Pengorbanan ibu bapa kadang-kadang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Bagi Mohamad Zulfithri Mohd Johari, 25, setiap titik peluh bapanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan menjadi sebab dia mampu melangkah jauh dalam kehidupan.
Kisah anak muda ini mendapat perhatian selepas dia berkongsi foto bersama ibu, Hasmawati Abdul Hamid, 50, dan bapanya, Mohd Johari Shafie, 51, ketika majlis konvokesyen menerusi TikTok.
Dalam hantaran tersebut, Zulfithri bukan sahaja menitipkan ucapan ulang tahun buat bapanya, malah meluahkan rasa bangga menjadi anak kepada seorang pekerja pembersihan.
“Sejak kecil sampai sekarang, saya tak pernah malu malah bangga bercerita dengan orang mengenai pekerjaan abah kerana ia kerja yang mulia,” katanya.
MOHAMAD Zulfithri Mohd Johari meraikan kejayaan pada hari konvokesyen bersama ibu, Hasmawati Abdul Hamid dan bapanya, Mohd Johari Shafie. (kanan) Bapanya adalah kakitangan pembersihan di Kawasan R&R Gunung Semanggol, Perak sejak 25 tahun lalu. FOTO Ihsan Mohamad Zulfithri Mohd Johari
Pengorbanan Ibu Bapa, 25 Tahun Cari Rezeki Di R&R
Bapanya sudah 25 tahun bekerja sebagai kakitangan pembersihan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak dan masih mencari rezeki di situ sehingga kini.
Demi menambah pendapatan keluarga, Mohd Johari turut mengambil upah menukar tayar motosikal. Usaha tersebut menjadi antara gambaran pengorbanan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat kehidupan dan peluang pendidikan yang lebih baik.
Malah menurut Zulfithri, bapanya pernah mengumpul tin dan meminta gaji pendahuluan daripada syarikat semata-mata mahu memastikan keperluan keluarga mencukupi.
“Dulu, abah rajin kumpul tin dan pernah juga minta gaji pendahuluan daripada syarikat untuk menyara kami sekeluarga.
“Itu antara pengorbanan abah dan kenangan tak dapat dilupakan pula adalah waktu abah bawa pergi ke tempat kerjanya serta melihatnya membersihkan kawasan R&R,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Ads
Pesanan Abah Jadi Pembakar Semangat
Zulfithri yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, bapanya seorang yang pendiam tetapi tegas dalam mendidik anak-anak.
Antara pesan yang masih dipegangnya hingga kini ialah supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kedua-dua ibu bapanya dahulu tidak berpeluang mengejar pendidikan seperti dirinya.
“Abah pernah pesan, belajar rajin-rajin kerana abah dan emak dulu tak mampu.
“Kata-kata itu yang memberi dorongan buat saya… lagipun, saya anak sulung dan menjadi harapan dalam keluarga,” katanya.
Ketika di universiti, Zulfithri turut diberi kepercayaan menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sehingga berpeluang ke Turkiye dan Korea Selatan.
Lebih membanggakan, pada hari konvokesyen 25 November tahun lalu, dia menerima anugerah kepimpinan di atas pentas sambil disaksikan kedua-dua ibu bapanya.
Ads
Kejayaan itu tentunya menjadi detik bermakna buat keluarga selepas segala usaha, kesusahan dan pengorbanan ibu bapa yang mengiringi perjalanan Zulfithri sejak kecil.
Mahu Beri Keselesaan Buat Emak Dan Abah
Kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah kementerian, Zulfithri bersyukur apabila sedikit demi sedikit dapat membalas jasa ibu bapanya.
Menurutnya, bapanya sehingga kini hanya memiliki sebuah motosikal. Namun selepas mula bekerja, dia berjaya membeli kereta dan dapat membawa emak serta abah keluar berjalan dengan lebih selesa.
Ads
“Kalau boleh, saya nak beri keselesaan buat keluarga dan bawa emak dengan abah ke Tanah Suci jika ada rezeki lebih satu hari nanti.
“Sekarang ini, saya bersyukur dengan apa yang ada kerana walaupun bukan hidup mewah tapi rezeki cukup buat kami sekeluarga,” katanya.
Jangan Pernah Malu Dengan Pekerjaan Ibu Dan Ayah
Bagi Zulfithri, pekerjaan seseorang ibu atau ayah tidak pernah menjadi ukuran untuk anak berasa malu.
Sebaliknya, selagi rezeki itu halal dan diperoleh menerusi usaha sendiri, ia wajar dihargai serta dibanggakan.
“Jangan pernah malu dengan pekerjaan ibu dan ayah kerana setiap kerja itu mulia selagi mana ia bermanfaat serta datangnya daripada sumber halal,” katanya.
Kisah Zulfithri cukup mengingatkan kita bahawa di sebalik kejayaan seorang anak, ada pengorbanan ibu bapa yang mungkin tidak pernah diceritakan. Tangan yang penat bekerja itulah juga yang membuka jalan buat anak melangkah lebih jauh dalam hidup.
Ia juga menjadi peringatan bahawa nilai sebuah pekerjaan bukan terletak pada pangkat atau kemewahan. Bagi seorang anak, usaha mencari rezeki halal dan pengorbanan ibu bapa demi keluarga adalah sesuatu yang cukup besar nilainya dan wajar dikenang sampai bila-bila.
Mungkin ibu-ibu perasan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Beliau hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam makanan pulak dah.
Khairul Abdullah
#SuperDaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengurus laman agar terlihat menghijau dengan rumput karpet memang nampak cantik dan tenang. Namun tidak dinafikan bila menanam rumput karpet perlu dijaga rapi agar hidup sibur dan tidak pula ditumbuhi lalang atau rumput ‘degil’.
Pun begitu, tahukan anda andai menggunakan rumput karpet tiruan juga tidak kurang hebatnya dalam mewujudkan ruang laman rumah yang menghijau.
Malah ada cara bajet boleh anda lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Alkisah Ed ini.
Assalamualaikum, saja nak share.. kos rumput karpet tiruan.. pasang sendiri..
Boleh beli rumput karpet di shopee dengan klik DI SINI
Kos:
Segulung Rumput Karpet Kaison 2×5 meter = RM198
Batu Kelikir 1 ela = RM 100 (ini pun ada lebihan)
Total kos rumah aku dalam RM 900. sebab keluasan memerlukan 4 gulung Karpet rumput.
Ada 2 jenis rumput karpet di Kaison.. satu harga segulung RM198 (rumput nipis) lagi satu harga segulung rm400++ (rumput tebal).
Step pemasangan:
Kalau ikut rules.. tambak dengan batu kasar dan pasir. Kemudian ratakan. End result dia, pijak sedap dan kemas.
Tapi aku punya break the rules (pemalas), hampar saja karpet rumput tu .. so ada la nampak natural dekat padang golf.. beralun-alun gitu.. kalau rata sangat.. nampak sangat macam padang lawan ball..
Bagi nak cover bahagian kiri kanan,.. letak la batu kelikir..pandai-pandaila cover untuk pokok, parit dan lain2.
Seharian juga la mengerjakan karpet ni.
Results tidaklah secantik upah orang buat.. Jadilah untuk kepuasan dengan cara sendiri.
Apa yang penting, tiap-tiap bulan, tak payah cabut rumput Israel lagi..
Memandangkan layer bawah style aku tidak ditambak dengan pasir, maka kalau pijak karpet ni tak pakai kasut, rasa macam pijak batu reflexology.
So untuk korang better letak pasir.. kalau rumah korang lantai dah simen.. lagi bagus..
Perkongsian yang menarik dari saudara Muzamri Almuktahari bagaimana cara paling mudah nak memastikan bungkusan yang sampai diletakkan dalam bekas yang selamat.
Jadi tak perlu untuk kita bersua dengan rider, ini cara simple untuk kita sentiasa stay safe.
Sajalah nak sharing sikit bab penghantaran bungkusan yg sampai ke rumah kita ni kan.
Sekarang ni kita banyak beli makanan secara online, foodpanda la, grab food la, halo ka. beli brg kat shopee la, lazada la, COD pon hado.
Sangkut je bakul plastik kat pagar, ikat dgn cable tie. Klu barang sampai, parcel sampai ka, bior je kat situ dulu bior kena panas ke apa. Moga2 kita ‘stay safe’ selalu.
Kredit : Muzamri Almuktahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di