, beliau dan isterinya sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu ketika insiden berlaku.
Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa sehari selepas laporan mengenai kehilangannya dibuat, sekali gus menamatkan operasi pencarian.
Sumber: Harian Metro dan Berita Harian
Baca artikel lain juga: Pengarah Filem Animasi Ejen Ali Meninggal Dunia, Ditemukan Di Tepi Sungai
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my