Bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Sekiranya pihak berkuasa mendapati bahawa ada yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka itu, mereka boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang ingkar.
“Kotor & Siap Berjahit Lagi Tali Dia,” Guru Ni Kongsi Kisah Muridnya Pakai Pelitup Muka Yang ‘Usang’ Undang Sebak!Pun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka. Perkongsian ini dimuat naik menerusi laman twitter oleh seorang guru bernama fazri_hassan ini, dirinya terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.

“Kotor & Siap Berjahit Lagi Tali Dia,” Guru Ni Kongsi Kisah Muridnya Pakai Pelitup Muka Yang ‘Usang’ Undang Sebak!
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.

“Kotor & Siap Berjahit Lagi Tali Dia,” Guru Ni Kongsi Kisah Muridnya Pakai Pelitup Muka Yang ‘Usang’ Undang Sebak!

Lebih menyedihkan bila mana di tanya pada pelajar lain, ada yang mengakui menukar pelitup muka yang baru selepas 2-3 hari memakainya.

IKLAN

Justeru, guru ini mengambil inisiatif dengan membeli dan memberikan kepada pelajarnya pelitup muka yang baru.

IKLAN

Dalam pada itu Guru ini turut membuka ruang kepada mereka yang bermurah hati untuk menyumbang pelitup muka kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

 Kisah yang cukup menyentuh hati itu nyata mendapat reaksi warganet. Ada yang berkongsi kisah yang sama di tempatnya.

IKLAN

Sumber: fazri_hassan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI