Perkongsian yang menarik dari saudara Muzamri Almuktahari bagaimana cara paling mudah nak memastikan bungkusan yang sampai diletakkan dalam bekas yang selamat.
Jadi tak perlu untuk kita bersua dengan rider, ini cara simple untuk kita sentiasa stay safe.
Ads
Sajalah nak sharing sikit bab penghantaran bungkusan yg sampai ke rumah kita ni kan.
Sekarang ni kita banyak beli makanan secara online, foodpanda la, grab food la, halo ka. beli brg kat shopee la, lazada la, COD pon hado.
Sangkut je bakul plastik kat pagar, ikat dgn cable tie. Klu barang sampai, parcel sampai ka, bior je kat situ dulu bior kena panas ke apa. Moga2 kita ‘stay safe’ selalu.
Kredit : Muzamri Almuktahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Disebalik kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, namun ada insan yang berduka akibat kehilangan orang tersayang. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kemalangan maut yang berlaku di Mersing, Johor yang melibatkan sebuah Proton Wira dan juga Proton Exora.
Aktiviti konvoi hari raya yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis namun bertukar menjadi tragedi ngeri buat keluarga pemandu serta penumpang Proton Wira itu.
Tragedi menyayat hati itu bukan sahaja mengorbankan pemandu kereta Mohd Safar Zakaria, Nurul Jannah Talib, dan seorang anak lelaki mereka. Difahamkan, Nurul Jannah juga sedang hamil lapan bulan.
Semua mangsa sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Ketiga-tiga jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad.
Namun, perkongsian yang dibuat oleh adik kepada Nurul Jannah Talib benar-benar mengundang sebak netizen. Lelaki yang dikenali sebagai Zulasyraf di Twitter telah mendapat perhatian ramai.
Zulasyraf telah memberitahu bahawa dia telah kehilangan ibu dan ayah pada usia remaja dan kini dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang kakak serta abang ipar dan anak buahnya juga dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya.
Rata-rata netizen yang membaca status dimuat naik oleh lelaki itu telah menurunkan komen di status tersebut. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada Zulasyraf dan mendoakan agar roh kakaknya sekeluarga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.
“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Petua orang dulu-dulu memang banyak, kalau hendak diamalkan jika serasi dengan tubuh tiada apa salahnya. Umpamanya dalam ikhtiar untuk mengurangkan rasa badan yang ‘lemau’ berangin atau sebu perut.
Bila ‘penyakit’ ni menyerang, hendak buat kerja apa pun jadi lesu dan pergerakan pun tidak cergas disebabkan rasa tidak selesa.
Lazimnya, selain ada yang suka menyapu minyak angin untuk meredakan lenguh-lenguh badan disebabkan badan rasa berangin, ada juga petua lain yang boleh diamalkan dengan mudah dan kesannya boleh dirasai dengan menjadikan badan lebih terasa ringan.
Jadi elok kiranya anda amalkan minum air rendaman daun serai sepertimana yang dikongsikan oleh Umie Marissa ini.
Petua untuk buang angin
Bahan-bahan:
7 helai daun serai
7 biji lada hitam
Bawang putih 1 ulas tapi potong 7
Cara penyediaan :
1.Air panas yang baru masak di masukkan ke dalam 1 cawan.
2. Kemudian masukkan daun serai yang telah direnyuk-renyuk, lada hitam yang telah diketuk. Biarkan sehingga suam.
3. Kemudian ketika hendak minum selawat 7 kali, insha allah angin yang ada dalam perut akan keluar dengan lawas.
Petua nii kak umie dapat masa pergi mengurut adik dalam pantang minggu lepas, adik ni mak ayah dia orang kemboja, mak anak 13 orang, tapi alhamdulillah sihat, muda, kuat lagi buat kerja rumah..
Kak umie suka pergi mengurut pastu dapat ilmu, ilmu ini luas.
Sumber : Umie Marissa
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.