Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang wanita dipercayai petugas taska melakukan kekasaran terhadap dua orang bayi kecil.
Difahamkan, perakam video berkenaan takut untuk membuat laporan polis. Jadi rakaman video dibuat sebagai bukti berlaku kekasaran terhadap kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Di dalam video pertama yang berdurasi kurang satu minit itu, kedengaran suara teriakan tangisan bayi sambil ‘ditindih’ oleh petugas taska terbabit.
Dapat dilihat dengan jelas, wanita berkenaan telah menjerit berulang-ulang kali meminta bayi itu diam, sambil mengoncang badan dan menepuk-nepuk kepala bayi itu beberapa kali.
Dalam video kedua pula, kekasaran berlaku kepada seorang bayi lain di mana petugas taska terbabit bangun daripada baringan lalu menggoncangkan badan bayi itu dan meletakkan semula kanak-kanak itu secara kasar.
Menurut seorang pengguna Facebook Zurianty Sudin, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang sepupunya.
Ads
Dalam satu screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh ibu mangsa, pihak taska didakwa cuba minta ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Ads
Kejadian ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang membuat perkongsian tersebut di laman Instagram miliknya.
Terbaharu, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut memuat naik laporan dari media Oh Bulan mengenai perkara ini di laman IG Story miliknya.
Untuk menyambut Syawal, ramai yang tergesa-gesa membeli bahan untuk membuat juadah sampai tak sedar terlebih beli. Sudahnya, bahan-bahan tersebut habis rosak sebab tidak digunakan.
Seperti santan, disebabkan takut tidak cukup untuk membuat rendang, sampai berplasktik-plastik anda membeli kerana takut ianya habis.
Sudahnya santan-santan tersebut habis rosak dan basi sebab sudah lama di simpan.
Jika lambat masak, pasti rasanya sudah lain. Jika digunakan boleh menyebabkan makanan tersebut cepat basi.
Ada antara ibu-ibu yang menyimpan santan di tempat beku dan dicairkan apabila mahu digunakan. Kaedah ini kurang berkesan kerana santan tersebut sudah tidak segar selain dan berbau sedikit.
Di sini kami berkongsi petua dari Radhiah Izzati bagaimana mahu memastikan santan tahan lebih lama dan segar. Petua ini diperoleh daripada seorang peniaga nasi lemak.
Ibu-ibu bolehlah mencuba petua untuk memudahkan dan menyimpan santan di dalam peti supaya tetap segar.
Caranya:
* Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
* Balut santan tu. Letak dalam tempat beku.
Yang akan beku nanti kertas tersebut manakala santan tetap mantain segar dan tahan lama. Walaupun santan tersebut beku tapi tetap segar selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah biasa, santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ni semuanya santan pekat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Sejak semalam, warga maya dikejutkan dengan pendedahan adik kepada arwah Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang memuatnaik satu hantaran yang dikatakan berbau fitnah kepada bekas kakak iparnya iaitu Hidayah yang juga balu kepada arwah Abam.
Ali mendakwa dia terjumpa garam dan mengkarung di depan rumah selepas Hidayah pulang dari kediamannya itu.
Hidayah turut memuatnaik hantaran yang mengatakan bahawa dia berasa sedih kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah sendiri dan telah menuntut Ali membayar hutang RM60 k yang diperintahkan mahkamah.
Sebaik Hidayah meninggalkan rumah itu, Ali telah memuatnaik video yang mendakwa terjumpa beberapa barangan aneh seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung namun video tersebut telahpun di padamkan.
Perkara ini telah mendapat perhatian dari seorang peguam yang terpanggil untuk mengulas lanjut mengenai kemelut perbalahan antara Ali Puteh dan Hidayah ini yang seperti tiada jalan penyelesaian.
Satu perkara dalam kepala saya. Hari itu, dia baru diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kerana tindakan fitnah oleh bekas kakak iparnya. Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar RM60,000.
Kemudian, kali ini dia muat naik video lagi. Kalau dalam video itu, semua penonton faham gambaran dan penyampaian yang cuba disampaikan berkenaan bekas kakak iparnya.
Adakah dia dapat menyokong dan membuktikan bahawa kenyataan tentang garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh bekas kakak iparnya dan dengan niat tertentu?
Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat tuduhan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum.
Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana Mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. Dia pasti tahu elemen fitnah itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan.
Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan fitnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan fitnah.
Kalau pernah disaman dan mahkamah mengarahkan membayar bukanlah satu tiket tidak disaman lagi. Setiap kali keluar kenyataan, setiap kali itulah boleh disaman.
Video dimuatnaik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai.
Pernah sekali dulu saya mewakili kes anak guam di mahkamah. Antara hujah yang digunakan adalah status yang dimuat naik tersebut, tidak mendapat reaksi yang ramai. Oleh itu, pembacanya tidak ramai dan memandangkan kedua-dua pihak terlibat bukanlah ‘public figure’. Oleh yang demikian, kesannya tidak cukup kuat dan ganti rugi sepatutnya tidak tinggi.
Tetapi mahkamah berpendapat “Di zaman media sosial ini, apa sahaja yang dimuatnaik dalam media sosial adalah dianggap boleh dibaca orang ramai. Bermakna sekali menekan butang muatnaik atau share, adalah dianggap ditularkan dan disampaikan ke pihak ketiga untuk ditularkan”.
Kalau hendak buat sesuatu perkara. Pikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuatnaik di media sosial dahulu.”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.