Anak adalah permata hati buat pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Kelahiran anak adalah anugerah yang amat bernilai buat mereka.
Justeru, sudah tentu setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak sebagai penyeri dan pelengkap rumahtangga.
Ada pasangan yang mendapat cahaya mata diawal perkahwinan sehingga digelar bunting pelamin. Ada juga selepas 5 tahu,10 tahun dan juga selepas 15 tahun. Semua ini adalah dugaan dalam rumahtangga.
Tular di media sosial perkongsian seorang penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider food delivery yang menerima nota kecil yang ditampal pada sekeping duit daripada pelanggannya yang memohon mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat.
Sayu dengan pesanan pelanggannya, menerusi facebook miliknya, Mohammad Fadly Sum berkongsi pesanan ringkas itu agar pasangan itu supaya ramai mendoakan niat murni mereka untuk bergelar ibu dan ayah.
Ads
Ikuti perkongsiannya.
Tadi ada customer order foodpanda , lepas saya hantar order, customer tu bagi RM5 tip. Ada nota bertulis.
‘Doakan kami punya zuriat yang sihat tubuh badan dan sempurna sifat, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat.’
Diduga dengan pelbagai ujian sebelum ini, pengacara jelita, Amyra Rosli bagaimana pun tidak mengeluh, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku adalah takdir Yang Maha Esa.
Bermula dengan kesihatan diri sendiri diuji dek penyakit misteri, situasi kian merumit bila mana anak keduanya, Ayra Aryssa pula menghidap penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.
Namun,semuanya ditempuhi dengan penuh reda dan sesekali tidak melemahkan dirinya.
Mendung hitam berarak ,datang pula cahaya indah yang menyinari isteri kesayangan Amar Baharin ini.
Hos Nona itu baru-baru ini dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards.
Terbaru, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.
“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.
Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini tertarik dengan tema diketengahkan.
“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua tiga hari ni hangat diperkatakan tentang poligami, semuanya berpunca dari seorang lelaki yang memuat naik sebuah video memujuk isteri pertamanya 3 jam sebelum perkahwinannya dengan yang kedua.
Namun lain pula bagi seorang wanita mengenai pengalamannya mencari isteri kedua untuk suami tersayang setelah sepuluh tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat.
Memetik laporan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Sasha, 37, berkata, keputusan untuk hidup bermadu dengan mencari isteri baharu buat suami tersayang.
Sasha berkata, mereka berdua telah melakukan pelbagai cara seperti kaedah IVF dan perubatan Islam sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst dan tiub fallopian yang menyukarkan dirinya hamil.
“Setelah 10 tahun berkahwin, kami berdua masih belum dikurniakan zuriat. Sudah bermacam cara kami usahakan untuk mendapatkan anak termasuklah rawatan Islam moden.
“Selepas bermacam usaha dibuat, Allah gerakkan hati untuk perkara lain pula iaitu bermadu. Saya tak cari tapi jodoh datang tanpa dirancang. Saya dan madu pada ketika itu berjiran dan sudah menganggap dia sebagai adik sendiri.
“Saya berseloroh dengan dia nak jadikan madu. Tak sangka jadi nyata. Selepas kami bersetuju barulah saya pergi merisik. Saya pergi cari cincin sendiri untuk meminang dia untuk suami,”ujarnya.
Mengulas lanjut, Sasha memberitahu suaminya hanya tahu mengenai perkara tersebut selepas selesainya majlis merisik yang dilakukan tanpa pengetahuan.
Jelas Sasha, suaminya akhirnya bersetuju untuk berkenalan dengan bakal calon isteri kedua selepas berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
“Selepas selesai merisik, barulah saya bagitahu suami. Dia terkejut dan suruh saya dan bakal isteri isterinya fikir masak-masak. Tapi dia terima jika itu dah ketentuan sebab nak galas amanah tu bukan hal kecil,”katanya.
Sasha berkata, selepas itu mereka berdua membuat persiapan dan melakukan proses untuk berpoligami bersama-sama serta memutuskan untuk memilih tarikh 28 Jun 2023 sebagai tarikh perkahwinan, sama dengan ‘anniversary’ ke-10 dan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-39.
Sementara itu, Sasha memaklumkan dia dan suami mempunyai perancangan untuk menjalani rawatan IVF sekali lagi pada tahun hadapan dan sedang bertungkus lumus mengumpul perbelanjaan bernilai RM30,000.
Dalam pada itu, Sasha memuji suaminya seorang lelaki yang baik dan memahami dirinya sepanjang mereka berkahwin selain berlapang dada dengan segala ketentuan yang telah ditetapan oleh-Nya.
“Dialah satu-satunya lelaki yang boleh terima segala kekurangan dan faham saya selama ini. Saya lalui saja semua ini sebab yakin dengan takdir Allah. Saya berlapang dada tanpa persoalkan kenapa dan mengapa ini terjadi,” ujar Sasha.
Kontroversi melibatkan hangat seorang usahawan hangat diperkatakan baru-baru ini apabila secara terbuka menyusu anaknya ditempat awam.
Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati memandangkan perbuatan tersebut yang kurang sopan. Antara yang bersuara termasuklah penyanyi, Liza Hanim.
Menerusi perkongsiannya, jelas Liza Hanim, tidak salah jika ada ibu yang ingin menyusukan anak di tempat terbuka. Namun dalam masa yang sama perlu menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.
Namun yang lebih penting lagi, soal penjagaan aurat kena diberikan keutamaan.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.
“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.
“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulis Liza menerusi kapsyennya.
Jujur mengakui, teguran tersebut bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.
“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.
“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.